
Pengumuman artis terkenal, pengacara, penulis lirik dan bekas pengkritik tetap Raja Lawak 5 iaitu Bob Lokman (foto) menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) sesungguhnya sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak. Malah kehadirannya dalam beberapa program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini banyak menimbulkan tanda tanya peminat hiburann tanahair. Namun, segalanya terjawab apabila Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut,Kedah semalam. Pengacara rancangan "Teksi Tunai" Astro itu menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. Kemasukan beliau ke dalam PAS menyebabkan ramai pemimpin UMNO "kecut perut" sebenarnya. Ini kerana artis itu punyai ramai peminat yang terdiri dari kalangan generasi muda. Kemasukannya ke dalam PAS membuktikan parti itu kini mula diterima oleh golongan artis. Sebelum ini PAS mempunyai Ustaz Akhil Hayy, kemudian Ringgo Arrow dan kini diikuti oleh Bob Lokman. Cuma yang masih dinantikan ialah pengumuman rasmi oleh Amy Seacrh sahaja yang dipercayai telah bersama perjuangan parti PAS sejak kebelakangan ini.

Ustaz Azizan Razak gembira mengangkat borang keahlian PAS Bob Lokman

Ribuan ahli pemuda PAS mendengar ceramah pertama oleh Bob Lokman
Soalnya sekarang pasti ramai pemimpin dan para penyokong UMNO BN yang "gila meroyan" melihat penyertaan Bob Lokman ke dalam PAS ini terutamanya Setiausaha Agung UMNO si Tengku Adnan Tengku Mansor. Tambahan pula, dalam kenyataan terbarunya beliau jelas memperli Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya risau akibat parti itu kini hilang sokongan orang-orang Melayu. Nampaknya, kenyataan itu meleset sama sekali sekarang. Bukan orang Melayu biasa yang mula bersama PAS tetapi golongan artis juga. Malah, Bob Lokman dalam kenyataannya mengatakan dia menyertai PAS kerana Islam dan Nik Aziz sendiri. Sungguh sayu melihat penarikan diri Bob Lokman dari menjadi Pengkritik Tetap Raja Lawak 5 awal tahun ini.

Ustaz Azizan Razak gembira mengangkat borang keahlian PAS Bob Lokman

Ribuan ahli pemuda PAS mendengar ceramah pertama oleh Bob Lokman
[Beliau mengundur diri sambil memberi tazkirah dengan cara terhormat kepada semua peminat dan peserta Raja Lawak itu sendiri. Ramai yang panik dan terkejut dengan tindakan tersebut. Sangkaan kita dia sengaja buat gimik, rupa-rupanya Bob Lokman memang ingin kembali kepada landasan perjuangan Islam yang sebenar. Jika sahabatnya Allahyarham Din Beramboi pergi ke rahmatullah ketika di puncak kejayaan maka kini Bob Lokman juga pergi ke perjuangan Islam ketika di puncak kejayaannya dalam industri hiburan. Sesuatu yang wajar dihormati oleh semua pihak sebenarnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepadanya atau keberanian beliau membuat tindakan hebat ini].
ALHAMDULILLAH..syukur..ISLAM semaikn bangkit
BalasPadammuga2 lebih ramai lagi manusia mendekatkan diri dengan islam..bukan nama je islam..kehidupan tidak berlandaskan islam.
BalasPadamPAS hilang sokongan Melayu? Bob Lokman bukan Melayu ke? Aku bukan Melayu ke? TGNA bukan Melayu ke?
BalasPadamBodoh punya UMNO buat statement pakai kepala lutut baghal
Batu Gajah Mari- Ada beberapa gambar bob lokman tu saya yang tangkap.. kenapa perlu crop dan buang link tu?
BalasPadampaeh rasanya byk lg gambar2 bob lokman yg mcm tue di blog2 lain..mgkin tuan punya blog amik kt tmpt len pic tue...
BalasPadamelleh..apala sgt dia ni...manusia biasa je..hak dia la nk masuk apa2 parti pun...x jejas apa pun jauh...yg pasti...PAS akan mnerima nasib yg sama di Merlimau dan Kerdau....
BalasPadamok la dari ko, bob lokman pun ramai yang kenal tapi ko??? ko jawat le jawatan Penjilat sampai mampus, dah la takde sekor pun pemimpin UMNGOK yang kenal ko, hahaha..
BalasPadamterkenal ke xterkenal xjd prob..dr jd pemimpin pas yg menjilat dap n pkr tu..satu sen xguna...hahaha
BalasPadamterkenal ke xterkenal xjd prob..dr jd pemimpin pas yg menjilat dap n pkr tu..satu sen xguna...hahaha
BalasPadamMonday, February 21, 2011 1:54:00 AM
Aku up sikit jawatan ko sekarang dari PENJILAT kepada ANJING KURAP, hahaha..
Bob Lokman masuk PAS kerana teringin dan gian nak 'BERSETUBUH' dan 'bersebadan dengan DAP.
BalasPadamhaha..! puak ameno ni dah puas bersenggama dgn MIC dan MCA agaknya...
BalasPadamsoi lek dn org pahang yg kaki raba tu apa kurag'a..hehehe!!
BalasPadamTukar rel untuk perjalanan yang teramat jauh lagi.Trend remaja dunia berbondong bondong kembali kejalan benar... Kita dah memang Islam tak terasa apa apa ke? Perjuangan menegakkan berbagai bangsa Islam akan berjaya..InsyaAllah.
BalasPadamtunggu je la kuasa rakyat menjatuhkan keanggkuhan pemimpin. satu hari nanti apa yg terjadi di negara2 teluk paasti akan berlaku di MALAYSIA. Perkara tu tak mustahil pun.
BalasPadambetul tu aku setuju la bro.
BalasPadammasa tu puak UMNO baru tau langit tinggi ke rendah. tak selamanya dia orang boleh menipu rakyat.
BalasPadamAssalamualaikum. Saya datang bukan untuk mengkritik. Bukan. Tapi saya pelik, saya hairan. Kenapa pembangkan bersikap radikal dengan suka menggunakkan perkataan kotor, dan mengejek perjuangan penyokong pro-kerajaan. Walhal UMNO juga menyokong bagi hak-hak orang Melayu sendiri. Depan mata saya sendiri, saya melihat penyokong PAS dan PKR menyepak gambar pemimpin negara yang dicetak di atas kain rentang. Tetapi kami tidak pernah berbuat demikian. Kalau dikutuk TOK GURU, dikata kami kafir. Dan perkataan paling pedas bilamana kami dikafirkan dari Islam kerana menyokong parti UMNO yang bergabung dengan parti yang bukan ISLAM (MIC,MCA). Walhal marcapada ini PAS sendiri bergabung dengan PKR dan DAP. Adun di tempat saya juga diwakili orang bukan MELAYU. Jadi dimana betulnya anda, dan dimana silapnya kami?
BalasPadamTerima kasih. Bermusyuwarah secara penuh hikmah
Siapa yang membunuh rakyat Memali, siapa yang nenafikan wang royalti minyak kelantan dan terengganu, siapa yang mengurangkan rizab tanah melayu, siapakah yang merampas kelantan dulu dengan cara tidak bertamadun, siapakah menyuburkan maksiat, judi dan arak di Malaysia, siapa yang banyak melakukan rasuah dan merompak kekayaan negara, siapa yang suka menipu rakyat dengan projek segera, siapakah yang menindas mahasiswa dengan akta rimba, Siapah penyokong ISA, Siapakah yang menafikan dan memanipulasi peruntukkan kerajaan Pakatan Rakyat oleh pusat, siapakah yang suka melakukan penipuan dlm pelihanraya dan banyak lagi. Jawabannya ialah....UMNO UMNO UMNO UMNO UMNO
BalasPadamSaya bersetuju dengan SAN. Jawaban itu memadai menjawab dan respon kepada efendi johor.
BalasPadamUMNO lagi teruk, bela ahli UMNO yang jelas murtad dan telah memurtadkan isterinya. Datuk Rubin Balang, Adun Kemabong yang suatu ketika dahulu menimbulkan kontroversi kerana murtad dan telah memurtadkan isterinya anak seorang imam, Maimunah Kassim. Parti PBS menolak Datuk Rubin dari dicalonkan dalam pilihan raya, tetapi UMNO memilih Datuk Rubin sehingga hari ini, Datuk Rubin Balang sudah menjadi wakil rakyat murtad UMNO.
BalasPadamSyukor, alhamdulillah....semoga Allah memberi hidayat kepada Lokman dalam perjuangan hidupnya, insyallah.
BalasPadamInilah politik Malaysia,terlalu bergantung kepada siapa masuk dan siapa keluar parti,itulah sebabnya pengumuman keluar masuk parti jadi bahan kempen menjelang pilihanraya kecil atau praya umum.Baik BN mahu pun PR 2X5.Semua pihak kena belajar dari apa yang menimpa PKR,bila tokoh Umno masuk PKR bukan main lagi puja pujinya,kemudaian tetiba selepas jadi YB,tokoh berkenaan melompat parti.Semua jadi poyo,tokoh berkenaan juga yang 'untung',penyokong hampa ,PKR merana.
BalasPadamKita mengalu-alukan Bob Lokman menyertai Pas,tapi angaplah itu pilihan peribadi beliau yang tidak perlu di war-warkan berlebihan.Akilhai dulu pun jadi sanjungan tetiba ada kes rumah tangga,semua nya menyepi kini.
Sepatutnya yang akan menarik minat seseorang kepada menyokong sesuatu parti adalah asas perjuangan dan perancangan masa depan parti tersebut,bukan kerana mana-mana individu yang masuk atau keluar parti sesuatu parti.Rakyat Malysia kena pandai berfikir dan pandai menilai,barulah negara akan maju dengan sistem politik yang matang,dan berwawasan.Kita orang Melayu sebenar belum sampai kemana,jadi eloklah mengubah cara berfikir,supaya tidak terus berada di takuk lama.
mcm mana org melayu nak fikir secara rasional kalo dah hari-hari bapak-bapak menteri asyik menghentam je PR di media arus perdana...langsung tidak boleh PR mempertahankan hentaman tersebut di media-media perdana...kalo dah gentleman sangat biarkan lah media arus perdana TV 1,2,3 ambil jawapan balas dari pimpinan PR barulah rakyat dapat menilai perkara sebenar..ini tgk tv meloyakan je semua benda PR buat semua xbetul
BalasPadamAlhamdulillah, kita tunggu pengumuman Amy Search pulak. Insya Allah.
BalasPadamAlhamdulillah....
BalasPadamSekurang-kurangnya Bob seorang artis nampak juga kebenaran dan boleh berubah.
Penjilat UMNO dalam ni yang tak artis pun tak nampak-nampak. Mungkin hati dah gelap, hari-hari dengar fitnah dan pembohongan pemimpin mereka dan jarang pergi masjid dengar kuliah agama kot.
Kita sedia maklum, artis yg banyak bergelumang dengan dunia hiburan, nyanyian, dedah aurat, pergaulan bebas, minum arak, clubbing, terkinja-kinja atas pentas dll pastinya menyokong UMNO.
BalasPadamTapi Alhamdulillah, Bob Lokman berubah untuk berjuang menegakkan Islam dgn wadah pilihannya.
Mungkin artis yg glamour takkan berani isytihar masuk PAS takut hilang peminat.... tapi Syabas pada Bob Lokman. Saya respek!
silap besarla Bob ni kalau nak kembali kepada Islam dengan join PAS, hakikatnya Islam solekan PAS takkan menjiwai kemurnian Islam itu sendiri...mana tak nyer, keje nak maki orang lain, semua orang pun tak betul, PAS sahajalah yg diterima masuk syurga....kesian..
BalasPadamBOB tersilap besar dengan memilih untuk 'bersetubuh' dan 'bersebadan' dengan PAS. Tapi kita TIDAK hairan kalau di mata Bob PAS tak lebih umpama program realiti TV yang boleh memberi komen dan dikomen sesuka hati ikut selera dan keperluan semasa.
BalasPadamSyabas dan tahniah Bob. Tapi anda agak lembab 'pickup' dan terlewat bertindak. Kan baik kalau anda masuk PAS lebih awal...confirm la BN kalah dan hilang deposit dalam PRK GALAS, BATU SAPI dan TENANG lepas.
BalasPadamTapi ok juga tu. Sekurang2nya PAS boleh buat modal murahan nak tambah naik tocang, berangan, syok sendiri dan bermimpi menang besar di Kerdau dan Merlimau.
Aku cuma nak tumpang gelaK
HAhahaha...
Aku pun nak tumpang gelak...
BalasPadamHehehehehehe...
Cik Bob oi..
Budak-budak hingusan yang gian glamour dalam AF tu boleh la ko bagi komen sumbang murahan sampai dorang tersengih-sengih sumbing...
Aku cabar ko peri la pula bagi 'tarbiah' kat pengundi2 kat Merlimau dan Kerdau tu biar BN kalah dan hilang deposit.
Tak silap haribulan muncul lagi nanti sorang pakar pembuat fatwa, kali ini fatwa songsang moden pula!
Go ahead la Bob, pergi buat lawak
BalasPadamPergi jangan tak pergi
Teruskan buat lawak murahan ko yang sumbang dan sumbing tu..
Pentas PAS tu la terbaik.
Puak UMNO sekor dalam ni kritik Bob Lokman kow kow... macam la dia tu bagus sangat. Biarla Bob Lokman nak berubah. Buat apa kau nak sakit hati.
BalasPadamAt least, Bob Lokman lebih bagus 1000x dari Dato' Seri Najis Razak yang bini sendiri pun tak boleh dijaga apatah lagi nak suruh tutup aurat.
Alhamdulillah, suka tengok gambar di atas. Memang biasa, bila ceramah PAS ribuan akan datang dengan sukarela tanpa diupah. Tapi bila ceramah UMNO, kena ada makan free atau artis atau surat jemputan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan IPT baru boleh penuh program.
BalasPadamIngat lagi masa student dulu, sapa tak pergi program bersama Mahathir siap diugut akan gagal ko-kurikulum. Lawak betul puok2 ni.
Ya elok sesangat la tu... confirm la BN kalah hilang deposit kat Merlimau dan Kerdau nanti..
BalasPadamhahaha! korang tengok la youtube sebab2 dia join pas.
BalasPadamAssalamualaikum w.b.t kepada semua komentator. Saya disini bukan ingin mewujudkan sebarang provokasi, bukan, tidak langsung. Saya tahu, PAS mengagungkan agama suci kita, ISLAM. Bagus sungguh perjuanggan ini. Tetapi, tidak samakah ISLAM yang dianut penyokong BN? Apa zakat kami tidak diterima ALLAH? Puasa kami ditidakkan ALLAH? Saya jadi keliru bila kenyataan Tok Guru menyatakan kerabat yang menyokong pas adalah kafir, yakni ahli neraka. Kafirkah seorang penyokong BN yang berkopiah dan mengajar kanak-kanak mengaji? Saya yakin, memang wujudnya amalan rasuah di kalangan pemimpin, tapi tidak semua. Bukan rasuah yang diharap pucuk pimpinan kita, tapi orang bawahan yang menconteng arang. Dan saya percaya, penjawat awam di dalam sektor kerajaan juga bukannya semua pro-kerajaan. Saya ada kawan yang ideologinya pro-pembangkang, dan dia bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara. Dia minum arak, kaki perempuan. Jadi apakah kesinambungannya? Adakah saya boleh menilai PAS melalui orang-orang ini? Jika tidak, anda juga tidak boleh menilai kami dari segelintir orang yang mengamalkan sikap negatif.
BalasPadamKEDAH di bawah naungan PAS sekarang. Saya penuntut IPT di Perlis. Saya lihat masih ada kelab malam, tempat judi, dan rumah pelacuran. Jika senang dikata seperti dilontar anda semua, kenapa isu-isu ini masih tidak dibanteras? Bersama MB Selangor yang ingin memasukkan kuota beberapa peratus bukan bumiputera ke dalam UITM, ini betul-betul luar dari jangkaan.
Pernahkah anda terfikir setiap syarikat perkidmatan bas mendapat subsidi minyak untuk meringankan beban rakyat? Tahukan berapa harga pasaran minyak di dunia? Kenapa ramai rakyat Thailand rajin datang ke Malaysia untuk mengisi petro? Berapa banyak kerajaan sumbangkan untuk pendidikan berterusan terhadap rakyat Malaysia melalui pinjaman, BIASISWA, dan infrastruktur serta prasarana? Banyak lagi jika dikaji. Kita patut tanya apa yang kita lakukan untuk negara sebelum kita menyoal apa yang negara tabur kepada kita. Barulah Melayu, barulah Malaysia.
Lagi satu, ISA ditubuhkan untuk mengelak sama sekali provokasi yang boleh mengakibatkan keharmonian, kesejahteraan, dan keamanan negara tergugat. Konsep ini sama bilamana Rukun Negara diterbitkan, yakni akibat pergaduhan kaum terbesar iaitu 13Mei 1969. Dengan ISA, kita sendiri mengjaga keselamatan kita. Lihat di Singgapura. Setiap laman sesawang pro-pembangkang diawasi ketat 24jam oleh pihak kerajaan. Jika ada bersifat radikal, mereka dimasukkan ke penjara. Mereka tiada hak untuk bersuara. Sekurang-kurangnya Malaysia masih mengerti definisi demokrasi.
Diharap kita dapat sekali lagi bermusyuwarah secara penuh hikmah. Dan segala pandangan anda amatlah membina.
Assalamualaikum ya saudara,
Komen di atas sepatutnya dinilai dan dihayati oleh semua, dengan hati terbuka, bukan tertutup.
BalasPadamBetul, cuma masalahnya terdapat beberapa fakta dan hujah yg boleh dipertikaikan serta boleh dijawab balik. Cth: ISA digunakan oleh Kerajaan bukan utk jaga keselamatan negara, tapi disalahguna utk jaga periuk nasik UMNO sendiri. Ramai pemimpin pembangkang ditangkap tanpa bicara walhal tidak bersalah. Tidakkah itu zalim namanya. Sedangkan pemimpin UMNO lebih teruk mengeluarkan kata2 berunsur perkauman dan boleh mencetuskan suasana tidk harmoni antara kaum tetapi tak pernah ditangkap.
BalasPadamBoleh terima pandangan ini secara hati terbuka?
PAS for ALL! Lepas ni Maria Ozawa pun masuk PAS.
BalasPadamanon;1;09 saya sokong, aku nk tambah sikit,ttng minyak,mmg patutlah kerajaan memberi subsidi kat syarikat bas,malahan sepatutnya teksi dan semua pengangkutan awam harus di berikan subsidi,kerana apa? kerana malaysia adalah pengeluar minyak,jikalau harga minyak dunia meningkat,jadi malaysia pun mendapat untung dari harga minyak meningkat ni,jadi tak perlulah kerajaan malaysia menaikkan harga minyak,ttng thailand dan singapura,negaranya bukan negara pengeluar minyak,tak heranlah klau minyak di sana mahal,satu lagi klau kerajaan nk naikan harga minyak sekali pun dgn alasan minyak dunia naik,adakah kerajaan akan menurunkan harga jikalau harga minyak dunia turun,dari dulu hingga skrang saya tak pernah dgr harga minyak di malaysia di turunkan,walaupun harga minyak dunia jatuh.
BalasPadamAssalamualaikum. Haha saya tergelak sekejap melihat komen 'Maria Ozawa pun nak masuk PAS' Geli hati mendengarnya. Macam ini barulah perbincangan bersih. Lihat, kita tidak perlu melontar bahasa kesat, betul dak?
BalasPadamHaha ya saya boleh menerima apa apa komen dan kritikan secara terbuka, kerana saya bukanlah penyokong fanatik. Saya cuma ingin melontar idea sambil menyelesaikan persoalan di dalam benak.
Akta keselamatan dalam negeri (ISA) jika dilihat di Wikipedia, memang banyak permasalahanya. Ini kerana agensi dibawah kuasa kerajaan ini boleh menahan sesiapa sahaja atas alasan mewujudkan provokasi sentimen perkauman, dan menentang kerajaan. Dikenali sebagai 'keganasan putih', sistem ini amat dibenci oleh penyokong pro-pembangkang. Seperti saya katakan di atas, dan juga, jika PAS, PKR, atau DAP mendapat mandat dari rakyat untuk mentadbir negara, adakah sistem ini perlu diteruskan? Mungkin jawapan anda sekarang pastinya 'tidak', tetapi demi mengelakkan pembantahan secara sangat terbuka oleh pihak pembangkang, sistem ini perlu diteruskan secara konsisten. Kerana negara ini bersistem demokrasi, pemimpin dipilih oleh rakyat. Bermakna, majoritii rakyat di malaysia menyokong BN, juga menyokong ISA. Percayalah, apabila PAS mentadbir negara, PAS juga memerlukan sesuatu seperti ISA.
Semuanya seperti senang kita lihat, dan buat rumusan. Betul, negara kita ada mengeluarkan minyak, betul sungguh. Tapi Malaysia bagi saya tidak layak diketegori sebagai 'pengeluar minyak', kerana kita tidak menghasilkan petroleum sebanyak UAE, Iraq, Iran, serta Venuzuela. Kita mempunyai sumber minyak, tapi dimana kita mendapat teknologi untuk MENGHASILKAN minyak? Berdekad yang lepas, adakah kita mempunyai tenaga internal untuk membuat pelantar di Terengganu? Adakah teknologi itu milik rakyat Malaysia. Walaupun saya tak tahu siapa pemilik teknologi ini, pastinya ia bukan milik kita, ye dak? Jadi, Petronas mengeluarkan sejumlah wang yang besar anggarannya untuk membangunkan industri ini. Dari mana datangnya duit itu? Tahukan gaji jurutera di atas pelantar berapa? Saya lihat secara langsung slip gaji engineer Petronas. RM23k. Siapa yang bayar? Dari mana datangnya?
Maafkan saya. Saya bukan untuk berhujah, sekali lagi saya katakan. Kerana saya bukanlah penyokong fanatik. Dan tak layak untuk 'budak' seperti saya berpolitik.
Bagi saya, perkataan yang kita lontarkan semasa politik yang membuat saya memilih siapa. Gembira untuk berdiskusi bersama anda semua.
Gugur kita di tanah negara. Assalamualaikum ya saudaraku
Salam semua komentator..
BalasPadamTak pe la sapa-sapa pun nak masuk mana-mana parti. Ini berkaitan dengan ideologi dan pemahaman tentang agama yang di anuti, pegangan, akidah dan akhlak. Sapa percayakan UMNO/BN, masuklah kesana. Yang percayakan PAS/PR, pergilah ikut.
Yang tak ikut mana-mana parti dan tak kisah dengan apa juga isu pun ramai dalam 1Malaya nih.
Jangan le emosional sangat..menambah masalah aje. Tak ke mana pun orang Melayu/Islam nih. Pusing-pusing pun abis kat dalam 1Malaya ni aje.
Biar kan orang-orang politik ni, (tanpa mengambil kira UMNO/PAS/PKR/DAP/MCA/MIC) buat kerja dia orang. Kita sebagai rakyat hanya boleh mengundi, itu pun sekali saje kat DUN/Parlimen masing-masing. Jadi pangkah aje lah sape yang kamu sokong.
Nak tunggu rakyat revolt macam uprising kat Tunisia/Mesir/Bahrain/Yaman/Libya, memang tak akan berjumpa, sebab orang Melayu/Islam 1Malaya cuma berani dalam blog saje!
Buat anon kat atas..
BalasPadamJangan cabar kami ahli2 PAS, bila tiba masanya pasti kami akan 'perangi' kerajaan habis- habisan, tunggu dan lihat!!!
Salam mejarzul,
BalasPadamSaya tidak cabar sesiapa dan tak perlu mencabar. Ahli-ahli PAS juga tak perlu merasa di cabar.
Protes di Tunisia, Mesir dan negara-negara yang sewaktu dengannya TIDAK di mulakan oleh parti politik atau pembangkang, tetapi oleh APRIL 6 YOUTH yang di anggotai terutama golongan professional muda serta lepasan universiti yang tidak bekerja. Muslim Brotherhood pun tidak mahu mengepalai revolt atau menerajui kuasa politik selepas era Mubarak.
So, when is the right time? What do you mean by `PERANGI HABIS-HABISAN'?
Pembangkang perlu ada untuk `check & balance', tetapi `The 3rd. Force' selain dari BN dan PR akan menentukan hala tuju 1Malaya.
Politik adalah proses `make believe' supaya parti dan pemimpin tidak kehilangan penyokong.
Yang malangnya orang Melayu/Islam amat kurang membaca, mengkaji dan mencari ilmu. Rakyat tidak di ajar dari peringkat sekolah rendah hingga habis sekolah menengah tentang perlembagaan, tentang legislative, executive power dan hak sebagai warganegara.
Orang Melayu/Islam tidak akan revolt seperti di Tunisia atau Mesir kerana golongan muda kita lebih sibuk dengan program realiti seperti MENTOL, PILIH BULU, AKADEMI FUNTACSY, BINTANG KECHIK etc..70% golongan muda kita hanya bercita-cita untuk menjadi artis dan celebriti.
Walau siapa pun yang memulakan protes, bolehkah mejarzul bayangkan siapa yang akan turut serta? Can we afford to create an uprising dalam keadaan ekonomi dan kepayahan yang rakyat hadapi sekarang sekiranya perintah darurat dilaksanakan?
Orang Melayu/Islam perlu di kekalkan miskin dan bodoh, kerana itulah strategi paling berkesan mendapatkan `political mileage' dan undi serta mengekang segala bentuk uprising dalam 1Malaya ni.
anon ;efendi...masaalahnya skrng,rakyat malaysia taknak tahu masaalah teknologi menghasilkan minyak ke membuat pelantar minyak ke gaji enginer 23k,yg rakyat ingin tahu berapa keuntungan petronas dlm setahun,sebelum dan selepas harga minyak dunia naik,dlm pengetahuan sayalah,saya tak pernah sekali pun mendengar petronas menanggung kerugian,yg saya dgr kerajaan menafikan wang royalti minyak kelantan dan trengganu adalah...bagi saya rakyat malaysia termasuk saudara harus menikmati hak yg keluar dari perut bumi malaysia ni,jgnlah di monopoli oleh sesetengah kumpulan yg merasakan harta ni dia yg punya....
BalasPadamBuat orang miskin Mersing..
BalasPadamKami dari ATM yang akan pimpin gerakkan untuk jatuhkan kerajaan BN. Selama ini kami hanya memerhati sahaja PDRM membelasah orang awam yang tak berdosa. Buat warga PDRM yang baca blog PDO ni, kami warga ATM dah lama nak bertempur dengan anda. Sebagaimana di negara Mesir, apabila kami warga ATM menyokong rakyat pasti kerajaan BN akan tumbang jua akhirnya, tunggu dan lihat!!!