TEMERLOH, 24 Feb [8.13 am] - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Jawatankuasa Kuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu antara pimpinan yang akan hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi pilihanraya kecil Dun Kerdau yang akan diadakan pada malam ini. Majlis pengisytiharan calon tersebut akan dilakukan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Darul Hikmah, Kerdau bermula jam 9 malam ini. Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Hashim Abdullah (foto) dalam kenyataannya berkata, pihak penganjur menjemput orang ramai terutamanya dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat hadir bagi memeriahkan suasana. Selain dari dua tokoh popular PAS tersebut, malam pengisytiharan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat itu akan turut dihadiri pimpinan PR Pusat dan negeri. Hashim yang juga Pegawai Media PAS Pahang berkata, wakil-wakil media yang ingin membuat liputan pada program tersebut atau sebarang pertanyaan boleh hubunginya di talian 014-5454990 bagi mendapatkan keterangan lanjut.
[Nampaknya pengumuman calon PAS ini pasti mendebarkan seluruh penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana, selain nama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri terdapat juga calon-calon lain yang cukup berpontensi untuk diketengahkan termasuk Ketua Pemuda, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan dan bekas calon PRU12 dulu iaitu Hasanuddin Salim. Malah, terbaru khabarnya bekas calon parlimen Kuala Krau sebelum Dato' Tuan juga khabarnya bakal menjadi pilihan iaitu Ustaz Kamal Ashaari. Apapun, nantikan pengumuman calon BN yang bakal dibuat di Kerdau hari ini. Persainga yang cukup sengit bakal disaksikan, dan harapan besar untuk rakyat melihat perubahan di DUN itu kian terasa dengan adanya pilihanraya ini].
Siapa pun calon, sebaiknya pilihlah yang berlatarbelakang agama, berilmu, ikhlas memperjuangkan Islam, istiqamah solat berjemaah, boleh menjadi imam dan ada thiqah. Ciri ni ada pada kebanyakan nama yg disebutkan tu.
BalasPadamKalah menang tu perkara kedua. Yang haq perlu diperjuangkan, yang batil perlu ditentang. Biar kalah di dunia tapi tanggungjawab perjuangan agama ditunaikan walau serba kekurangan.
Betul tu. Di akhirat nanti Allah tak tanya kamu menang ke tak menang, tapi Allah tanya kamu perjuangkan agama atau tidak masa di dunia.
BalasPadamsapapun diumumkan antara 4 orang yg hangat menjadi sebutan tu tak menjadi hal. yg pasti mereka ada ketokohan dan tinggi ilmunya. moh kite ke bulan rodong2
BalasPadamPada pandangan saya ustaz-ustaz ni tak usah lah jadi calun,baik dari Pas mahu pun dari Umno.Ustaz ni sepatutnya menjadi pembawa ilmu ugama yang sebenar,oleh itu mereka kena tegas tapi berhemah.Pendakwah lah katakan.
BalasPadamBila jadi calun politik,lain jadi nya,aliran politik dan arahan parti lah yang akan di utamakan.Politik dan ugama tak boleh di asingkan,itu memang betul,tapi tak semesti nya ahli ugama misti jadi ahli politik.
Misalnya Dr. Asri ahli ugama,tapi beliau tidak jadi ahli politik,namun beliau selalu memperkatakan mengenai politik.Oleh itu kita tengok beliau bebas bersuara tanpa terikat atau takut dengan mana-mana blok politik.
Saya juga tidak begitu yakin melalui politik Islam boleh di mertabatkan baik oleh Umno mahu pun Pas.Islam hanya akan bersinar dengan dakwah,itu lah yang Nabi Muhammad buat selama berpuluh tahun.
medan dakwah hari ini adalah dengan menggunakan politik..sudah terbukti dalam sejarah Islam..Nabi S.A.W sendiri pemimpin dan dalam masa yang sama menyebarkan dakwah islamiyah.Masyarakat sudah jauh lari dari jalan yang sepatutnya mereka lalui.Tidak ada cara lain lagi untuk mengembalikan rakyat kepada menjalankan kehidupan mukmin sebenar melainkan dengan terjun ke bidang politik dengan harapan untuk membina sebuah daulah Islamiyah.
BalasPadamSaya melihat ramainya golongan Ustaz menyertai perjuangan PAS kerana mereka yakin dengan kebenaran perjuangan yg dibawa PAS.
BalasPadamKalau kita fikir, kenapa ulama terkenal seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Harun Din, Taib Azamuddin, Ismail Kamus dan ramai lagi ulama termasuk pensyarah2 universiti dlm bidang pengajian Islam menyertai dan menyokong PAS? Apakah mereka nak kejar kekayaan dalam PAS? Apakah mereka gila pangkat? Apakah mrk nak glamour?
Jawabnya, mereka golongan yg faham agama dan percaya bhw dakwah boleh ditegakkan melalui wadah politik. Dengan politik, sesuatu kumpulan / parti boleh memerintah negara dan boleh menggubal undang2 ke arah kesejahteraan rakyat mengikut kehendak Islam.
Semestinya ustaz2 yg bergelumang dgn ilmu agama begini tdk akan redha dgn perjuangan nasionalis dan sekularis dlm UMNO yg tdk mampu mengasingkan sumber negara yg halal dan haram, mencampuraduk lelaki perempuan dlm majlis, yg memerintah menggunakan perlembagaan tinggalan British, enggan menerima hudud malah menentangnya. Berpuluh-puluh tahun UNO memerintah hanya pembangunan yg dibanggakan, tapi tahap moral dan akhlak masyarakat makin runtuh.
Walau pun saya penyokong PR,namun saya akui saya tidaklah melihat Pas sebagai sebuah parti yang cukup baik dan boleh membawa rakyat kepada keadaan yg lebih Islamik.Sekadarkan saya menyokong PR dan mengundi Pas kerana buat masa ini saya melihat Pas lebih jujur dari Umno.
BalasPadamMisalnya di Kelantan yang sudah lama di perintah oleh Pas,namun keadaannya tidak lah sebaik mana berbanding di negeri-negeri lain yang di perentah oleh Umno.Sepatutnya Kelantan boleh memberi gambaran yg jauh lebih baik dalam semua aspek kepada pihak luar malahan kpd seluruh dunia bagaimana keadaannya jika Islam di jadikan asas kehidupan.Dari segi ekonomi, kemasyarakatan,kebersihan,budi perkerti,tuturkata,dsbtunjukan yang terbaik.TGNA sepatutnya tidak semata-mata memberi kuliah ugama,tapi lebih dari itu.Saya cadangkan tahun ini TGNA melawat Jepun misalnya dan tengok lah bagaimana suasana di Jepun yang walaupun tidak menganut ugama Ilslam tapi dalam banyak aspek terutamnya kebersihan,menghurmati tetamu adalah jauh lebih baik dari orang Islam.Kemudian pergi lah pula ke Korea,Cina dst untuk mencari pengalaman mentadbir negeri.