
Selepas kontroversi
blogger Cucumatkilau meninggalkan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, seorang lagi blogger
"hardcore" Pakatan Rakyat
Mat Saman Kati (foto) pula berbuat demikian. Mat Saman Kati atau MSK dikatakan berbuat demikian tiga hari selepas Cucumatkilau keluar parti itu pada
11 Feb 2011 lalu. Dalam posting yang bertajuk "
Selamat Jalan PKR.." dalam blog peribadinya
Universiti Terbuka Perak (UREKA). Antara lain MSK menyatakan keputusan itu diambil kerana beliau tidak mahu lagi bersubahat dengan orang yang mungkir janji.
"Aku tak mau lagi bersubahat dengan mereka yang mungkir janji. Sebab mungkir janji itu adalah sifat munafik. Aku tak mau dengar alasan lagi. Sebab alasan hanyalah helah untuk menutup kelemahan. Aku tak mau kutuk lagi, sebab itu bukan contoh yang baik. Dengan itu…aku mengambil sikap untuk berundur dari PKR. Aku bukan keluar PKR, sebab aku masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan. Tetapi aku tak sanggup lagi berada dalam PKR yang ada hari ini kerana ianya tidak lagi memegang prinsip yang diperjuangkan" , kata beliau. beliau juga menegaskan
PKR pasca 2008, tidak sama dengan PKR pra-2008. PKR sebelum menang, tidak sama dengan PKR selepas menang.
Gambar kenangan yang sempat dirakamkan ketika CMK dan MSK bertemu
di Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Datuk Zaid Ibrahim tahun laluSebelum menang, macam-macam janji. Macam-macam harapan yang ditaburkan. Selepas menang, janji entah kemana, harapan entah kemana katanya.
"Dengan itu…aku mengambil sikap untuk berundur dari PKR. Aku bukan keluar PKR, sebab aku masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan. Tetapi aku tak sanggup lagi berada dalam PKR yang ada hari ini kerana ianya tidak lagi memegang prinsip yang diperjuangkan. Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR. Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka. Selamat jalan PKR", jelas kenyataan dalam blognya.
[Dengan senario terbaru ini, maka sudah dua orang blogger hardcore yang selama ini membela dan mempertahankan parti itu akhirnya bertindak meninggalkan PKR. Jika wakil rakyat keluar PKR dan menjadi bebas mungkin ada pihak-pihak tertentu mengatakan mereka kecewa dan mengejar kemewahan. Namun, bila blogger yang selama ini menyokong parti itu akhirnya membuat keputusan berkenaan maknanya sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah pemimpin PKR sedia ada sedar dengan apa yang berlaku ini boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap parti itu dan Pakatan Rakyat itu sendiri?. Kini jelas memang ada kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam PKR sebenarnya. Cuma masih ada pihak-pihak tertentu yang tidak berlaku jujur dan sengaja ingin menutup kelemahan tersebut. Akhirnya mereka yang menegur dituduh sebagai perosak, sedangkan mereka yang menyembunyikan semua itu sebenarnya khianat kepada parti. Bezanya antara Mat Saman Kati dengan Cucumatkilau ialah MSK lebih banyak berada dibelakang tabir sedangkan CMK pernah menjadi calon PKR dalam PRU12 lalu. Khabarnya ramai lagi blogger hardcore akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita nantikan!].
patah tumbuh hilang berganti... biarlah mereka pergi... di saat mereka berundur... mereka bukan hardcore lagi.... kalau mereka ada dalam PKR pun kekuatan PKR macam tu juga... kalau mereka keluar.. adakah PKR semakin lemah??? Keluarlah segala cucu apa pun.... keluarnya mereka ada hikmahnya...lebih-lebih lagi bila keluar masuk UMNO....dah tau brand jenis apa...
BalasPadamTu kalau keluar masuk UMNO.. tp kalau keluar masuk PAS.. memanglah PKR tetap wujud bro.. tp rakyat yg membaca tulisan mereka tuu guaner.. satu persatu pengundi atas pagar tolak PKR bro... jgn ingat mereka semua x ada pengaruh... hati2 bro bila bercakap..
BalasPadamORANG MACAM MEREKA TAK AKAN MASUK PAS!!
BalasPadamYup poyo!!! mereka sekadar pelakon yang digunakan untuk menyerang PKR oleh UMNO, serang PAS dan DAP UMNO akan gagal, sasaran mudah ialah serang PKR.
BalasPadamLanUIAM
Keluarlah sapa2 nak keluar. Berpaling tadah lah sapa yang mahu, aku memang tak percaya 100% kat ahli2 PKR sbb mereka boleh swing kpd UMNGOK mereka bila2 masa saja. Dalam Pakatan Rakyat hanya PAS yang konsisten kepada perjuangan.
BalasPadamTuan blog...
BalasPadamKepada yang nak keluar tu keluar lah. Mementang dah dekat PRU13 kata kan. Tak apa lah "patah tumbuh hilang berganti". Kenapa tak sertai PAS jika keluar pun...ni MUNGKIN terjeling pada umpan joran .......ATAU ada hati nak sekompeni dgn blogger papujari atau komo. Ikut lah kalau ada niat..."ada aku kesah"
\Perjuangan adalah prinsip yg ada keutamaan no.1 kemudian no 2 dst. Sikit2 merajuk...sikit merajuk...tak payah lah. Elok saja pegi isi borang parti keris tu lah...dari akhirnya menjadi api dlm sekam atau guntin dlm lipatan,
oleh
utuh kabin
bila dah nampak PKR mula di landa ribut taufan..ramai yg berpakat lari dari bertahan..
BalasPadamAPA NAK JADI DGN PKR PUN AKU TAK TAU LA, PENING AKU...
BalasPadamSERPIHAN UMNO....BIASA LA BRO. NAK CARI INCOME LEBIH MASUK UMNO.... POLITIK CARI MAKAN.....BIASALAH.....
BalasPadamKehidupan di dunia hanya sementara sahaja..!
BalasPadamYang kekal di akhirat..!
Oleh tu ramai pejuang dgn niat krn Allah SWT sanggup mati syahid..!
Dan ramai juga pejuang yg mati syahid krn dunia..!
Salam PDO..
BalasPadamJika Blogger "Mat Saman Kati" nak ikut Jejak "Blogger CucuMatKilau" untuk keluar dar PKR, itu beliau punya pasal. Nak tulis keburukan PKR (dulu menyokong), itu dia punya kerja.. Yang Pelik Bin Hairan, kenapa beliau heboh-heboh sangat buat statement nak keluar dari PKR? Jika beliau sebagai pemimpin besar, lainlah pulak, boleh buat kenyataan di mana-mana hotel atau world trade centre. Tapi anda Siapa..? Mungkin boleh mempengaruhi rakyat. Apa motif dan tujuannya ? Apakah nak cari publisiti supaya rakyat ikut Serta keluar dari PKR.
Kamu mesti ingat, setiap pemimpin yang belok atau berpaling tadah dalam perjuangannya tidak kemana. Dalam minda rakyat, yang keluar parti hanyalah pemimpin yang berkepentingan dan Pulus. Jika tidak benar apa yang aku kata, tanyalah rakyat di negara ini benar atau tidak andaian ini. Contohnya sudah banyak pimpinan keluar dari PKR seperti Ezam Mat Noor, Lokman Adam, Firaun Kecil, serta Zaid Mat Arip, cuba kita renung sejenak, di mana mereka sekarang? Setelah mereka keluar dari PKR, adakah PKR tumbang atau kojol? Apakah kini mereka semua sebagai pemimpin besar? Jawatanya hanyalah sebagai tukang canang fitnah kepada Umno dengan cerita-cerita karut ciptaan mereka, tidak ubah sebagai balaci upahan dan rakyat pulak sudah muak dengan tipu helah begini.
Posting dan tulislah beberapa banyak artikel untuk mencari simpati. Rakyat sekarang bukannya rakyat yang hidup di zaman Pak Pandir. Rakyat sekarang penuh dengan maklumat. Cerita-cerita donggeng di zaman dulu kala tidak sesuai dipaparkan di sini untuk mencari pengaruh. Lainlah di zaman Hang Tuah atau Mat Kilau. Dulu malaung sana sini dengan posting yang menajubkan tapi sekarang, apa sudah jadi. Begitulah jika tidak ada prinsip dalam hidup.
Kepada Blogger semua, menulislah kerana Allah, tegakkanlah kebenaran demi mencari keadilan. Tidak salah menyertai atau menyokong mana-mana parti politik, tapi janganlah ada kepentingan. Jika kita benci kepada individu kepimpinan, janganlah kita heboh-hebohkan untuk membakar kelambunya. Berjuang dan menulislah secara ikhlas serta jujur untuk kebaikan semua. Allah tetap membalasnya samada di dunia atau akhirat.
Jangan terpedaya bro, mereka sahaja heboh-hebohkan keputusan keluar PKR kerana mereka memang dah dapat fulus. Kalau benar mereka ini pejuang, ikhlas dan jujr serta tidak ada udang di sebalik mee, mereka tidak akan heboh-heboh. Ini mesti PM Altantuya sudah bayar, paling tidak dijanjikan projek atau pelbagai imbuhan. Saya percaya Mat Saman Kati dan Cucu itu selepas ini akan menghentam PKR habis-habisan. Percayalah. Ini juga menandakan PRU ke-13 dah dekat. Saya yang ahli parti Komponen BN pun dah tak percaya dengan pemimpin-pemimpin BN yang korup. Cakap lain buat lain. Rakyat didahulukan tetapi minyak naik juga. Alangkah bagus kalau pemimpin BN ini jujur sikit. Kroni didahulukan kekayaan pemimpin diutamakan. Senang rakyat buat perkiraan. Tapi hari ini rakyat tidaklah terlalu dungu.
BalasPadamPerlakuan kita di dunia fana (sementara) membentuk kehidupan kita di akhirat yang baqa (kekal)... InsyaAllah ikut cara Nabi berjaya... ikut cara sendiri (iblis dan syaitan yang gembira). Nabi - insan pilihan untuk jadi ikutan... bagi yang mahu beriman.
BalasPadamWei tukang komen sume,
BalasPadamSgt stereotaip u all punye pndgn & komen.bengap sgt dowh.
asyik2 ckp, klu kuar parti tu semua penangan budaya Umno.klu kuar dri PKR je, asyik claim Umno da byr la, da beli la.Tuduh2 tu ade bukti ke???
Ape citer sorg blogger pmbangkang yang buat pengakuan dia dibyr oleh pmbangkang untuk naikkan name pmbangkang dan burukkan krajaan!!ape kes lak tu wei?? itu baru sorang buat pgakuan, yg lain berani ke..??
Tak pyh la u all asyik nk gune tuduhan@claim basi kate kuar masuk parti tu keje umno.Agak dalam pakatan tu bukn manusia..(tak tau la kalu makhluk asing)?? tak de nafsu??tak de otak untuk fikir mane baik, mane buruk?? Tak de hak untuk pilih parti mane dia nak sokong ke tak?? suke hati dia la. tak semestinya sebab ade budaya umno sebabkan dia kuar parti.
Kalu bukan umno pn, ramai je org kuar masuk parti.Tu pun tak boleh fikir ke???
Hek eleh, da name manusia.bile masuk umno, kaut kekayaan sebanyak mgkin.then bile kuar dr umno,kutuk lak mcm2 pdhal perut da boroi mkn harta kerajaan dan rakyat.
(klu nk kate hrta rkyat je, byk sgt ke yg kita sebagai individu byr pd kjaan tiap2 tahun..slain dri income tax@zakat, road tax, cukai pintu&tnh..berape je kn, tp kita dpt blek melalui public service mcm hspital etc..tu pun bengap sgt ke??)
Then bile kuar masuk parti lain, da umno gak yg diperslhkn.pdhal mmg itu nfsu mnusia tu sndiri yg asyik tak puas je..dgn kuasa,nama dan wang..tak kira la kt parti mne pun..FAHAM!!
lg pun, u all jgn buat2 lupe.yg prkenalkan budaya lompat parti sape..smpi tjatuh2 nk pi ke putrajaya?? then akhirnya kena kt btg hidung sndiri..HUHU..
Udah2 la wei pyokong PR.cari alasan lain la klu ade orang kuar parti lagi after ni.Da basi benor dengan alasan : tu budaya umno la, budaya umngok la, budaya umnoapco la..Haha..sedor tak, yang kwn baik sebenar dengan apco yahudi tu sape??
baghal tahap tenuk la korang, makne APCO sebenar pn tak tau..sadis..sadis..
so..gune la otak yang ALLAH da bagi tu.jgn bg komen yg buat bulu aku meremang je..hahaha..
@aku bernama GENIUS
Rakyat Malaysia kena cerdik,ada pendirian sendiri,jangan terpengaruh dengan siapa masuk dan siapa keluar parti.Dia orang dia orang punya hal,kita kena ada akal dan mampu membuat pilihan sendiri.
BalasPadamBagi aku buat masa ini,aku akan pangkah asalkan bukan BN(Umno), itu saja.Ini kerana BN/Umno dah perintah lebih 50 tahun tapi perstasinya tidak begitu membanggakan jika di bandingkan dengan pencapaian negara lain.Katak di bawah tempurung memang tak dapat faham ini semua,mereka rasa Malaysia sudah cukup baik di bawah BN.
Aku seorang peniaga ,tapi aku sanggup ambil risiko mencuba parti lain,walau pun Najib kata jangan ambil risiko ini.Bagi aku semua parti semua pemimpin semua maknusia ada kelemahannya ,namun kita perlu memberi peluang untuk mereka membuktikan keupayaan mereka.BN sudah di beri peluang tapi mereka hanya dapat membuktikan mereka mampu mengkayakan kroni mereka dan pandai membazirkan wang rakyat.Kegiatan rasuah dan mencari kekayaan dengan cara haram mereka memang jaguh,ini terbukti dengan mendapat tempat ke 5 dalam 'illicit capital out flow' dlm dunia.Ini pun hanya orang cerdik yang dapat memahaminya,yang kataka di bawah tempurung tak tahu apa-apa.
Bagi aku Umno dan BN perlu di rehatkan dan biarkan mereka menghisab diri menganalisa kelemahan mereka,insaf dan bangun kembali nanti.
Anwar wali korang yang patut DIREHATKAN agar aman sikit Malaysia ni. Pembelit, penipu dan pembohong itukah makhluk yang boleh jadi 'super panutan'? Rehat la, bercuti lah daripada menjadi pembohong!
BalasPadamcucu mat kilau ke.. tak berkilau ke, cucu saman kati ke..kilo ke...apa kami kisah..bukan berkualiti sangat pun..bukan dikenali ramai pun, bukan glamor pun..nak belah..belahlah...ada kami kisah?
BalasPadamjenis katak dan pejuang tak ada stand ni memang ramai..pejuang kelas 'A' pun kantoi..melompat bagai katak di waktu hujan..apa lagilah pencacai seperti nama disebutkan di atas...