Nampaknya, Kerajaan 1Malaysia pimpinan PM Najib Razak semakin takut dengan kebangkitan suara rakyat. Baru sahaja beliau beriya-iya mewar-warkan kononnya kerajaan akan mengkaji kenaikan tarif elektrik, kelmarin lain pula jadinya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui (foto), tiba-tiba umumkan bahawa semakan kadar tarif elektrik ditangguhkan dan ia hanya akan dibuat apabila persekitaran kondusif. Kononnya penangguhan itu berlaku kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat, ''Sekiranya kita melakukan semakan dan menaikkan kadar tarif ia akan memberi kesan kepada kos kehidupan dan pelbagai lagi. ''Justeru, kerajaan telah menangguhkan (semakan) dan akan memberi lampu hijau jika keadaan sesuai,'' kata menteri berkenaan. Nampaknya kerajaan begitu "baik" untuk menangguhkan tarif tersebut, bagi membuktikan mereka "mendahulukan rakyat" dalam hal ini. Namun, dalam situasi yang lain kerajaan juga bertindak bodoh apabila mengatakan mereka secara prinsipal telah bersetuju untuk menyemak tarif elektrik memandangkan kenaikan kos dan harga minyak. Makanya, ini bermakna tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api jelas sekali membebankan rakyat sebenarnya. Kenapa ini tidak diakui oleh kerajaan sebelum ini?. Bukti jelas, dengan kenaikan tersebut menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Ini juga mengesahkan kepada kita, bahawa kenaikkan harga minyak RON95 di pasaran baru-baru ini bakal menyebabkan banyak lagi barangan lain akan naik harga. Bukankah ini akan menyebabkan rakyat terus menderita dan sengsara. Oleh itu, kerajaan usah persalahkan rakyat jika mereka mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Ini kerana mereka sudah jemu dengan "trick lama" yang sering dimainkan oleh kerajaan sejak sekian lama. Apa pun, tahniah kepada TNB kerana telah menangguhkan semakan kenaikkan tarif elektrik.
[Biar apa pun terjadi, kini rakyat semakin bosan melihat kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib Razak. Malah, Najib dilihat lebih teruk daripada Perdana Menteri yang terdahulu. Ini kerana beliau begitu lantang melaungkan kononnya "rakyat didahulukan". Rupa-rupanya, lain yang diharapkan lain pula yang terjadi. Rakyat bukan sahaja didahulukan dengan bebanan, malah mereka juga tidak dapat bersuara untuk menentang segala dasar-dasar kerajaan yang didapati bercanggah dengan apa yang telah diluahkan oleh Najib diawal perlantikan beliau sebagai PM dulu. Maka, kita tidak hairan mereka akhirnya berbondong-bondong akan mengundi parti lain dalam pilihanraya umum akan datang bagi mengajar keegoaan pemimpin UMNO BN yang kian terdesak sekarang ini. Rakyat digesa bangkit untuk mempertahankan hak-hak mereka dalam negara demokrasi ala Malaysia yang tercinta ini. Tentang ketidakadilan yang berlaku terhadap rakyat sejak sekian lama !!].
[Biar apa pun terjadi, kini rakyat semakin bosan melihat kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib Razak. Malah, Najib dilihat lebih teruk daripada Perdana Menteri yang terdahulu. Ini kerana beliau begitu lantang melaungkan kononnya "rakyat didahulukan". Rupa-rupanya, lain yang diharapkan lain pula yang terjadi. Rakyat bukan sahaja didahulukan dengan bebanan, malah mereka juga tidak dapat bersuara untuk menentang segala dasar-dasar kerajaan yang didapati bercanggah dengan apa yang telah diluahkan oleh Najib diawal perlantikan beliau sebagai PM dulu. Maka, kita tidak hairan mereka akhirnya berbondong-bondong akan mengundi parti lain dalam pilihanraya umum akan datang bagi mengajar keegoaan pemimpin UMNO BN yang kian terdesak sekarang ini. Rakyat digesa bangkit untuk mempertahankan hak-hak mereka dalam negara demokrasi ala Malaysia yang tercinta ini. Tentang ketidakadilan yang berlaku terhadap rakyat sejak sekian lama !!].
Tarif lekrik kalau di naikkan pun masih murah lagi berbanding negara sebelah kita...
BalasPadamdekat Johor SAJ naik tarik air ni tak mmbebankan rakyat ke...dan SAJ siap buat tukar meter makin laju pula. aduhai nasib rakyat Johor
kengkawan ada yang bertanya benarkah harga barang naik ni pasal nak belanja program-program umno menjelang pru.program bersunatlah,futsallah dan macam-macam lagi.umno kena jawab ni
BalasPadamDari 1940an sampai sekarang semua benda terus naik apa nak kisah biarlah dia naik pasal dulu pion gaji 30 ringgit sebulan sekarang 1k naik juga. Bukan nya harga naik tapi nilai wang kita nmakin turun dan turun la.. satu hari nanti sampai sekeping bolih rm1juta tak akan heran.Cara selesai mudah saja... beri pendapatan bulanan rakyat lebihan 30-50% untuk simpanan atau kuasa membeli semua nya jadi murah selalu...Check di Singapura dan China atau UK. USA..ADA FAHAM MAKSUD PENDAPATAN TINGGI TU..
BalasPadamkerja malas gaji nak tinggi.duk kat opis bukan buat kerja sebok nengok blog yb khalid samad.bila gaji naik ckit sebok nak beli keta barulah nak berbini byklah.bla minyak naik mula marah ke ameno.naik bas xmau xada class.gaduh ke xada simpan duit.mne nak ada duit mengkalau duit abis beli ubat keras jer.buat mcm aku ni haaa norih getah jer.xada gaduh pon minyak naik aku gi noreh belakang umah jer.klu nak berjln setahun x sekali apa susah drebar byk.beli jerlah tiket bas tu. takut apa keta besar lg siap ngan drebar x. tulah sekolah tinggi2 masing xp bodoh nak mampus.kebun getah berlambak-lambak apa kejadah bg kat indon noreh.
BalasPadamorang kampung ada cakap kalau takat nak pulihkan ekonomi naikkan harga barang dan menyusahkan rakyat baik bagi peluang pakatan rakyat memerintah.
BalasPadamkat kampung x adapun dapat baca blog khalid samad.dlm pru 13,orang kampungpun reject umno dan bn
menarik dalam star online hari ni
BalasPadamFriday December 10, 2010
Gerakan party chief lends support to MCA counterpart on policy announcement issue
PETALING JAYA: Gerakan supports MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek’s recent call that decisions pertaining to national policies should not be announced at the Umno general assembly or at its supreme council meetings.
“Announcing major government policies after Umno meetings and not Cabinet and Barisan Nasional meetings have given rise to the perception that Barisan is not a coalition of equals,” Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said.
Dr Koh said Dr Chua’s views reflected the perception of the non-Malay community.
At the Barisan Nasional convention on Dec 5, Dr Chua said there should not be any “big brother” or “small brother” in the coalition.
Dr Koh urged all parties not to over-react over the issue.
“Make full use of the internal mechanisms available to us like the Cabinet and Barisan meetings,” he said in a statement yesterday.
Meanwhile, MCA publicity bureau deputy chairman Loh Seng Kok said the comments made by Dr Chua at the convention simply reflected the views held by many people on the shortcomings within the coalition.
“Barisan leaders should also be self-critical to learn from our own mistakes, conduct self-evaluation to win the hearts of the rakyat,” Loh said in a statement.
Loh said open dissatisfaction expressed by certain Barisan leaders against Dr Chua was self-contradictory.
He added that when Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the statement by Dr Chua at the convention should only be brought up during the coalition meetings rather than in public – the Home Minister was publicly criticising the latter through the media.
“This is simply a case of double standard. If Hishammuddin and Deputy Education Minister Datuk Dr Puad Zarkashi are not able to accept these messages from the public, and paradoxically tone down the shortcomings through distraction via public criticism against Dr Chua, how are they going to govern the country?” he asked.
Dr Puad had recently criticised Dr Chua’s statements, saying the comments were unnecessary and not in tandem with the views of the Barisan chairman, or those of other component party leaders in the coalition.
macam bergolak aje BN sekarang ni.itu pandangan orang ramai.Orang no 2 dalam Gerakan cadangkan BN jadi parti tunggal.maknanya semua parti termasuk umno perlu dihapuskan.kira tak adalah ketuanan melayu umno lepas ni.tak ada pulang geng baju hitam,perkasa dan yang sewaktu dengannya membantah atau berdemo.
BalasPadamChua Soi Lek pulak minta dasar negara dibangkitkan dalam meyuarat kabinet bukannya dalam persidangan umno atau mesyuarat MT UMNO.
lebih parah lagi nazri aziz cakap malay supremacy does not exist.bukan takat BN bergolak UMNOpun makin parah.macam ada 2 puak dalam UMNO sekarang.yang sokong mahathir dengan yang tak sokong mahathir.
patutlah umno tunda pemilihan partinya 18 bulan lagi.entah berapa kem yaang wujud dalam parti ni.kalau x masalah xkan import KIMMA?inilah persoalan yang kerap didengari ketika mendengar gebang gebang di kedai kopi
Tanda-tanda tahun depan (tak sampai sebulan lagi) bil letrik akan naik.
BalasPadamBN tangguh kenaikan tarif eletrik tp lps PRU 13 jika BN menang bil letrik pasti naik punya machang pasal sudah menang apa mahu kiraa machang...he...he..
BalasPadam