script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lebih 4,000 Masyarakat Kaum India Di Negara Ini Di Percayai Tidak Ada Dokumen Pengenalan Diri !!

PUTRAJAYA, 16 Feb [7.30 am] - Dianggarkan seramai lebih 4,000 masyarakat India tempatan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam (foto). Beliau berkata keadaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kurang pengetahuan serta beberapa masalah lain. Sehubungan itu, katanya Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan mulai 19 hingga 26 Februari ini mensasarkan untuk mendaftarkan sebanyak mungkin masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen diri yang sewajarnya. "Kempen ini merupakan platform untuk masyarakat yang mempunyai masalah tampil ke depan dan berusaha menyelesaikan masalah itu," katanya. Kempen selama lapan hari itu membabitkan proses mendokumentasikan masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sewajarnya seperti sijil kelahiran, kad pengenalan serta masih memiliki kad pengenalan merah dan belum memohon status warganegara. Ia dianjurkan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India bersama-sama Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri dan disokong oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta turut dibantu badan bukan kerajaan (NGO), MIC, agensi kerajaan, guru, serta pertubuhan politik dan sukarelawan. Subramaniam yang juga pengerusi pasukan petugas khas pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India dan Timbalan Presiden MIC turut mempelawa masyarakat kaum lain yang menghadapi masalah dokumen pengenalan diri untuk mendaftar pada kempen itu. Sepanjang kempen itu sebanyak 85 kaunter khas JPN akan dibuka pada waktu pejabat termasuk Sabtu dan Ahad, katanya. Katanya setiap negeri yang terlibat dalam kempen itu iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor akan mempunyai penyelaras utama dengan dibantu sukaralewan dari MIC dan NGO. "Kita juga akan beri tumpuan kepada beberapa tempat antaranya sekolah-sekolah Tamil untuk memastikan semua murid yang tiada sijil kelahiran akan diselesaikan serta di rumah-rumah kebajikan kerajaan dan swasta yang ada di antaranya tidak punyai dokumen pengenalan diri yang lengkap," katanya lagi.

[Apa sudah jadi agaknya?. Lebih 50 tahun merdeka masih ada rakyat yang tidak mempunyai pengenalan diri. Jika ini keadaannya, bagaimana mereka bergerak ke sana ke mari?. Bukankah mereka akan dituduh sebagai Pendatang Azing Tanpa Izin (PATI). Kenapa selama ini ia tidak disedari oleh kerajaan terutamanya pemimpin masyarakat kaum India di negara ini. Ternyata, masing-masing hanya sibuk berpolitik tanpa memikirkan nasib rakyat dan bangsa sendiri. Inilah hakikat yang berlaku di negara kita sebenarnya. Justeru itu, satu langkah pro aktif perlu diambil untuk menangani kes seperti ini. Jika tidak ia amat memalukan dan menjatuhkan maruah bangsa itu sendiri sebenarnya. Rakyat wajar didahulukan dari segalanya, namun kempen yang diadakan tatkala menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi jelas sekali menimbulkan kontroversi. Apakah ada agenda lain disebalik segalanya?].

Share:

7 ulasan:

  1. adakah ini salah satu cara utk mendaftarkan sekali rakyat yg berasal dari negara india yg byk bekerja sebagai pencuci kereta agar membantu bn menang besar pada pru13 nanti???

    BalasPadam
  2. Ya, inilah cara BN sejak sekian lama untuk kekal berkuasa. Mereka sanggup buat sahaja demi kuasa.

    BalasPadam
  3. Samalah kat Pekan ni. Ramai pendatang Kemboja dan penduduk termiskin dari Kedah dibawa masuk, diberi tanah dan diberi IC baru untuk ngundi BN. Taktik busuk betul.

    BalasPadam
  4. yerrr...tepat sekali jangkaan anda, cuba anda fikir dan renungkan masih ada lagi rakyat yang tidak mempunyai IC setelah lebih 50 tahun merdeka????

    BalasPadam
  5. Beberapa siri perbincangan diantara Anwar dan pemimpin PAS berlaku sejak akhir akhir ini.Perbincangan berlegar mengenai isu rusuhan di Mesir.Impak dan kesan daripada rusuhan tersebut dikaji.


    Cadangan turut dibangkitkan agar di Malaysia perkara sama patut dilakukan.Dalam perbincangan tersebut Anwar mahu PAS mengunakan atas nama Islam untuk menjatuhkan kerajaan.Menurut sumber usaha ini harus dilaksanakan memandangkan Tunisia dan Mesir berjaya menjatuhkan pemimpin kerajaan.


    Mereka berpendapat jika modus operandi yang sama dilaksanakan pasti akan berjaya.Menimbulkan kekacauan,rusuhan dan pertumpahan darah pasti akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.


    Inilah saja cara untuk menjatuhkan kerajaan kerana dikalangan pemimpin pakatan tidak yakin mampu menumbangkan kerajaan BN semasa PRU13 nanti memandangkan statistik terbaru pakatan telah kehilangan sokongan dan momentum apabila kalah 3 kali berturut turut semasa PRK.

    PRK Merlimau dan Kerdau akan menjadi platform membangkitkan kemarahan rakyat dan menjadi keutamaan agar tersebarnya sentimen ini keseluruh negara.

    Kita harus berhati hati dengan rancangan jahat Anwar dan pemimpin pakatan yang mahu menimbulkan kekacauan semata mata mahukan Anwar terlepas daripada hukuman liwat yang sedang dibicarakan dimakhamah ketika ini.

    BalasPadam
  6. Sejak bila India di Malaysia tidak ada dokumen pengenalan diri..?

    India di Malaysia ini bukannya duduk dalam hutan seperti warga Penan di sabah. Jauh dari bandar dan tiada pengangkutan untuk keluar masuk.

    Disebabkan warga penan inilah maka kerajaan ambil kesempatan untuk menamakan pendatang haram dari indonesia, philipina, india dijadikan warganegara sebagai pengundi tegar BN.

    Kalau disebut orang India duduk dalam hutan pun tempatnya dalam estet saja.

    Bila disebut hampir 4000 orang india tidak ada dokumen pengenalan diri menunjukkan bahawa kerajaan barisan nasional sedang mengimpot hantu jadi manusia.

    Kalau tidak diselidik, disiasat dan disekat maka rakyat sedia ada akan bersaing dengan pendatang untuk hidup.

    Tak lama lagi akan ramai India masuk parti UMNO Baru mengaku melayu.

    BalasPadam
  7. ANON 19.14AM.....

    KALAU AHLI UMNO BAWAHAN YG SEDIA ADA BODOH BOLEHLAH PEMIMPIN UMNO PERBODOHKAN KERANA PEMIMPIN UMNO MEMANG SEDIA ADA BODOH........

    TAPI JGN LAH KOMEN ANDA MENUNJUKKAN KEBODOHAN YG BERTARAF GABAN.....

    MEMANG BODOH BETUL AHLI UMNO NIE.....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.