script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penyokong UMNO Yakin Pemilihan Syed Ibrahim Mendapat "Reaksi Positif", Mahukan Rakyat Beri Sokongan Penuh Kepada Beliau Untuk Menang !!

TEMERLOH, 23 Feb [12.32 pm] - Pemilihan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (foto), untuk mewakili Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau mendapat reaksi positif. Dalam tinjauan rambang, beberapa penduduk dan pengundi menyifatkan pemilihan Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang itu sebagai keputusan terbaik memandangkan beliau bukanlah nama asing bagi penduduk kawasan berkenaan. Syed Ibrahim, 44, sebenarnya sudahpun terkenal dalam kalangan penduduk kawasan berkenaan kerana sering kali memberikan ceramah agama dan motivasi kepada penduduk setempat dan pelajar sekolah, kata penduduk Felda Jengka 22, Hazimah Azhar, 50. "Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh pengundi di kawasan ini," katanya merujuk kepada Syed Ibrahim yang pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 6 Mac. Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN 12 Feb lepas akibat serangan jantung. Seorang pengundi Ali Yaakob, 68, dari Felda Jengka 23, berkata pemilihan Syed Ibrahim dilihat amat tepat kerana beliau sangat popular dalam kalangan masyarakat peneroka Felda di Wilayah Jengka kerana sering adakan ceramah agama di masjid sekitar Kerdau sekaligus perlihatkan dia seorang yang berkualiti sebagai pemimpin akar umbi.

[Sementara itu Rashid Ali, tok batin Orang Asli Kampung Paya Sendayan, satu-satunya perkampungan Orang Asli dalam kawasan Kerdau, berkata penduduk dan pengundi Orang Asli akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Syed Ibrahim kerana yakin beliau akan dapat membela nasib mereka. Timbalan Ketua UMNO cawangan Kerdau, Abdul Rahman Abdul Rashid, turut bersyukur kerana pucuk pimpinan memilih Syed Ibrahim kerana beliau adalah yang paling layak untuk bertanding sebagai calon BN di Kerdau. "Faktor calon memainkan peranan, Syed Ibrahim adalah calon yang berwibawa untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini," katanya. Pengerusi MIC Cawangan Kerdau M. Sosai pula berkata, pengundi India tidak mempunyai masalah untuk memberikan sokongan padu kepada Syed Ibrahim walaupun beliau berkelulusan agama. "Yang penting dia boleh menang dan berkhidmat untuk rakyat," katanya. Ketua MCA Bandar Kerdau, Ah Chok, 62, berkata beliau yakin 456 pengundi Cina akan memberi sokongan sepenuhnya calon BN pada pilihan raya itu nanti].

Share:

4 ulasan:

  1. Syed Ibrahim ada peluang sgt cerah nak menang. Tapi kalau ditakdirkan kalah, jangan sepak peti undi dah lah macam ulama UMNO sorang tu.

    BalasPadam
  2. Apa komen Syed Ibrahim kepada Ghani Othman yg hina Islam depan orang Cina masa berkempen di DUN Tenang baru ni?

    BalasPadam
  3. Baik minta Tuan Ibrahim komen dulu apakah dia juga samggup mati (dilangkah mayat) untuk mempertahankan musuh Islam? Dan apakah dia juga akan menjawab 'Waalaikumsalam' apabila 'khalifah' Lim Guan Eng bagi 'assalamualaikum'?

    BalasPadam
  4. org kuala krau: kelako jek ekk kita plok beria sgt nak mempersoalkan antara 1 sama lain hal2 ng kadang kt sendiri tak pasti..

    saya cadangkan begini... marilah kt doa sama moga2 hati-hati kita tidak cenderong kepada pihak yang zolim & mebantu dalam perkara-perkara yg allah tegah.

    ‎"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.