
Seperti yang dijangka
Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara PAS dan BN setakat ini. Di Temerloh tempoh untuk penyerahan kertas pencalonan untuk
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau telah ditutup 10 pagi. Dua calon telah menyerahkan borang pencalonan iaitu daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS. Terdahulu, calon BN,
Syed Ibrahim Syed Ahmad tiba di pusat penamaan calon dan masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9.05 pagi. Calon BN itu tiba di pusat penamaan calon diiringi, Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Pahang,
Datuk Seri Adnan Yaakob, Naib Presiden Umno,
Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, Pengerusi MCA Pahang,
Datuk Seri Liow Tiong Lai. dan kira-kira 5,000 penyokong. Calon PAS,
Hassanuddin Salim pula masuki dewan kira-kira pukul 9 pagi. Selain Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut mengiringi calon tersebut ialah Naib Presiden PAS,
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PKR
Fuziah Salleh serta pemimpin DAP,
Lim Kit Siang.

Antara ribuan para penyokong dan jurugambar yang hadir buat liputan
TPM, MB Pahang serta komponen BN lain iringi calon BN Syed Ibrahim
Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, (kanan) bersalaman dengan
calon PAS, Hasanuddin Salim, 43, ketika penamaan calon pagi tadi
Antara sebahagian daripada penyokong PAS yang turut beri sokongan
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tariff Abdul Rahman
mengangkat tangan calon Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad
dan calon PAS, Hassanuddin Salim selepas mengesahkan dua calon ituSekitar jam 11.05 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya,
Datuk Tariff Abdul Rahman mengumumkan bahawa calon Barisan Nasional (BN),
Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS,
Hassanuddin Salim sah bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau itu nanti. Pengundian ditetapkan pada 6 Mac ini. Sebanyak 13 pusat mengundi dengan 22 saluran atau tempat mengundi akan dibuka. Penyokong PAS berkumpul di
Plaza Temerloh yang terletak kira-kira 500 meter daripada
Dewan Tun Razak seawal jam 5.30 pagi dan mula bersiap sedia untuk berarak ke pusat penamaan. Penyokong BN pula mula berkumpul di
Dataran Temerloh, juga pada jarak yang sama daripada dewan berkenaan, sejak jam 7.00 pagi.
Calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad (kanan) bersalaman dengancalon PAS, Yuhaizad Abdullah selepas serahkan borang pencalonanSementara itu di Merlimau, Calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah masing-masing menyerahkan borang pencalonan mereka di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau pagi tadi. Calon PAS, Yuhaizad Abdullah memasuki Pusat Penamaan Calon diiringi Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Isa, Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Rahman dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sementara itu Turut mengiringi Roslan termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Gerakan, Tan Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha. Selepas tamat tempoh bantahan jam 11 pagi, di akhir proses penamaan calon Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Eusoff mengumumkan nama kedua-dua calon itu layak bertanding tepat pada pukul 11.28 pagi.
tuan syed ni keturunan Rasulullah, berpendidikan Agama, nape pulak sokong Parti yang luluskan lesen arak, judi dan Maksiat dan parti yang menentang usaha2 menjalankan hukum hudud?
BalasPadamsamada dia salah atau kita salah...
BalasPadam