
Penyokong UMNO BN nampak begitu seronok dengan pemilihan Penasihat Agama Kepada Menteri Besar Pahang,
Syed Ibrahim Syed Ahmad menjadi calon BN dalam
Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini. Kononnya pemilihan tersebut amat bertepatan sekali untuk membuktikan UMNO pun tidak ketandusan pemimpin agama yang berkaliber untuk menjadi wakil rakyat mereka. Malah mereka
berbangga kerana Syed Ibrahim katanya seorang tokoh agama yang cukup disegani dan sering menyampaikan ceramah agama serta tazkirah di beberapa buah masjid sekitar DUN Kerdau sebelum ini. Beliau juga dikatakan sering muncul dalam rancangan-rancangan agama di
RTM Pahang sebelum ini. Malah, kata mereka calon tersebut adalah lulusan
Al-Azhar Mesir yang sudah pasti mempunyai pengetahuan agama Islam yang cukup tinggi. Soalnya, pernahkah mereka siasat apakah yang dibuat oleh beliau
"selepas menamatkan pengajian" di
Hadramaut, Yaman suatu ketika dulu. Sedangkan, kawasan itu cukup dikenali sebagai pusat tarbiyah
"puak-puak pularisme Islam" di bumi Arab. Maka, apakah yang dilakukan oleh Syed Ibrahim di sana agaknya?.
Apakah beliau belajar agama, atau mempelajari sesuatu ilmu yang bakal merosakkan agama. Ini kerana, jika dilihat kepada perwatakan dan pengetahuan agama yang dimilikinya masakan Syed Ibrahim boleh terjerumus ke dalam parti yang ternyata berfahaman nasionalisme dan sekular itu?. Inilah yang perlu dikaji dan difikirkan oleh rakyat terutamanya pengundi Islam di pilihanraya kecil DUN Kerdau sebenarnya.
[Apapun, nama Syed Ibrahim sedikit menggentarkan Pakatan Rakyat di Kerdau ini. Soalnya, apakah pertaruhan meletakkan Pesuruhjaya dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berbaloi?. Bagaimana jika beliau kalah dalam pilihanraya kecil ini nanti. Sudah pasti UMNO akan mendabik dada kononnya pemimpin besar pembangkang hanya berjaya di tewaskan oleh penasihat agama MB sahaja. Bukankah ia akan jadi isu besar dan dijaja ke sana ke sini selepas pilihanraya ini nanti. Justeru itu, terdapat juga maklumat calon lain akan dipertimbangkang untuk menentang Syed Ibrahim pada 6 Mac ini termasuklah bekas calon Parlimen Kuala Krau sendiri iaitu Ustaz Kamal Ashaari. Apakah maklumat terbaru ini benar atau bakal menjadi kenyataan, nantikan saja keputusannya malam esok].
Perbezaan Ustaz Pas dan Ustaz Umno. Ustaz Pas ketika berkhidmat selalu dianaktiri dan dizalimi dengan perbagai bentuk. Ditukarkan sesuka hati oleh kerajaan, selalu dinafikan peluang kenaikan pangkat walaupun mempunyai prestasi dan kualiti kerja yang baik, diugut dengan perbagai bentuk jika melibatkan diri dengan parti pembangkang namun menutup mata jika ustaz yang menyokong umno,selalu mendapat layanan tidak adil dan double standart oleh ketua jabatan. Namun begitu ustaz-ustaz Pas tetap istiqamah terhadap perjuangan walaupun menghadapi perlbagai ketidakadilan yang dilakukan terhadap mereka. Balasan di Akhirat lebih penting daripada ganjaran di dunia.Berbeza dengan ustaz umno yang lebih mementingkan PANGKAT dan PERUT walaupun terpaksa menjilat dan mengampu. Inilah yang membezakan ustaz umno dan Pas.
BalasPadamsalam,
BalasPadamente kalo nak kata pasal syed ibrahim, itu ente punya pasal...tp kalo ente nak kata pasal hadhramaut,ente memang cari pasal..ente penah gi hadhramaut ke??ulama2 hadhramut datang ke sini sejak zaman kesultanan melayu melaka sehingga ke hari ini utk berdakwah...Islamnya kita hari ini disebabkan usaha dakwah mereka... & mereka menjelajah ke sluruh pelusuk dunia utk menyebarkan agama islam ini...& yg terbaru habib umar bin hafidz(rektor Darul Mustafa, Hadhramaut) ada berjumpa dgn TG Nik Aziz...Jadi ana minta ente waspada dgn apa yg ente tulis...wal'afu minkum
org melayu mana pikir hal2 agama ni... yg penting yg korup pasti menang...kebanyakkan org melayu pahang pun banyak yg korup2 ni...termasuk ngan najib korup
BalasPadamdah mula dah puak pas ni..xabis2..
BalasPadamRhodong-rhodong, ... ... Moh kite ramei2 ngundi PR. Tak annde maknenye aok ngundi BN wehhhhh !!!
BalasPadamWeh ada maknanya undi BN. Boleh naik lagi harga barang, harga minyak dan mencantikkan lagi bini Najib.
BalasPadamBiarkanlah ,dia dah di pilih jadi calun oleh Umno,itu hak Umno.Yang penting Pas kena kemukakan calun terbaiknya dan biarkan rakyat membuat pilihan.
BalasPadamHarapan Pas untuk menang memang tipis,tapi itu semua tak jadi soal,kita terus berjuang.Di Tunisia dan Mesir,walau pun selepas berpuluh tahun di kuasai oleh diktator,akhirnya rakyat akan menang juga bila Allah sudah mentakdirkan begitu.
Sekurang-kurangnya caruman Pas dan PR di sini ialah memberi tentangan kepada Umno.Bila ada tentangan Umno akan berbelanja besar dan rakyat mendapat habuannya.Zahirnya nampak habuan tersebut adalah dari Umno tapi hakikatnya tanpa tentangan Pas daan PR rakyat hanya akan menerima janji manis yang tidak kemana dari Umno.
Dari segi kualiti calun ,di mana-mana pun di negara ini PAS memang menduduki tempat teratas ,ini pandangan saya walau pun saya bukan ahli Pas.Sekadarkan mejoriti rakyat masih tidak tahu menilai,atau rakyat masih menebal sikap kebendaan mereka,jadi memberi undi kepada calun yang bergaya dan boleh memberi benda walau pun tidak amanah.
Saya selut Pas kerana mempunyai ramai tokoh yang berper watakan 'SEDERHANA',yang cukup sesuai untuk menjadi wakil Rakyat.
betul amat rodong weh!kita pakat nyokong pakatan rakyat la pulok kita
BalasPadamAntara ulama dalam PAS dan UMNO memang banyak bezanya. Saya kenal ramai pensyarah universiti yg susah nak naik prof. madya dan professor sebab sokong PAS. Padahal mereka lebih berkaliber, banyak tulis buku, banyak penyelidikan dan banyak membentang paper di seminar. Berbanding yg sokong UMNO, takyah beria, kejap je naik pangkat.
BalasPadamKalau mana-mana pemimpin PAS atau PKR buat isyarat lucah macam Pok Nan tu buat, memang siang malamlah puok-puok UMNO menyalak dan siang malamlah juga disiar dalam berita n buletin utama.
BalasPadamTapi pasal Pok Nan yang buat kerja tak senonoh tu, maka takdelah org UMNO nak marah. Kata munafik kang marah pulak.
Kalau Syed Ibrahim dan UMNO nak laksana Islam sepenuhnya termasuk hukum hudud, qisas dan ta'zir, aku akan undi BN.
BalasPadamMari lah kita belajar dari saudara kita di Timur Tengah,mereka bangkit di jalan raya dan mampu menumbangkan pemerentah diktator.Kita tidak menggunakan jalan raya tapi mengunakan jalan pilihanraya,kalau ini pun kita takut untuk membuat perubahan,akan ketinggalanlah kita.
BalasPadamPerubahan adalah sesuatu yang mesti untuk kita terus maju,ingat lah sabda Nabi yang bermaksud -hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini,etinya kita perlu selalu mempertingkatkan keadaan kita dari semasa kesemasa.Kalau kita sentiasa menobatkan Umno,mana mungkin kita akan mencapai perubahan kepada suasana negara yang lebih baik.
Insya'Allah, yang ikhlas berjuang di jalan Allah akan menang. tak dapat undi manusia kat dunia tak jadi hal janji dapat penghargaan Allah di akhirat.
BalasPadamInsya'Allah, yang ikhlas berjuang di jalan Allah akan menang. tak dapat undi manusia kat dunia tak jadi hal janji dapat penghargaan Allah di akhirat.
BalasPadamkat kerdau ni, umno letak beruk jadi calon pun menang. letak calon yg kaki maki hamun carut marut kurang ajar pun semacam je umno menang.
BalasPadamLetak Saiful Bukhari pun boleh menang.
BalasPadam