script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Memalukan: "Bajet Defisit" Untuk Tahun Yang Ke-13, Negeri Punyai Hasil Yang Terhad Atau Menteri Besar Pahang Gagal Laksanakan Tanggung Jawab

KUANTAN, 2 Dis - Bajet Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (foto), terus mengalami defisit untuk tahun ke 13 berturut-turut. Bagi tahun 2011 defisit dijangka berjumlah RM68.2 juta, sebagaimana dibentangkan oleh beliau pada 22 Nov lepas. Bagaimanapun, defisit kali ini lebih baik sedikit daripada defisit 2010 iaitu sebanyak RM92,481,950. Adnan ketika menggulung perbahasan Bajet 2011 di Dewan Undangan Negeri Pahang Selasa lalu, mengakui kerajaan negeri Pahang kini mempunyai hasil yang terhad walaupun merupakan sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Ini bermakna, kerajaan negeri gagal menjana kemewahan sumber asli ada di samping tidak inovatif dan proaktif mencipta peluang-peluang ekonomi yang baru. Di samping itu, ramai yang berpendapat pembaziran dan penyelewengan tetap antara punca yang menyebabkan pendapatan ekonomi Pahang tidak berkembang. Adnan juga sempat menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri Pahang akan bankrap jika berterusan membentangkan bajet defisit. Minggu lalu Adnan membentangkan Bajet 2011 dengan peruntukan sebanyak RM871,117,390 untuk negeri Pahang. Sejumlah RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan RM270,693,250 lagi untuk peruntukan pembangunan. Ini bermakna, peruntukan bagi pembangunan rakyat semakin mengecil berbanding bajet-bajet yang lepas.

[MB mempunyai jawapan mudah untuk menolak kenyataan yang berlaku. Bajet defisit 13 tahun berturut-turut membuktikan bahawa Adnan Yaakob gagal melaksanakan tanggungjawabnya secara serius. Biarpun ia dikatakan dek kerana negeri Pahang mempunyai hasil yang terhada, namun rakyat lebih mengetahui bahawa ketirisan dan penyelewengan yang berlaku adalah punca segalanya. Banyak hasil kerajaan negeri kini dirompak sesuka hati oleh pemimpin UMNO serta juak-juaknya. Malah, ahli keluarga MB Pahang sendiri dipercayai "kembung perut" meraih harta-harta, khazanah dan hasil mahsul kerajaan negeri menerusi beberapa buah anak syarikat milik kerajaan itu sendiri. Malah, perkara ini dapat dibuktikan dan akan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu dalam masa terdekat ini. Adnan dilihat gagal menyakinkan rakyat akibat kelemahan pentadbiran beliau. Sedangkan dalam masa yang sama mereka tahu jutaan ringgit masuk ke kantung pihak-pihak yang berkenaan tanpa sedikit pun rasa malu. Justeru itu, rakyat Pahang tidak harus terus ditipu lagi dan perlu lakukan perubahan dalam PRU-13 nanti. Jika tidak mereka akan terus dirundung malang dan ditipu oleh pihak berkuasa buat selamanya]. selamatkanpahang
Share:

2 ulasan:

  1. Aku pun anak Phg tapi aku tak setuju kalau CMK ni, mudah patah semangat dan cepat melatah. Contohi Nabi SAW yang dihentam, dikeji, dimaki dan berbagai2 lagi tapi semangat baginda SAW tidak pernah luntur utk tegakkan agama ALLAH di muka bumi ini. Apakah CMK seorang pejuang???. Pada saya CMK bukan pejuang tulen. Ingatlah.. kite perlukan seorang pejuang yang berani berkata benar. Belajar dulu CMK kalau nak jadio pejuang.. jangan berjuang kerana nak duit, pangkat dan pujian. Kalau CMK tak puas hati komen ni, sila hubungi saya melalui hp 014-8001300.

    BalasPadam
  2. Sudahlah Adnan Yaakob..letaklah jawatan..nak memerintah pahang buat apa lagi..kalau tak pandai uruskan ekonomi dan pentadbiran negeri, bagilah peluang kat orang lain plak.. nilah jenis muka tak malu..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.