KERDAU, 22 Feb [6.20 pm] - Akhirnya, sah seperti yang dijangka oleh semua pihak bahawa Pembantu Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang dan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau,
Syed Ibrahim Syed Ahmad (foto) diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin di
Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini hari ini. Dengan pengumuman itu maka kini rakyat di kawasan terbabit tertunggu-tunggu siapakah calon BN yang bakal berentap di pilihan raya kecil itu nanti. Seperti yang kami dedahkan sebelum ini bahawa kemungkinan besar dua
"Ibrahim" bakal bertemu mungkin akan menjadi kenyataan. Itu kiranya Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat,
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih sebagai calon. Namun, kini timbul pula desas-desus mengatakan bekas calon pilihanraya umum
Parlimen Kuala Krau yang lalu,
Ustaz Kamal Ashaari juga hangat diperkatakan.
[Apapun, siapa sahaja yang dipilih sebagai calon PAS ia dilihat lebih popular dari calon BN itu diperingkat pusat sebenarnya. Nama-nama seperti Dato' Tuan Ibrahim, Ustaz Kamal Ashaari atau Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi merupakan calon popular yang bakal menyaingi calon BN itu sebenarnya. Cuma bezanya sekarang ialah berapa banyak duit yang akan ditaburkan oleh BN dalam pilihan raya kecil ini bakal menjadi penentunya. Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob pasti bertungkus lumus mahu memastikan orang kanannya itu menang. Jika tidak sudah pasti beliau akan mendapat malu besar dengan berbagai isu yang terpalit kepada dirinya kini. Harapan besar untuk melihat perubahan pasti akan tercapai jika persaingan pilihan raya ini dijalankan secara sihat dan adil oleh pihak SPR. Namun, apakah ianya bakal menjadi kenyataan dengan berbagai kontroversi panas mutakhir ini].
Tahniah kepada yang menjadi calon, semoga bertanding dengan cara yang sihat.....
BalasPadamTahniah kpd calon2 yg akan btanding..bkempenlah penuh hemah..tanpa memburukkan satu sama lain..memaki..menfitnah...dsbnya..biarlah rkyt kerdau yg mnentukan calon yg akan mewakili mereka...
BalasPadamcalun2nya adalah..
BalasPadamsyed ibrahim syed Azhar, lulusan Al Azhar, orang banyak ilmu Agama, tapi napa pulak sokong parti yang luluskan permis judi , arak dan maksiat?
aku klu kat trengganu, mmg aku sokong umno, sebab ditrengganu semua permis2 judi, arak dan maksiat dh ditutup.
Alhamdulillah... satu persaingan calon yang baik... Koi setuju kalu kedua-dua insan bernama Ibrahim ini bersaing... Kalu ini terjadi, pastinya faktor calon bukan lagi memainkan faktor pemilihan koi nanti, tapi faktor aspirasi & kematangan politik menjadi asas penentu.....
BalasPadamJust visiting.
BalasPadamGreetings from Rwanda
Just visiting.
BalasPadamGreetings from Rwanda
~ siapa pun yg menang..jadilah pemimpin yang baik ...~
BalasPadamdia ni serupa macam pirdaus ismail dulu juga..umno da x de calon nk letak..sumenya lembu bn je..
BalasPadamdia ni kpale je pakai kopiah tp penjilat kuat UMNGOK ni.... kalau kuliah dia mesti dia mengata TG Nik Aziz...
BalasPadamMakhluk yang MELEMBUKAN orang lain itu sebenarnya dialah LEMBU sejati. Bukan LEMBU jantan tapi LEMBU betina.
BalasPadamRhodong-rhodong, ... ... Moh kite ramei2 ngundi PR. Tak annde maknenye aok ngundi BN wehhhhh !!!
BalasPadamSeluruh jentera BN akan berkampung di Kerdau. Kerdau akan dimasuki beratus2 kereta mewah pak-pak dan mak-mak menteri.
BalasPadamAku kenal rapat dengan kedua-dua Ibrahim ni, baik Ustaz Syed Ibra mahupun Ustaz Tuan Ibrahim. Kedua-duanya Ustaz tapi dari segi tawadduknya memang jelas berbeza.
BalasPadamTuan Ibrahim aku kenal sejak zaman sekolah lagi. Memang seorang yg sgt rendah diri, berilmu, kuat ibadah dan tak berkira sgt. Tak hairan dia sanggup ketepikan jawatan dan gaji besar semasa jadi pensyarah Uitm Jengka utk berjuang dlm siasah Islam.
I personally will give my full support to Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man jika beliau dicalonkan.
ana doakan calon PAS menang. Amin...
BalasPadamAmin..
BalasPadam