script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Kerdau: MB Pahang Dakwa Akan Keluarkan Buku Jingganya Jika Pembangkang Lakukan Dan Menuduh Kerajaan Negeri Pimpinannya Bankrap

KERDAU, 25 Feb [9.31 am] - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto) berkata beliau akan mengeluarkan "Buku Jingga"nya sendiri jika pembangkang mengeluarkan buku jingga mengatakan Kerajaan Negeri Pahang "bankrap". Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Majlis Penyampaian Biasiswa Sekolah Rendah dan Menengah oleh Yayasan Pahang di Padang Awam Felda Jengka 23 dekat sini semalam. Dalam ucapannya juga, beliau menegur tindakan pembangkang yang kononnya memutar belitkan fakta tentang latar belakang pendidikan calon Barisan Nasional yang juga Penasihat Agama Menteri Besar iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad. Adnan dengan bersahaja membuat ucapan yang cukup pedas, panas, kritis dan penuh bermakna untuk menegur pihak pembangkang yang sanggup buat apa sahaja bagi merampas kerusi DUN Kerdau. "Mereka tuduh kerajaan Pahang tiada duit dan bankrap, jika begitu kenapa kita boleh bagi sumbangan jutaan ringgit kepada para pelajar?. Malahan kita juga bersedia menanggung semua tiket perjalanan balik pelajar Malaysia ke Mesir dalam masa terdekat ini. Tidak cukup dengan itu, kita juga berikan duit poket sebanyak RM500 setiap seorang", katanya. "Yayasan Pahang juga telah mengeluarkan jutaan ringgit untuk memberi saguhati bantuan pendidikan kepada mana-mana anak Pahang yang berjaya mendapat tawaran ke pusat pengajian tinggi. Kita tidak bezakan fahaman politik, semua dapat RM500 dengan syarat membawa surat tawaran mereka. Tapi biasanya orang PAS yang paling awal memohon", sinis Adnan sambil diikuti dengan gelak ketawa orang ramai.


Antara beberapa pemimpin UMNO yang hadir pada majlis berkenaan

Adnan berucap secara santai dan bersahaja kepada orang ramai semalam

Sebahagian daripada para hadirin yang hadir dalam program tersebut
Dalam pada itu, Adnan turut menegaskan kehadiran beliau ke situ bukanlah untuk berkempen, tapi menolong rakyat. "Pembangkang akan kata kita berkempen, tapi rugilah kita jika tidak berkempen sedangkan mereka boleh. Mereka tuduh kita guna jentera kerajaan, takkanlah saya nak balik jalan kaki selepas berada disini. Sebagai kerajaan memerintah, sudah pastilah kita guna semua itu. Mereka juga begitu bila berkuasa. Bab-bab duit tak payah cakaplah. Orang PAS juga terlibat. Kita tidak benarkan puncak bukit di tarah dekat Cameron Highlands, tapi tengok apa yang berlaku di Lojing semasa PAS memerintah Kelantan", tambah beliau lagi. Berkaitan biasiswa pula katanya tidak ada mana-mana kerajaan negeri yang memberikan biasiswa kepada pelajar sekolah rendah. "Kita beri biasiswa sekolah rendah untuk bantu rakyat. Itu pun mereka tuduh berbagai-bagai kepada kerajaan. Jika kerajaan tak ada duit (bankrap), macam mana kita boleh bagi biasiswa jutaan ringgit kepada para pelajar", katanya. Banyak lagi teguran dan kritikan yang dibuat kepada parti pembangkang menjelangnya pilihan raya kecil DUN Kerdau kali ini.

[Apa yang jelas dapat dilihat Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob benar-benar kecewa dengan tindakan pembangkang banyak membongkarkan isu kononnya kerajaan bankrap. Beliau nampak kecewa kerana isu "Bajet defisit" terus dijaja oleh pemimpin pembangkang, kononnya membuktikan beliau gagal menjalakan tanggungjawab untuk membangunkan ekonomi negeri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada MB terdahulu. Apa yang jelas, program yang diadakan semalam telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang hadir, termasuk dari kalangan ahili PAS itu sendiri sebenarnya. Ceramah beliau yang agak bersahaja dan santai itu telah mendapat perhatian daripada sebahagian besar hadirin yang hadir. Turut mendengar ceramah Adnan petang semalam ialah calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau kali ini iaitu Hasanuddin Salim sebenarnya. Jika dilihat kepada senario semasa, nyata PAS perlu bekerja keras di kawasan Felda jika bercita-cita untuk menakluki DUN Kerdau 6 Mac ini].
Share:

5 ulasan:

  1. bila ala adun tempat aku nk mati..dpt durian runtuh..

    BalasPadam
  2. mmg kerajaan bg duit tp itu semua duit penoreh getah,penanam padi buruh binaan dan mcm2 lg org lg yg kena bayar cukai, itu pun masih duk mintok dengan kerajaan persekutuan, kalau depa semua nak tau Pahang lah antara Negeri yang paling banyak hutangnya dgn persekutuan duit elaun pun lambat bayorrrr....

    BalasPadam
  3. Pahang adalah antara negeri yang paling banyak sumber alam, tapi jadi antara negeri yg tak kaya dan banyak hutang. Itu perkara paling basic untuk kita buat penilaian bagus ke tak bagus pemerintah negeri Pahang ni selama berpuluh tahun ni.

    Kelantan yg x ada sumber alam seperti Pahang ambil alih dari BN dulu dgn segala hutang BN yg ditinggalkan akhirnya berjaya langsaikan hutang hasil dasar jimat cermat dan keputusan perbelanjaan yg berhemah. MB dan exco pun sanggup potong elaun dan hidup sederhana. Lihat Nik Aziz, mana ada Banglo besar apatah lagi istana macam pemimpin2 UMNO.

    BalasPadam
  4. memang nik aziz miskin dan hina sebab tak reti memajukan ekonomi negerinya, bukan sebab tawaduknya...

    BalasPadam
  5. Sebaiknya kita sesama berdoa agar Nik Aziz dibukakan pintu hatinya untuk menerima dan MASUK UMNO supaya dia berhenti daripada terus mencipta, mencanag dan menyebarkan AJARAN SESAT dan FATWA SONGSANG yang mengharuskan pengikutnya mendoakan kemusnahan dan kematian orang lain.

    Mari kita sesama mendoakan agar Nik Aziz panjang umur biar dia ada cukup masa untuk bertaubat.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.