KUANTAN, 7 Dis - Susulan tindakan biadap media arus perdana Utusan Malaysia yang menyiarkan satu artikel berunsur fitnah terhadap blogger cucumatkilau (CMK) pada 27 November lalu, maka satu notis mahkamah telah dihantar kepada pihak terbabit. Menurut CMK, notis telah diserahkan oleh peguamnya Tetuan Fadzli & Co sekitar jam 4.30 petang semalam. "Saya amat kecewa dengan tindakan akhbar terbabit yang membuat laporan artikel tanpa merujuk kepada pihak saya terlebih dahulu. Sudahlah maklumat yang disiarkan tidak betul, mereka juga menfitnah dengan mengatakan saya sanggup mati kerana membela Anwar. Saya juga dituduh mencium pipi Anwar dengan ghairah seolah-olah saya seorang gay, homoseks dan sebagainnya. Paling teruk bila wartawan terbabit mengatakan saya sudah pun keluar PKR sedangkan perkara itu masih dalam perancangan dan belum berlaku pun. Saya hanya menyatakan hasrat di dalam blog saya dan berjanji akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat. Masalahnya Utusan telah melaporkan kononnya saya sudah keluar PKR. Ini menyebabkan saya telah dihina dan dikutuk oleh ramai pihak susulan berita berkenaan", kata CMK. Sementara itu difahamkan tindakan saman fitnah terhadap akhbar terbabit akan diambil biarpun media terbabit memohon maaf secara terbuka dan menarik balik artikel tersebut. "Tarik balik artikel dan memohon maaf bukanlah bermakna saman tidak diteruskan. Lihat apa yang berlaku kepada MB Perak si Zambry Kadir dulu. Beliau meneruskan saman terhadap Suara Keadilan, Wan Azizah dan Dr.Syed Hussin biarpun akhbar terbabit sudah tarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka", katanya.

Klik pada imej untuk besarkan laporan yang berkenaan atau klik SINI
[Tindakan saman amatlah wajar bagi mengajar wartawan terbabit yang selama ini banyak membuat fitnah dan merosakkan minda rakyat dengan laporan yang menyimpang. Di fahamkan wartawan berkenaan adalah wartawan senior dan memang tidak sewajarnya beliau mencari publisiti murahan dengan laporan berkenaan. Sususlan laporan itu, ramai yang menyangka CMK sudah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah beliau juga banyak dihubungi oleh sahabat seperjuangan, rakan taulan dan seteru politik yang menghina, mengkritik dan mencaciny keputusannya itu. Soalnya sekarang, Utusan Malaysia yang selama ini dianggap sebuah akhbar yang profesional wajarkah mempunyai wartawan "cap ayam" seperti ini?. Adalah lebih elok wartawan terbabit meletakkan jawatan dan menajdi blogger daripada mereka cerita yang beiau sendiri tidak pasti kebenarannya. Maka tindakan saman adalah dikira jalan terbaik buat masa ini, tambahan pula artikel tersebut disiarkan ketika Kongres Nasional PKR berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini. Semoga ia menjadi pengajaran buat mereka agar lebih berhati-hati melaporkan beritanya. Info lanjut mengenai kes ini sila berkunjung ke blog cucumatkilau].

bagus CMK,teruskan ajar jenis manusia bedebah ini..kerjanya makan hasil haram..atau mereka ni bukan faham halal dan haram..sudah buta mata hatinya.
BalasPadamSAMAN JER CMK...JGN KESIAN2 TERUTAMA AKHBAR UTUSAN SETAN UMNO TUH!!!
BalasPadamKITA BOLEH KUMPUL DANA BANTU HANG CMK...TERUSKAN...
Elok lah tu, saman aje, sombong sangat dia org ni, biar dia sedar sikit. Org pun dah kurang beli paper dia org ni, maklumlah paper Umno. Hari hari takde cerita lain, Malukan Anwar, Cerca Anwar, Fitnah Anwar, lepas tu hentam PR. Org yg jumud, beku, bebal aje yg baca paper utusan meloyer ni. Dia org ni syok sendiri, kunun nya ramai rakyat yg berkiblat pada paper dia org. Dia tak tau sekarang ni org dah merentasi dunia tanpa sempadan mencari berita dan ilmu, mereka dok ditakuk lama. Kesian pada pekerja pekerja printer dia org yg terpaksa menjalankan kerja2 mereka tanpa membantah, walaupun mereka telah disogok dengan cerita 'ADU DOMBA, FITNAH, MENIPU RAKYAT' semata mata untuk menggembirakan Ketua Pengarang nya yg juga mengikut telunjuk para Penyangak Umno.
BalasPadamIroninya kalau sesuatu laporan itu daripada akhbar Utusan malaysia (sekadar menyebut satu akhbar), kita cendorong menganggap laporan itu sebagai tidak betul, palsu atau penipu, tanpa cuba menggunakan akal untuk menilai. Keadaan akan berbeza jikalau sesuatu laporan itu datang daripada akhbar Harakah (sekadar menyebut nama satu akhbar)
BalasPadamMungkin inilah bahananya kalau sudah sedemikian taksub terhadap sesuatu/seseorang, sampai sampai kita tergamak untuk 'menangguhkan kebenaran'atau paling malang lagi kalau sampai menafikan kebenaran.
Harakah dijual hanya untuk ahli pas sahaja. orang umnooo mana boleh beli dan baca. berbeza dengan utusan meloya bukan sahaja dijual kepada semua kaum malah diberi percuma utk budak2 sekolah.. puihhh
BalasPadamAnon 8:15,
BalasPadamApa 'puihhh puihhh' ni...? Nampak sangat 'kecerdikan' dan 'ketinggian' akal budimu wahai anon 8:15 yang dirahmati Allah SWT.
Kalau anon 8:15 kata Harakah hanya untuk ahli-ahli Pas saja, maka Harakah yang terdapat berlambak di toko-toko buku malahan kaki lima itu ternyata Harakah palsulah?
Cubalah luaskan sikit 'deria penglihatan' tu, tidaklah hanya mahir bab 'puihhh..puihhh..puihhh' saja.
YANG SEBOK2 PASAL HARAKAH NI APSAL?
BalasPadamHARAKAH ADALAH AKHBAR RASMI PARTI PAS, DAN DIJUAL HANYA UTK AHLI PARTI, WALAU ADA DI TOKO2 ATAU KEDAI, MANA TAU AHLI PAS KAN BERADA DI MANA SAHAJA...TAK KAN NAK JUAL DLM HUTAN PULAK...
BERBANDING UTUSAN MALAYSIA, AKHBAR INI ADALAH MILIK NASIONAL IAITU SEMUA RAKYAT MEMILIKINYA, TAPI UTUSAN TELAH DIAMBIL ALIH OLH UMNO DAN MENJADI LIDAH RASMINYA DGN LAPORAN BERAT SEBELAH KPD UMO...LBH BAIK TUKAR NAMA DR UTUSAN MALAYSAI KPD UTUSAN UMNO...LG BAIK...
KALAU PAS ADA HARAKAH, UMNO PULAK MANA AKHBAR MEREKA?
Apa yang terkandung dalam KONTRAK SOSIAL.. "Seseorang Perdana Menteri dan Menteri Besar itu mestilah PENASIHAT AGAMA kepada Yang Dipertuan Agung dan Sultan serta Raja-Raja".. bermaksud.. kalau Agong atau Sultan itu agama Islam PM mestilah Islam.. kalau Agung Hindu.. PM mesti Hindu.. sebab tu org India boleh jadi PM.. contohnya Madey.. coz dia Islam dan Agong pun Islam.. Contoh lagi satu Perak.. kerana Sultan itu Islam maka Nizar jadi MB bukan wakil DAP yg bukan Islam.. Atau Zambri.. walaupun seorang India, tapi boleh jadi MB coz dia islam.. tidak ada sebut langsung soal BANGSA.. ada paham???.. KONTRAK SOSIAL ini tidak boleh diubah walaupun oleh Parliment.. ia sesuatu yg kebal... tak caya gi check kat Arkib Negara!
BalasPadamAnon 6:38,
BalasPadamKalau mu nak terjun dengan labu-labumu, dipersilakan saja, siapa peduli?
Tapi sudah terang tak payah bersuluh, Rakyat Malaysia TIDAK MAHU dan TIDAK AKAN PERNAH MAHU berpemimpinkan seorang pengkhianat agama dan bangsa.Tak kira sama ada orang itu INSAN ISTIMEWA ANUGERAH TUHAN (mengikut kamus dan istilah korang).
aku nak tanya sikit?? Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa.. Yang membuat dasar 1 Malaysia dengan menghapuskan keistemewaan dan hak org Melayu. Seorang PM yg menghapuskan kuasa Sultan siapa??.. Anwar ke?? Yg aku tau si Anwar lah yang beria-ia membela nasib rakyat dan bangsa Melayu ni.. Jangan lan penyakit bangang duk melilit kepala tu.. Kalau sebut soal Timbalan Perdana Menteri di kalangan or Cina.. Itu tak melanggar pelembagaan.. org India (mahathir) jadi PM ok je... Bodoh la dia ni...
BalasPadamAnon 12: 06 Jenis Bodoh dan tak berilmu lagi nak komen pasal "siapa pengkhinat" Mamat jenis ni kalau jual kat dia Petrol RM3 seliter pun senyum.
BalasPadamAnei
sentuh bab petrol lak...ni yg aku hangin...kalo harga pasaran turun xnak pulak dia turunkan harga...kalo harga pasaran naik dan-dan je menteri ckp harga terpaksa di naikkan...hampeh betul...naik pulak tu senyap-senyap je...
BalasPadamAnon 2:12 dan anon 3:56,
BalasPadamKalau mu nak terjun dengan labu-labumu, dipersilakan saja, siapa peduli?
Tapi sudah terang tak payah bersuluh, Rakyat Malaysia TIDAK MAHU dan TIDAK AKAN PERNAH MAHU berpemimpinkan seorang pengkhianat agama dan bangsa.Tak kira sama ada orang itu INSAN ISTIMEWA ANUGERAH TUHAN (mengikut kamus dan istilah korang).
Hanya makhluk buta sejarah dan tolol mangkuk saja yang tidak berupaya memahami rasional di sebalik peristiwa penting penetapan Rang Undang-Undang March 1993 yang berhubungkait dengan kebebalan Raja-Raja. Saya cabar anon 2:12 dan anon 3:56, tanya Anwar Ibrahim apa peranan pentingnya di sebalik peristiwa itu?
Anon 3:56,
Saya lebih rela membeli petrol dengan harga RM5 seliter berbanding menerima secara percuma 'fatwa' Anwar Ibrahim sebagai INSAN ISTIMEWA ANUGERAH TUHAN.
Anon 2:12 dan anon 3:56,
BalasPadamSaya ulangi cabaran, Apa peranan penting Anwar di sebalik krisis itu? Dan apa pula pendirian anda sebagai rakyat malaysia ketika itu?
Atau jejangan korang korang belum lahir lagi masa itu? Atau memang sudah besar panjangpun? Mungkin dah pakai kopiah ketayap labu, cuma akal ja yang tak genap sejangkal?
hahaha nak saman 5 juta... nak kaya cepat hoohoho...gila berangan cmk oiii
BalasPadamAnon 2:12 dan anon 3:56,
BalasPadamMengapa sepi diam membatu? Saya yang tdak berilmu ini pun berasa memang ada keperluan untuk anda menyahut cabaran anon 12:45 itu, atau sekurang-kurangnya memberi penjelasan.
Tak pun, lain kali berludah biar bertempat, jangan sembarangan meludah ke langit, akibatnya muka sendiri yang terkena.
Anonymous Anonymous said...
BalasPadamAnon 2:12 dan anon 3:56,
Kalau mu nak terjun dengan labu-labumu, dipersilakan saja, siapa peduli?
Tapi sudah terang tak payah bersuluh, Rakyat Malaysia TIDAK MAHU dan TIDAK AKAN PERNAH MAHU berpemimpinkan seorang pengkhianat agama dan bangsa.Tak kira sama ada orang itu INSAN ISTIMEWA ANUGERAH TUHAN (mengikut kamus dan istilah korang).
Hanya makhluk buta sejarah dan tolol mangkuk saja yang tidak berupaya memahami rasional di sebalik peristiwa penting penetapan Rang Undang-Undang March 1993 yang berhubungkait dengan kebebalan Raja-Raja. Saya cabar anon 2:12 dan anon 3:56, tanya Anwar Ibrahim apa peranan pentingnya di sebalik peristiwa itu?
Anon 3:56,
Saya lebih rela membeli petrol dengan harga RM5 seliter berbanding menerima secara percuma 'fatwa' Anwar Ibrahim sebagai INSAN ISTIMEWA ANUGERAH TUHAN.
Wednesday, December 08, 2010 9:53:00 PM
Pembetulan: Seharusnya 'kekebalan Raja-Raja' dan bukan 'kebebalan Raja-Raja'