KUANTAN, 7 Feb [11.05 am] - Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini kecewa dengan sikap pengurusan The Zenith Hotel (foto) yang sanggup menghina agama Islam semata-mata ingin mempertahankan prinsip pemilik hotel terbabit. Kejadian berlaku melibatkan beberapa orang "gadis Melayu" yang memohon kerja sebagai "Penyambut Tetamu" di hotel berkenaan baru-baru ini. Sungguh memalukan apabila pegawai penemuduga yang merupakan orang Melayu beragama Islam mengeluarkan peraturan supaya mereka yang mahu bekerja di hotel terbabit "tidak dibenarkan bertudung" dan diwajibkan memakai "mini skirt". Apabila dipertikaikan oleh mereka yang menghadiri temuduga terbabit, pegawai tersebut mengatakan ia adalah arahan pihak atasan dan mengatakan bahawa pemilik hotel itu adalah bukan Islam (bukan Melayu). Akibatnya, ramai dikalangan mereka yang memohon jawatan terbabit terpaksa melepaskan hasrat untuk berkhidmat di hotel berkenaan gara-gara tindakan memalukan tersebut. Tinjauan kami ke hotel berkenaan baru-baru ini ternyata mendapati gadis-gadis Melayu dipakaikan "mini skirt" dan "tidak dibenarkan bertudung" sama sekali. Susulan kejadian tersebut, ramai dikalangan mereka yang menghadiri temuduga di hotel terbabit kecewa dan terasa tertipu. Tambahan pula, dalam syarat-syarat pada borang yang disediakan langsung tidak dinyatakan arahan berkenaan. Sebaliknya, ketika temuduga lisan mereka diarahkan berbuat demikian. Oleh yang demikian, sebilangan besar daripada mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melupakan hasrat memohon jawatan itu. Justeru itu, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa menyiasat dan memantau perkara ini. Jika benar dakwaan tersebut, maka ternyata ia merupakan satu penghinaan yang nyata terhadap agama Islam itu sendiri. Alasan mengatakan "tokey hotel bukan Islam" adalah tidak wajar untuk merendahkan martabat wanita Islam. Jika alasan itu digunakan, maka kita perlu tanya pula hotel tersebut dibina di negara mana? Dan ketua negara terbabit adalah orang Melayu Islam atau pun sebaliknya?.
[Sebenarnya, apa yang berlaku ini memang terjadi di mana-mana. Namun, kes yang terjadi di The Zenith Hotel ini amatlah tidak wajar sama sekali kerana pegawai penemuduga yang berkata demikian adalah orang Melayu Islam itu sendiri. Tergamak dia menyuruh dan mewajibkan anak-anak gadis Melayu Islam membuka aurat dan "pakai mini skirt" untuk membolehkan dipertimbangkan ke jawatan yang dipohon itu. Jika kejadian ini berlaku di negeri yang ditadbir oleh pemimpin bukan Islam seperti Pulau Pinang (Lim Guan Eng), maka sudah pastilah ia akan dijadikan isu oleh penyokong UMNO BN. Tapi anehnya, kejadian ini berlaku di negeri Pahang Darul Makmur yang diperintah oleh pemimpin Melayu beragama Islam. Mungkin MB Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob tidak sedar akan perkara ini, justeru itu sebagai Exco Agama Islam maka beliau juga digesa mengambil perhatian atas perkara ini. Kesucian dan martabat agama Islam perlulah dipelihara serta tidak dihina sesuka hati. Lebih menyedihkan penghinaan pula dilakukan oleh orang Melayu Islam itu sendiri. Semoga pihak The Zenith Hotel dapat mengambil perhatian dan tindakan segera terhadap apa yang berlaku ini hendaknya].

ini yang kerajaan BN nk.
BalasPadambaik tumbang je hotel 2.
BalasPadamJangan salahkan sesiapa,ini semua berpunca dari kelemahan orang Islam(Melayu) sendiri.Kita lemah dalam bidang ekonomi,hanya tahu melalak dalam politik murahan caci maki.Bila nak berkerja kena cari syarikat yang di miliki oleh orang lain,jadi terpaksalah ikut apa syarat mereka kalau mahu berkerja,kalau tidak boleh belah.
BalasPadamWahai anon 12.15,
BalasPadamSape yg perintah msia ni sejak dulu? Orang bukan Islam ke? Kenapa Melayu lemah? Ada syarikat Melayu, nak naik mesti bagi makan kat geng UMNO, lama-lama bankrap. Ko tak caya? Pi la tanya geng yg jadi kontraktor. Bukak hotel, banyak set yg kena bagi makan bang, kat kementerian kesihatan yg takde kena mengena sgt pun kena bagi jugak. Agak-agak ko la, yang mintak-mintak mcm-mcm tu sape? Org PAS ke?
Inilah dia dasar umno.. parti yg anti melayu dan islam. umno gemar melihat orang melayu bodoh, miskin dan merempat supaya senang di tipu dan dengan itu dapat mengkayakan tauke2 cina. Kalau dah dasar umno untuk kayakan tauke2 cina eleoklah di tukarkan nama umno kpd pertubuhan melayu yg mesra tauke cina.
BalasPadamanon 1:01,Apa yang kau katakan tu menambahkan lagi bukti kelemahan orang Islam(Melayu).Dah perintah negara berpuluh tahun pun,tapi bangsa sediri masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Orang Melayu kalau berniaga mejoritinya jadi kontrektor atau buka kedai makan.Yang jadi kontrektor kelas F dapat projek sub pada bukan Melayu,untung atas angin 10 %,ada juga 2 ke 3 kerat buat sendiri tapi projek lintang pukang ,dapat payment beli kereta dulu bukan bayar hutang itu pasal bila dapat projek ke 2 dah tak ada tempat nak beli barang,projek bungkus.Yang buka kedai makan kira ok lah juga boleh hidup,tapi ini yang ramainya bukan penyokong Umno tapi penyokong Pas sebab mereka ni lebih berdikari.Yang nak buka hotel mana ada itu ceritq dongeng je.
BalasPadamsebenarnya pemimpin kita yang tak tegas..ialah sebab pemimpin melayu pun bukan semua berpendidikan islam..banyak nama je islam ada bin tapi perangai macam bukan islam malahan lebih teruk lagi..
BalasPadamdalam kes di pahang ni tak heran langsung..tengok sapa mb nya..pengarah jabatan agama islam dia...tu yang jadi kat genting..anak ikan bilis masuk tak oleh..jaws dialu alukan..tengok pekerja juga .yang melayu cuma tinggal nama je..(bukan semua)..perangai tak nampak islam langsung...
certa ni sebenarnya macam contoh kat rumah kita orang sewa..kita keluarkan arahan mana yang boleh mana yang tak boleh di buat kat rumah tu..ada syaratnya..jika setuju ambil tak setuju tinggal..
jadi di dalam kes ni begitu juga..kalau negeri beri syarat terutama membabitkan islam..apa yang perlu..apa yang tak boleh dibuat...semua ini tak timbul..masalahnya tuan tanah tak tahu ugama apa..janji masyuk banyak punya...tak gitu..nasib le orang pahang...kamu semua ada saham tau...
sebenarnya pemimpin kita yang tak tegas..ialah sebab pemimpin melayu pun bukan semua berpendidikan islam..banyak nama je islam ada bin tapi perangai macam bukan islam malahan lebih teruk lagi..
BalasPadamdalam kes di pahang ni tak heran langsung..tengok sapa mb nya..pengarah jabatan agama islam dia...tu yang jadi kat genting..anak ikan bilis masuk tak oleh..jaws dialu alukan..tengok pekerja juga .yang melayu cuma tinggal nama je..(bukan semua)..perangai tak nampak islam langsung...
certa ni sebenarnya macam contoh kat rumah kita orang sewa..kita keluarkan arahan mana yang boleh mana yang tak boleh di buat kat rumah tu..ada syaratnya..jika setuju ambil tak setuju tinggal..
jadi di dalam kes ni begitu juga..kalau negeri beri syarat terutama membabitkan islam..apa yang perlu..apa yang tak boleh dibuat...semua ini tak timbul..masalahnya tuan tanah tak tahu ugama apa..janji masyuk banyak punya...tak gitu..nasib le orang pahang...kamu semua ada saham tau...
apalagi, kjaan amiklah la tindakan sket..jgn sampai org Islam kena pijak pala..ni bkan London or Paris....jgn la diskriminasi...jgn kira la tokey tu muslim or tidak...ini ngara Islam(kata PM)..dekat Genting usah cite la, yg ada saham pun org Islam....apa nk jadi
BalasPadamharamjadah UMNO !!
BalasPadamini arahan bigmama lah..jgn pakai tudung dan skirt sahaja,,,hahaha..x caya tanya taukey zenith
BalasPadamrambut mesti berjambul..gerenti dapat keja kat zenith
BalasPadamanon ONDAY 7/2. 12.03 pm. Sebelum kita nak tumbangkan hotel tu...sama-sama kita "tumbangkan" BN dulu...AYUH....!!
BalasPadamTak heran pun. Kat Johor pun camtu. Bukan saja hotel kenakan syarat buka tudung, nak kerja kat syarikat iklan, fitness centre pun kena bukak tudung. Ngalahkan tinggal kat negeri orang putih, tapi kat Malaysia. Negara Islam apanya?
BalasPadamsebab cina banyak duit, orang melayu tunduk. cuba kita tengok siapa yang kerja dipusat2 hiburan milik cina, tukang tuang minuman keras, melayu islam, tukang ambil order melayu islam, tukang jaga taukeh cina, melayu islam, tukang jaga pintu, melayu islam, pelayan2 wanita, melayu islam, duit punya pasal haram pun haramjadam, yg penting perut mesti diisi.
BalasPadamtunggulah azab dari Allah s.w.t
Alhamdulillah anak buah kami kerja dengan kami dari syarikat kongsi 10 orang lantik satu manager berpengalaman, kami share holder tak amik peduli biar manager dan staff nya buat urusan.Kesemua mereka baik pekerti dan menutup aurat..Kami hanya tolong bagi peluang yang ada. Tiga bulan sekali kami minta panyata kemajuan...Syukur ada peningkatan. Raya lepas dapat bonus 4x gaji, baru lah betul barsatu niaga berjaya sama2.. ikut cara depa.. kalau rugi biasa lah tu..tak ada ong tutup kompeni, buat perancangan baru kertas kerja yang telus dan jelas. Itu pasal anak muda dia orang tetap ada kerja pasal mereka pandai merancang ambil risiko terancang untuk berjaya.Bukan hanya tau kondem jer ingat untung tak mau risiko rugi langsung..10sen macam harga tayar keta lembu... kita perlukan sistem pembelajaran urusniaga dari awal lagi bagaimana nak jadikan RM1 manjadi RM1000..
BalasPadamnasib baik dia suruh tak pakai tudung dan pakai mini skirt...kalau dia kata kena telanjang macam mana? Nilai lah sendiri tahap mana ilmu, taqwa, pendirian, jati diri, kepimpinan, pengikut/penyokong di kalangan orang MELAYU kini. Kalau orang ISLAM tentu lain pendirianya. The rot starts from the head - Chinese proverb.
BalasPadamkat tempat wa lagi teruk bro...nak keje kena tonggeng dulu...huhu
BalasPadamBenda ni berlaku di sebuah negeri namanya Pahang. Benda macam ni tak berlaku di sebuah negeri namanya Kelantan. Apa bezanya... lu pikir la sendiri!
BalasPadamyg atas2 mmg kn tanggungla cmne pun
BalasPadamtp yg pg cr keje kt tmpt 2 nape?
xde da keje halal lain ke?
suke ke rela pakai skirt tu?