script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pengerusi SPR Tersilap Tidak Rujuk Akta Pilihan Raya 1954 Bila Berkata Janji Pembangunan Yang Terkandung Dalam Bajet Bukannya Satu Rasuah

JASIN, 26 Feb [2.01 am] - Siri ucapan pemimpin kerajaan yang mengandungi pelbagai janji membawa pembangunan pada mana-mana kawasan semasa kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ia bukan rasuah. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (foto) berkata, tindakan pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di semua negeri yang dikuasai mereka itu merupakan apa yang telah ditetapkan dalam belanjawan masing-masing. "Memang biasa pemimpin tak kira dari BN atau Pakatan Rakyat berjanji dalam ucapan-ucapan mereka, tapi itu bukan kesalahan seperti rasuah kerana ia telah ditetapkan dalam belanjawan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Penamaan Calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Politeknik Merlimau semalam. Beliau mengulas mengenai janji-janji yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin parti yang bertanding kepada pengundi jika mereka dipilih pada pilihan raya yang diadakan termasuk pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau yang diadakan serentak pada 6 Mac ini. Hadir sama ialah Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lyle. Abdul Aziz menjelaskan, jika benar-benar berlaku rasuah sepanjang kempen pilihan raya kecil ini, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sentiasa melakukan pemantau akan bertindak. Katanya, pegawai-pegawai SPRM telah ditugaskan pada setiap kali PRK diadakan bagi memastikan setiap pemilihan diadakan dalam keadaan bersih dari gejala rasuah.Dalam pada itu, beliau menegaskan, semua penyokong parti dilarang menggunakan pembesar suara dan sebarang alat muzik pada hari penamaan calon Sabtu.

Bukti, sila klik pada imej untuk besarkan keterangan yang berkaitan

Katanya, perbuatan itu merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Beliau kecewa, walaupun peringatan sering diberikan setiap kali pilihan raya diadakan, kesalahan itu masih berlaku. "Kejadian penyokong parti politik membawa alat pembesar suara masih berlaku pada PRK Tenang di Johor. Kita rampas bateri mereka keluarkan bateri baru," katanya. Dalam pada itu, beliau mengingatkan para penyokong supaya tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada hari penamaan calon. "Saya berharap para pemimpin parti akan menasihati penyokong masing-masing supaya mematuhi undang-undang dan proses penamaan calon berjalan lancar, selamat dan tenang," katanya. Sementara itu, Abdul Aziz memberitahu sebanyak enam set borang calon telah dijual kepada kedua-dua pati BN dan PAS. Katanya, pusat pencalonan akan dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi. "Selepas itu tempoh bantahan selama sejam akan bermula sebelum calon layak bertanding diumumkan pukul 12 tengah hari," ujarnya.

[Pengerusi SPR tidak wajar mengubah apa yang sudah terkandung dalam Akta Pilihan Raya 1954 itu sebenarnya. Janji pilihan raya tidak termasuk dalam bajet kerana mana mungkin kerajaan boleh tahu siapa akan mati sebelum mengadakan pilihanraya kecil. Jika sudah masuk dalam bajet, kenapa projek perumahan rakyat di Paya Taram Kerdau mengambil masa tiga kali pilihanraya umum pun masih belum disiapkan. Tiba-tiba kerajaan umumkan peruntukan RM2.2 juta ketika pilihan raya kecil DUN Kerdau ini. Maknanya, kenyataan Pengerusi SPR amatlah tersasar sama sekali dan boleh dicabar oleh rakyat Malaysia sebenarnya. Anehnya, larangan membawa pembesar suara dan alat gendang pula yang dihalang oleh SPR. Kenapa mereka terlalu takut dan gusar dengan kehendak rakyat itu. Kenapa apa yang dilakukan sebelah pihak boleh tetapi yang berlaku kepada pihak lain tidak boleh?. Sama-samalah kita fikirkan permainan kotor pihak SPR ini dalam menangani pilihan raya kecil kali ini. Pengerusi SPR perlu bezakan projek yang termasuk dalam bajet atau projek "Mee Segera" yang sebenarnya].

Share:

17 ulasan:

  1. Nak tanya Pengerusi SPR,siapa yang akan menyemak dan menentukan sama ada sesuatu projek itu "projek mee segra" PRK atau dari Budget? Kalau betul dari peruntukan Budget mengapa tidak diselenggarakan sebelum adanya PRK? Tak usahlah nak tunjuk pandai dan cuba memperbodohkan orang ramai.SPR memang sudah diketahui sebagai kuda tungangan UMNO/BN.

    BalasPadam
  2. Inilah contoh negara dan kepimpinan BRENGSEK BNUMNO...SPRM...PDRM...SPR...sama saja 2x5. Aku muak dengan sifat munafik mereka!!!

    BalasPadam
  3. Kita sama2 berdoa PAKATAN RAKYAT perintah negara lepas ni...tengok pulak apa Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat janji mcm umno buat ni...SPR nak kata apa pulak...x leh ka?...che aziz o che aziz....

    BalasPadam
  4. nampak sangat spr berat sebelah..kalo bn buat suma ja boleh...pasang bendera sebelum kempen..janji nak buat projek pembangunan..suma x da hal..x da masalah..kalo pembangkang buat suma x betul..

    BalasPadam
  5. Satu lagi projek membodohkan rakyat oleh kerjaaan Barisan Nasional.

    BalasPadam
  6. Yang Anwar terhegeh2 janji 'hari ini memerintah esok turun harga minyak' tu apa hal pula? Lagu 16 September pula apa cerita? Kenapa tak cakap apapun masa dia dalam kabinet dulu? Kenapa baru sekarang baru nak melalak melolong janij itu ini? Sekarang ni lagi sibuk menjaja 'siaran ulangan' BUKU JINGGA.

    Baik bakar ja buku jingga tu buat menyemak ja!

    BalasPadam
  7. Kita sama2 berdoa agar PAS (Parti Angguk Saja) PKR (Parti Kian Runtuh) dan DAP (Dalang Anasir Perosak) bakal runtuh dan ranap selepas ini!

    BalasPadam
  8. Anon 9:22:00, daripada doakan PAS ranap baik ko doakan parti UMNO yg mendapat nasihat APCO Israel yg hancur ranap. Adalah jugak point nya. Ini nak doakan parti yg memperjuangkan Islam ranap. Ko ni bangsa Melayu Islam ke bangsa Yahudi?

    BalasPadam
  9. Mari lah sama2 kita berdoa penyokong2 Umno di bukakan hati menyokong perjuangan islam..aminn

    BalasPadam
  10. amin..SPR adalah sebuat parti tunggangan UMNO yang ditunggang.demokrasi tempang.kalau telus kenapa penggunaan dakwat kekal dimansuhkan disaat-saat akhir PRU dulu. bazir duit rakyat je.

    BalasPadam
  11. Jika rujuk buku undang2 tubuh akan tahu matalamat sesuatu kelompok dimana masing2 mempunyai fokus yang berlainan walau dengan apa cara sekali pun. Fikirkan lah adakah matalamt perjuangan masing masing adakah untuk didunia semata atau untuk selama2nya..Ada faahaaam? Klik BezaHangAku

    BalasPadam
  12. Sebaiknya kita sesama berdoa agar Nik Aziz dibukakan pintu hatinya untuk menerima dan MASUK UMNO supaya dia berhenti daripada terus membuat AJARAN SESAT dan FATWA SONGSANG yang mengharuskan pengikutnya mendoakan kemusnahan dan kematian orang lain.

    Saya pula mendoakan agar Nik Aziz panjang umur agar dia ada cukup masa untuk bertaubat.

    BalasPadam
  13. orang pas semua islam x makan babi tp orang umno kat sabah makan babi

    BalasPadam
  14. Makan babi masih seribu kali terhormat berbanding menjadi penjilat setia lendir dan kahak pekat BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) Makan babi juga masih lebih terhormat berbanding terus menelan ajaran sesat dan fatwa songsang musang berjanggut.

    BalasPadam
  15. Hujah buang masa...tak ada nilai untuk rakyat malaysia....kan ada lebih baik kalian semua duduk fikir selama 52 tahun BN memerintah apa yang baik...apa yang buruk...kalau baik undilah BN...kalau tak baik...gugurkan dia..ganti parti lain...kalau sama buruk...ganti parti lain. Kalian ada peluang setiap lima tahun...gunakan lah peluang tu....daripada mencaci dan menuduh orang yang belum tentu salahnya...adalah lebih baik kalian semua berfikir...berfikir...berfikir...kemudian undi...FAHAM TAK!!!!!!!JANGAN FIKIR GUNA OTAK ORANG LAIN!!!!!!

    BalasPadam
  16. Dia tengah kejar title TUN pulaklah...

    Makhluk hipokrit...takde harga diri...pecacai, barua, pariah UMNgOk dan Barang Naik (BN)...

    Nama aje ada Suruhanjaya...

    PORAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.