script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihan Raya Kecil DUN 'Kerdau', Pakatan Rakyat (PAS) Ada Peluang Tetapi Kekuatan BN Jangan Di Nafikan Untuk Terus Mempertahankan Kerusi Itu


Pilihanraya Kecil DUN Kerdau dijangka tiba tidak lama lagi. Sesuatu yang tidak dijangka, kerana masing-masing kini tertumpu ke Merlimau sebenarnya. Inilah yang dikatakan takdir. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Sesungguhnya desas-desus pilihanraya di Kerdau ini sudah lama kedengaran sejak ADUN Kawasan terbabit, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim sakit dan keluar masuk hospital tahun lalu. Cuma masing-masing tidak menjangka Allah menjemputnya secepat ini, tambahan pula beliau baru saja melangsungkan perkahwinannya. Semalam, krew kami menjengok ke majlis pengkebumian jenazah arwah di Tanah Perkuburan Islam Kg.Paya Taram Kerdau. Tidak ramai pemimpin UMNO BN yang menjejakkan kaki hingga ke tanah perkuburan. Apa yang jelas dapat dilihat masing-masing hanya menunjukkan muka tatkala mendengar kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila PM berangkat pulang maka masing-masing meninggalkan Kerdau dengan kepuasan. Apa yang puas?. Kerana dapat menunjukkan muka kepada pemimpin besar negara itu. Manalah tahu jika berpeluang lagi untuk jadi calon dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Inilah politik namanya. Dapat dilihat, hanya yang berada di tanah perkuburan ketika jenazah dikebumikan ialah Speaker DUN Pahang, Dato' Seri Wan Razali Wan Mahussin dan Exco Pahang Dato' Safri (ADUN Ibam). Mungkin yang lainnya terpaksa balik awal akibat ada urusan penting gamaknya.


Pekan Kerdau mengamit pembangunan, rezeki buat rakyat sebenarnya
Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan ialah kawasan ini dilihat masih menjadi kubu kuat UMNO BN. Ini berdasarkan fakta terdapat tiga buah kawasan Felda dalam kawasan DUN Kerdau. Kesemuannya adalah Felda kawasan Jengka (jika tidak silap Jengka 22, Jengka 24 dan Jengka 25). Senario ini sama dengan apa yang berlaku di DUN Tenang baru-baru ini. Undi kawasan Felda telah berjaya memenangkan BN dengan majoriti cukup besar. Kini senario yang sama bakal berlaku di DUN Kerdau. Cuma tinjauan kami ke Pekan Kerdau mendapati ia agak sepi dan daif daripada lain-lain pekan kecil di Pahang. Insfrastrukturnya agak ketinggalan. Mungkin dek kerana lokasinya yang tidak sesuai atau sebaliknya. Agak menarik untuk diperkatakan ialah di simpang masuk ke Kerdau (jalan utama Temerloh-Kuala Krau-Jerantut) kelihatan beberapa buah deretan kedai. Terdapat sebuah sekolah di situ dan beberapa pembinaan lain. Ternyata Kerdau masih ketinggalan dari segi pembangunan sebenarnya.


Markas PAS dilihat begitu strategik dekat pintu masuk ke pekan Kerdau
Biar pun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan hari pencalonan dan pengundian, namun kelebihan sebenarnya terletak ditangan Pakatan Rakayt. Ini kerana Markas PAS Kerdau tersergam indah di persimpangan masuk ke pekan itu. Kelihatan bendera PAS dan PKR yang berkibar, seolah-olah menggamit orang ramai yang akan berkampung ke situ tidak lama lagi. Kelihatan pentas PAS yang mengadap jalan utama masuk ke pekan Kerdau. Difahamkan, kawasan itu dibeli daripada orang UMNO. Ia agak strategik kerana terletak bersebelahan dengan sebuah restoran dan beberapa kemudahan lain. Tidak kelihatan markas BN di lokasi terbabit setakat ini. Memandangkan senarionya begitu, maka harapan besar untuk PAS merampas kerusi DUN Kerdau mungkin menjadi kenyataan jika kena caranya. Tambahan pula kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) lalu hanya sekadar 1,615 undi sahaja.

[Justeru itu, percaturan penting sekarang ialah siapakh calon paling sesuai untuk berada di situ. Apakah Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim akan dikekalkan sebagai calon? Atau mungkin calon lain termasuk Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri jadi pengganti?. Apapun, harus diingat bahawa DUN Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau. Ahli Parlimen disitu ialah Datuk Ismail Hj Mohamad Said. Harus diingat, beliau baru sahaja dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Makanya, itu satu kelebihan dan boleh membanggakan warga Kuala Krau sebenarnya. Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi yang akan dibuat oleg pihak SPR tentang tarikh bersejarah Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau ini. Kepada semua pihak, selamat berkempen dan pastikan segalanya bersih serta terkawal. Berhemah dan berbudi bahasa dalam menarik sokongan para pengundi itulah yang paling utama sebenarnya].
Share:

25 ulasan:

  1. sebaiknya PAS letak je calon yang agak agak kalau kalah kurang sikit malunya, kalau letak calon gagah nanti kalau kalah malu besor pulak....koi tetap undi BN selagi PM dan TPM ni pergi solat...

    BalasPadam
  2. Saya pernah menulis dan memberikan amaran kepada pemimpin Pas supaya jangan mainkan isu pemberontakan di Mesir untuk mencetus pemberontakan dan peralihan kuasa di Malaysia. Kerana keadaan kita sangat nyata berbeza. Disana rakyat tertindas, manakala disini rakyat dan pemimpin pakatan rakyat yang menindas kerajaan.


    Bagaimanapun, tetap kedengaran juga para pemimpin Pas dan pembangkang keseluruhannya cuba mainkan isu pemberontakan rakyat Mesir sebagai pencetus pemberontakan di Malaysia. Saya sangat percaya bahawa rakyat di negara kita tidak akan lakukan kebodohan bagitu. Kita telah melihat dan belajar dari sejarah di Iraq, 'kunun' atas nama demokrasi rakyat menolak Saddaam Hussein, akhirnya rakyat tetap menderita oleh tekanan pengaruh asing.


    Bagaimanapun, jika ada sebikangan rakyat yang ingin mencuba pemberontakan, maka cubalah di Kelantan kerana rakyat Kelantan ada aasan yang kukuh untuk mengubah kerajaan. Kerajaan dibawah Pas di Kelantan selama ini gagal membawa kehidupan rakyat kepada yang lebih selesa. Pertumbuhan ekonomi negeri juga gagal dibangunkan. Pembangunan kemudahan asas masih kekal pada tahap 30 tahun dahulu lagi. Segalanya kerana pemimpin Pas berpolitik setiap hari, siang dan malam sehingga mengabaikan nasib rubuan rakyat yang memerlukan kehidupan duniawi yang lebih sempurna.


    Benar, mereka inginkan syurga dan kehidupan dihari akhirat, tetapi didunia ini mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Mereka sudah tidak tertahan meminum air yang berkeladak sejak 30 tahun lalu. Anak-anak muda Kelantan terpaksa berhijrah keluar negeri termasuk Singapura untuk mencari kehidupan kerana Kelantan gagal memberikan mereka kehidupan yang sempurna. Peluang ekonomi yang ada dikelantan hanya dibolot oleh golongan elit dari kalangan pemimpin saja. Miskinkah anak menantu Nik Aziz? Papa-kedana kah Husam Musa?


    Yang kesusahan hanyalah rakyat biasa, sehingga remajanya terpaksa menjual tubuh merata-rata bahkan yang jantannya juga terpaksa menjual bontot mereka. Ini benar-benar terjadi di Kota Bhahru. (Sila klik sini ke blog Papa Gomo) Serambi Mekah sudah jadi serambi 'bermukah', serambi kemaksiatan dan pelacuran. Kita bimbang taraf ekonomi yang rendah di Kelantan akan menjadikan rakyat negeri itu seperti di Thailand dimana remaja lelakinya menjadi 'monk' di kuil-kuil manakala remaja perempuannya menghiasi dinding kaca untuk diperdagangkan maruahnya.


    Selamat datang ke Kota Bharu, pintu dan serambi ke Golok. Segalanya ada di Kota Bharu. Lelaki perempuan dan minuman berikutan lesen-lesen minuman keras diluluskan lebih banyak oleh pentadbiran parti 'Isle' Pas. Hehehe!
    ---BRAVEHEART

    BalasPadam
  3. Dimana-mana ceramah dan peluang berkempen, Pas pasti akan isu kerajaan akan bangkrup kerana berbelanja boros. Itu membazir dan ini membazir. Tetapi bila mereka melakukan perkara yang sama, tidak pula mereka katakan itu membazir. Ooo! jangan hairan kerana itlah sikap tipikal Pas. Sentiasa baik bagi mereka dan sentiasa buruk bagi orang lain. Anugerah Tuhan apa yang mereka terima sehingga mereka merasakan bahawa mereka sebagai umat pilihan...'the coosen ones' ..(?).


    Setiap kali berlaku pilihanraya kecil setia kali itu jugalah mereka akan menyebar dakyahnya, antaranya adalah kerajaan berbelanja boros dengan menjanjikan kepada rakyat segala bentuk pembangunan.


    Pas telah tewas di Tenang, kini mereka akan menghadapi PRK Merlimau dan Kerdau juga. Apa kata demi perpaduan dan bagi mengelakkan kerajaan berbelanja dan membazirkan duit rakyat, Pas tidak bertanding dan memberikan kemenangan percuma kepada UMNO BN.


    Tentu banyak pihak yang akan membantah cadangan ini tetapi saya merasakannya adalah cadangan yang wajar.


    Pas memang sukar memenangi mana-mana PRK sama ada di Merlimau atau di Kerau kerana ternyata itu adalah kubu kuat BN. Jika Pas sertai pertandingan itu, tentu akan banyak duit rakyat yang akan Pas belanjakan dan hasilnya tetap juga tidak akan dapat mereka nikmati kerana mereka akan tetap kalah.


    Jika Pas tidak memberikan pertandingan ini akan dapat membantu kerajaan UMNO dari mengeluarkan belanja besar kerana mereka tidak terasa dicabar. Ini baru benar-benar menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Soalnya apakah Pas sanggup dan ingin melakukan ini?


    Oooo, tentu mereka sudah ada fatwa untuk menghalalkan apa yang akan mereka buat...jika bukan memutarkan kata-kata, bukanlah Pas namanya. Heheheh!

    BalasPadam
  4. Bagi Pas wang ringgit bukan ukuran,dan para ahli yang mencarum juga tidak merasa rugi walau pun Pas kalah.Ini adalah kerana antara Pas dan Umno berbeza prinsip.Umno bermotifkan kebendaan sedangkan Pas mengutamakan perjuangan dan'jihad'.Bagi Umno untuk menang perlu berbelanja besar dan bila sudah menang keuntungan akan di perolehi berlipat ganda.Bagi Pas rakyat perlu di beri penerangan dan pilihan,tapi jika rakyat masih enggan menerima Pas itu hak mereka, kewajipan Pas pula sudah tertunai.

    Saya tidak menjadi ahli Pas dan tidak juga menjadi ahli Umno,tapi bila membuat pilihan saya leboh condong mempercayai Pas berbanding Umno.

    BalasPadam
  5. Bercakap takde fakta. Boleh blah. Fakta karut dan rekaan semata-mata untuk kepentingan politik.

    BalasPadam
  6. Anon 11:26, takde istilah malu dalam PAS. Kalah memang dah jadi lumrah sejak pilihanraya dulu-dulu lagi. Kalau letak calon macam mana pun, PAS x perlu malu kalau kalah dengan UMNO / BN yang guna seluruh jentera kerajaan dan kewangan yang besar. Disokong lagi oleh suratkhabar, radio dan TV. Sebaliknya UMNO yg patut malu kalau kalah. Ibarat orang bersenjata senapang, jet pejuang, peluru berpandu dan kereta kebal kalah kepada orang yang pakai lastik je. Fikir-fikirkan.

    BalasPadam
  7. Yang saya faham dan difahamkan adalah: PAS adalah sebuah parti politik ekstremis dan menggunakan agama untuk kepentingan politik. PAS lebih cenderung kepada ketaksuban melampau terhadap pemimpinnya. Jauh sekali daripada fakta rasional.

    Kalau ada lagi yang saya tidak tahu, jangan ragu untuk beritahu saya.

    BalasPadam
  8. Anon 2:51 kalu anda mengaji tentu anda akan mengerti dalam islam politik dan agama tidak boleh di pisahkan..yg memisahkan nya tak lain tak bukan Umno dengan fahaman kebangsaannya..jika kita jahil elok lah kita mengaji yer

    BalasPadam
  9. Politik dalam Islam memang pon perlu menggunakan agama..dalam agama tu terdapat peraturan2 yg jelas yg perlu di ikuti dan juga yg perlu di hindari..allah dah tau kelemahan manusia sbb tu dia buat undang2 yg tegas yg mesti di ikuti oleh manusia supaya manusia selamat dunia dan akhirat..tapi sayang manusia lebih suka buat undang2 sendiri macam kat malaysia nie...oleh itu kita lihat akibatnya pelbagai kerosakan berlaku di bumi malaysia..nak cerita ke kerosakan apa?..org mengaji mesti tau..dan ada juga pura pura tak tau..huhuhu

    BalasPadam
  10. untuk orang politik esuk kerajaan malaysia menyambut maulidul Rasul, yg aku taw Rasulullah s.a.w sendiri xpernah pun sambut ulang tahun kelahirannya, tapi xpe la, ini Malaysia.

    ajaran Rasulullah.

    xpernah suruh orang maki hamun sesama manusia.

    xpernah suruh menghina mefitnah dan menghina sesama makluk.

    xpernah suruh orang islam memegang jawatan dalam kilang arak.

    xpernah suruh meluluskan lesen spot toto, megnum, kuda dan sebagainya berunsur judi.

    xpernah suruh mendedahkan aurat.

    xpernah suruh bersalaman jika bukan muhrim.

    xpernah suruh umat islam berkerja dipusat2 hiburan yang menyediakan arak dan bercampur lelaki dan perempuan.

    xpernah mengada pinjaman yg berunsur riba.

    xpernah menggunakan undang2 sekular dlm pemerintahnya.

    dan banyak lagi kerjaq2 bidaah yang dilakuakn olih umat islam diMalaysia ini.

    pagi berselawat penuh semangat, tengahari singgah beli toto, megnum dn sebagainya.

    islam apa ini?

    BalasPadam
  11. yang PURA2 TAK TAU dan berasa SERBA TAU itulah yang paling bahaya. lebih2 lagi yang siap berselindung di sebalik serban dan title ulama.

    BalasPadam
  12. zaman sekarang parti mana yang banyak hulur duit kepada pengundi, parti itulah yang akan menang.

    sebab rakyat nak duit, itu sahaja, tak kiralah banyak sikit, yg penting duit untuk membeli sesuap nasi, nak beli rokok, nak beli nombor, nak topup telepon, nak bayar yuran sekolah, nak bubuh minyak motor dn sebagainya.

    BalasPadam
  13. Semua orang nak duit,tapi carilah dgn hasil titik peluh sendiri baru berbaloi.Kalau tunggu duit percuma masa pilihanraya je itu pemalas dan bodoh namanya.Kita dapat duit 5 tahun sekali,yang menang pilihanraya(kalau Umno) meropak duit rakyat sepanjang 5 tahun.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum w.b.t..

    Buat semua penyokong PAS, saya nasihatkan tak perlulah kita berdebat dengan orang2 jahil UMNO kerana dalam diri orang2 jahil ini hanyalah duniawi semata- mata. Tingkatkan amalan kita dan hidupkan sunnah Rasullulah S.A.W semampu yang boleh, insyaAllah bantuan Allah Taala akan tiba jua..

    hambaMu yang lemah..

    BalasPadam
  15. tau tapi tak mau mengaku itu lah kebenaran yang sepatutnya di LAKSANAKAN..selamat menyambut maulidur rasul..berarak lah kita yek

    BalasPadam
  16. ya tak ya penat betaki dengan org Umno nih..kala 1 quran kita bg terjemahan pon tak dek nya di heran..apa apa pon harap dapat petunjuk..aminn

    BalasPadam
  17. eh jangan aok kalau kita kata dia sekular dia maroh amat..dia kata dia memperjuangakan islam weh..huhu

    BalasPadam
  18. Insya-Allah koi akan balik mengundi nanti... tapi pada khemat koi, approach calon pas sejak 2 kali koi mengundi, x mampu nak meraih undi pengundi atas pagar kalu terus dgn approach yg sama.. mereka bergerak seperti golongan elit yg tidak pandai mengambil hati pengundi... terlalu gah dgn serban tapi nak menegur atau senyum kepada pengundi pun payah.. Jgn pikir golongan muda yg dtg bersahaja itu semestinya penyokong BN, tapi maybe pengundi PR yg senyap. So mesti proaktif...

    BalasPadam
  19. AKU X APA. MELAYU DGN MELAYU. SAPA MENANG PUN X PA. PENYOKONG2 JANGAN TERLALU FINATIK SANGAT. INGAT ISALAM SEMUA SAUDARA. AKU YANG DOK TAKUT DAPAT KAT KAFIR HARBI. NANTI JAdI MACAM PALESTIN. DOK BALIG ASKAR ISREIL DGN BATU SAJA.

    BalasPadam
  20. ORANG ISLAM SAPA PUN X USAH TUNJUK HEBAT. KALU X SEMBAYANG NERAKA LAH TEMPATNYA.KAFIR HARBI MAPUS SAJA . NERAKALAH TEMPATNYA.

    BalasPadam
  21. BAGI PEMBODEK UMNO. TAK USAH DOK JADI HERO. NAK PERJUANG ORANG POLITIK DAN YANG YANG PENCEN DOK BAGI JADI PENGERUSI DALAM GLC. BAGI TAU NAJIB ORG LAIN ADA LAGI. DEPA DAH DOK GAGAU BANYAK DAHHHHHHHHH. ORANG DAH MELUAATTT.

    BalasPadam
  22. em apalah ertinya pembangunan sekiranya semua harta yang naik terpacak hak org lain..bukan islam,,,mcm "pembangunan" di kuantan contohnya, banggakah anda fanatik umno dengan pembangunan yang menjadi duri dalam daging kepada manusia, kuantan yer bertambah pesat tp tgk medan warisan hak saper, ECM hak saper, tg lumpur hak saper, indera mahkota perumahan mmg ramai islam tp kalau kedai nak cari sebijik dua pun payah hak islam mmg umno bangang jer yang menyokong pembangunan sebegini, pembangunan utk poket depa adalah, tu lah perjuangan umno dan 'braveheart' (sorry tak sama ngan mel gibson, dia macho melawan penguasa zalim, brave no herat ni plok dayus)

    BalasPadam
  23. Parti cap kapal layar lagi la..parti menggunakan segala jenis benda(termasuk agama) untuk perut deme tu..korang nak sokong?heheheheh

    Cerita arak dan zina di kltan ..pehal..Di kuantan?

    BalasPadam
  24. memang penat betaki dengan orang umno.. sedara mara aku keje kerajaan bengang betul kalau ada pilihanraya.. mcm2 keje kena buat. yg x kene mengene dn keje hakiki pun ade.. biasala.. kakitangan awam kan medium k'jaan.. nak pulak umno bn. orang umno ni suka betul buat majlis menyanyi..benda2 sikit menyanyi... sebab diorang nk dpt undi cra camtu... nak jugak tengok orang umno ( biro agama atau puteri umno )buat kempen menutup aurat di kaw2 awam spt pasaraya.. kempen mencegah zina ke, khemah ibadah untuk remaja felda atau remaja rempit ke... qiamullail bersama YB Ahli Parlimen sebulan sekali di masjid daerah ke... best jugak.... apa pendapat kalian

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.