script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Sah ADUN Tenang Johor, Datuk Sulaiman Taha Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi, Maka Pasti Satu Lagi Pilihanraya Kecil DUN Bakal Di Saksikan

JOHOR BAHRU, 17 Dis [2.17 am] - Satu lagi pilihanraya kecil bakal berlaku dalam masa terdekat ini. Kali ini di negeri "totok UMNO" iaitu Johor Darul Takzim. Ini kerana, kami mendapat maklumat terkini bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha (foto) telah meninggal dunia pada kira-kira jam 1.10 pagi tadi. Sulaiman sebelum ini telah dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana penyakit kencing manis dan radang paru-paru yang dihidapinya. Beliau bagaimana pun di katakan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan. Sebelum ini, Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat kerana mengadu tidak sihat. Pada 24 November lalu, beliau dipindahkan ke hospital swasta terbabit untuk rawatan lanjut. Tenang dilihat sebagai kubu kuat UMNO dan pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus. Allahyarham yang berusia 59 tahun adalah merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis, meninggalkan tujuh orang anak dan isteri, Hajjah Seri Noraini Yaakop. Al-fatihah.

[Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah atas pemergian Allahyarham. Senario ini pasti mengejutkan pemimpin UMNO BN sebenarnya. Dalam keadaan mereka sedang menggasak Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat itu sendiri, tiba-tiba satu pilihanraya kecil pula terpaksa dilalui. Tambah memeritkan kali ini ialah di kerusi BN yang diwakili oleh UMNO. Malah, DUN Tenang berada dalam Parlimen Labis yang diwakili oleh anak Presiden MCA yang sukup kontroversi dengan video lucahnya sebelum ini. Jika beliau diangkat sebagai Presiden oleh ahli MCA, maka apakah orang-orang Melayu dan Islam di DUN Tenang akan memberi sokongan terhadap kes tersebut. Selepas menggalas tanggungjawab di DUN Galas baru-baru ini makanya rakyat di minta bertenang untuk menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang pastinya lebih panas itu. Panas kerana ia terletak dalam negeri karat UMNO dan Muhyiddin Yassin juga berasal dari negeri itu. Panas juga kerana ia boleh menjadi penanda aras pengaruh BN dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangkan tiba tidak lama lagi. Semua pihak dimintan bersedia dengan segala kemungkinan. Sila bertenang dan teruskan perjuangan!].
Share:

13 ulasan:

  1. Alhamdullah!!!! Kurang seekor mahkluk perosak bangsa dan agama... harap2 lepas ni rakyat sedar dimana Agama dan Bangsa mereka... Alfatehah...

    BalasPadam
  2. Hari pesta untuk rakyat Johor pula.....

    Anda sokong Barisan Nasional dan parti itu menang pula dalam pilihanraya....

    Bersedialah anda semua menerima kenaikan harga barang keperluan kerana dengan memberi kemenangan kepada BN maka mereka beranggapan rakyat suka harga barang naik....

    Sokong BN harga 'BARANG NAIK'

    BalasPadam
  3. Semoga arwah DUN Tenang, pergi dengan tenang.. Takziah..

    lepas ni, Tenang dah tak tenang dah.. bermulalah episod pilihan raya kecil pulak....

    BalasPadam
  4. Agama menyuruh kita bersangka baik dengan orang yang telah meninggal dunia. Sedarlah siapa sebenarnya perosak bangsa.

    BalasPadam
  5. Agama menyuruh kita bersangka baik dengan orang yang telah meninggal dunia. Sedarlah siapa sebenarnya perosak bangsa.

    BalasPadam
  6. Tiada lagi harta,pangkat dan kemewahan.Yang tinggal hanya amal soleh,sedekah jariah dan doa anak yang soleh dan solehah.Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.Moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...Al Fatihah.

    BalasPadam
  7. komen pdo yang bengap dan koplo

    BalasPadam
  8. penduduk tenang akan mendapat durian runtuh,perojek me segera dan berbagai porejek akan dijanjikan.

    BalasPadam
  9. Lu orang pembangkang jangan nak syok tak tentu pasal

    orang Labis lebih tahu sentimen orang Labis

    Kalau kami nak sokong pembangkang pun adalah kerana kami nak chek pemerintah supaya beri perhatian lebih ke Labis, itu je, bukan bermakna kami suka pembangkang. So jangan perasan lah lu wahai pembangkang

    BN = Buto Nuar naik

    BalasPadam
  10. BN = Butoh Nuar naik satu Malaysia huru hara

    BalasPadam
  11. hampa dok jadi bangang situ la sampai tua.

    BalasPadam
  12. ahli pas yg sentiasa berbaik sangkaAhad, Disember 19, 2010 10:13:00 PTG

    MasyaAllah, orang mati pun hampa dok kutuk2.

    setahu aku Dato ni meninggal pada malam jumaat, Nabi pernah bersabda sesiapa yang mati pada hari jumaat akan terlepas dari siksa kubur, berbahagialah sesiapa yg kembali kerahmatullah pada hari jumaat.

    yang dok kutuk2 tu tak takut ke?

    BalasPadam
  13. salam, saya baru jumpa artikel ni... sampai hati cakap aruah mcm tu... dia bukan perosak bangsa, dia aruah ayah saya..dia dah pergi... dia meninggal pada pukul 1am jumaat... sampai hati kutuk2 mcm tu... saya doa kan aruah berada di dalam keadaan yang baik di sana. Al- fatihah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.