script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bekas Setiausaha Politik Menteri Jabatan Perdana Menteri 'Mengaku Tidak Bersalah' Terlibat Aktiviti Pengubahan "Wang Haram" Bernilai RM1.2 Juta !!

BUTTERWORTH 10 Feb [5.00 pm] - Bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih RM2.1 juta. Hasbie, 38, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zairan Aman. Mengikut pertuduhan, Hasbie didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM2,134,656 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 4-10 Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Telok Air Tawar, dekat sini, pada 11 Februari tahun lalu. Hakim Mohd. Zairan Aman menetapkan 14 Mac depan untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000.

[Sungguh mengejutkan bila orang yang jelas membawa duit jutaan ringgit seperti itu dan ketika ditangkap duit tunai ada ditangannya tiba-tiba mengaku tidak bersalah atas apa yang berlaku. Soalnya sekarang, dari mana datangnya duit itu kalau bukan dari hasil "urusan berkaitan" yang dibuat antara pihaknya dengan pihak yang berkenaan. Terkadang kita hairan bilamana kes yang sudah terbukti seperti ini akhirnya terlepas begitu sahaja akibat kekuatan Peguam yang membela tertuduh terbabit. Soalnya sekarang, apakah menteri yang berkenaan terlibat atau tahu mengenai wang tersebut?. Ia sungguh memalukan kita semua sebenarnya].

Share:

7 ulasan:

  1. betol ke cucu mat kilau nak keluar pkr, apa bolih buat, dlm politik keluar masyuk perkara biasa.

    tapi kalau nak hidup senang, masuklah Parti Melayu kebangsaan (umno) tapi kalu nak susah cari makan sendiri tanggung, masyuklah Parti Islam Pas.

    segala2nya bolih berubah, tiada yang mustahil, bangunan umno kat kuantan pun bolih terbakar dan dirobohkan, inikan pulak
    kita manusia yang kerdil.

    tahniah blogger PDO..

    BalasPadam
  2. koi pun nk komen pasal cucu matkilau keluar PKR; sebenarnya koi pun xbrp setuju pendekatan sebegini, hentam abih lps2 mintak maaf lps2 keluar masuk parti..knape tak tetap pendirian.. sebenarnya apa tujuan perjuangan ini?klu yakin perjuangan ini teruskan w'pun berdikit2..kejayaan bkn dtg sekelip mata..dlm proses perjuangan ada proses penapisan spt ini..jd inilah hasilnya..sama2 kite renungkan utk kebaikan semua..

    BalasPadam
  3. Rasanya kerana soal ADA PENDIRIAN la maka dia keluar tinggalkan PKR. Dalam ertikata lain, dia bukan lembu atau kuda yang mahu terus diperbodohkan dan sanggup terus 'diperkuda-kudakan' oleh PARTI KIAN RUNTUH (PKR)

    BalasPadam
  4. Hehehe! ini baru betul2 blogger cari makan...kawan saya...saya taulah tentang dia ni....kadang2 puji kita kadang2 kutuk kita, semuanya ada makna...Keluar PKR nak masuk Pas? Nak masuk UMNO mungkin tak tergamak telah kahak hijaunya selama ini..ntahlah kalau tak ada perasaan sanggup telan kahak hijau sendiri..hui..huii...huiii..

    BalasPadam
  5. elok la dia keluar sebelum kena jubur dengan nuar...

    BalasPadam
  6. http://srikandi7.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. anon 4'29 elok la dia masuk umno senang diliwat oleh najib hahahaaaa....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.