
Baru beberapa hari mengambil keputusan meninggalkan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun kelibat
Blogger Cucumatkilau terus menjadi persoalan sekarang ini. Terbaru beliau dilihat bersama pemimpin UMNO Pahang di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada
14 Februari lalu. Pemimpin terbabit ialah
Dato' Ismail Mutalib (foto) yang merupakan
Ahli Parlimen Maran dan
Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC). Persoalannya sekarang apakah beliau akan menyertai UMNO atau sebaliknya. Sebelum ini, ketika mengumumkan keluar PKR dia ada mengatakan akan berehat dan menumpukan perhatian kepada perniagaannya yang sudah lama ditinggalkan.
Namun yang menjadi tanda tanya dan kemusykilan ialah dia sering muncul bersama pemimpin UMNO Pahang sekarang ini. Selain Dato' Ismail Mutalib, ramai yang melihat kelibatnya bersama beberapa orang
Exco Kerajaan Negeri dan pemimpin Pemuda parti itu sebenarnya. Malah, hubungannya juga dilihat agak baik dengan beberapa orang pemimpin atasan UMNO di peringkat negeri dan pusat. Sementara itu, ketika dihubungi blogger terbabit menafikan desas-desus yang kononnya beliau akan kembali menyertai parti itu.
"Saya berjumpa Dato' Ismail selepas terserempak dengannya di lobi sebuah hotel (Legend). Ketika itu saya mempunyai urusan lain. Saya telah rapat dan mengenali beliau sebelum dia bergelar wakil rakyat lagi. Memang benar kami ada minum dan berbual-bual hal politik semasa di sebuah restoran dekat Kg.Baru pada malam itu. Namun, tidak ada langsung perbincangan soal saya menyertai UMNO atau sebaliknya", kata beliau. Dalam pada itu dia juga menegaskan supaya pihak tertentu tidak menimbulkan spekulasi tersebut.
Jikalau jumpa pemimpin UMNO dikatakan mahu masuk UMNO maka
bagaimana pula dengan tindakan beliau berceramah di pentas PAS "Saya memang rapat dengan ramai pemimpin UMNO, begitu juga pemimpin PAS. Jika minum-minum diistilahkan menyertai UMNO maka apa pula istilah untuk beberapa ceramah PAS yang telah saya sertai di seluruh negeri Pahang sebelum ini?", katanya.
Justeru itu beliau menasihatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin tersebut kerana beliau sebenarnya mahu bebas dari kekangan mana-mana parti politik buat masa ini. Soalnya sekarang, apakah dia akan terlibat dengan kempen
Pilihanraya Kecil DUN Kerdau tidak lama lagi?.
"Saya tidak menolak kemungkinan akan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang memerlukan khidmat saya. Namun ia bergantung kepada situasi dan keadaan. Saya tidak mahu ada yang menimbulkan konroversi selepas ini. Saya ucapkan selamat berjuang kepada semua pihak di sana nanti", katanya.
[Terdapat maklumat sulit mengatakan ada pihak-pihak tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah beberapa kali menghubungi beliau. Namun tidak dipastikan apakah tujuan dan hasrat pihak terbabit setakat ini. Harus diingat blogger cucumatkilau adalah antara orang terawal yang bersama Keadilan sejak awal kewujudannya. Malah, di Pahang beliau merupakan satu-satunya blogger yang berani mengeluarkan pendapat dan teguran panas terhadap politik semasa. Biar pun PKR tidak terasa kehilangan beliau dan mencemuhnya dengan berbagai tuduhan, namun keikhlasan beliau memegang prinsip untuk meninggalkan parti itu harus dihormati oleh semua pihak sebenarnya. Malah, ramai ahli PKR lebih tahu apa yang berlaku dalam parti itu cuma mereka tidak berani untuk bersuara dan rela menerima apa jua keburukan yang berlaku demi hasrat untuk membawa agenda perubahan yang lebih besar buat rakyat. Ia berbeza sekali dengan pandangan blogger terbabit yang melihat PKR sudah rosak dan sengaja dirosakkan oleh pemimpin yang lebih mementingkan diri sendiri daripada parti itu. Masing-masing punyai alasan dan pandangan. Ikuti penjelasan dan kenyataan Blogger cucumatkilau di sini].
Salam PDO..
BalasPadamAku tak nak komen panjang-panjang, hanya sekadar nak beri pandangan. Jika beliau nak masuk Umno ke seperti Ezam mat Nor, lokman adam atau firaun kecil Zulkifly Nordin, nak bela Umno ke, nak jawatan dalam Umno ke.. semuanya dia punya pasal.
Bagi aku.. prinsip tidak boleh dijual beli, kebenaran pasti diteruskan.Berjuang, biarlah kerana Allah. Segalanya, biarlah Allah membalasnya. Setiap yang dilakukan secara ihklas serta dari naluri hati yang jujur, mudah-mudahan kita diberkati sepanjang hidup kita. Jika kita pulak tidak setuju dengan sikap sesetengah nakhoda, janganlah dibakar kapalnya, itu dayus serta pengecut namanya... Struggle must go onnnn ..
aku setuju,btul ckp yg diatas
BalasPadamAku juga setuju dgn bro d atas. Ramai ahli PKR dan pemimpinnnya yg kecewa dan keluar parti kerana mereka adalah pemimpin yang berjuang untuk agenda diri sendiri. Bila apa yg diperjuangkan itu gagal dicapai maka mula melatah menyalahkan orang lain.
BalasPadamAku juga setuju dgn bro d atas. Ramai ahli PKR dan pemimpinnnya yg kecewa dan keluar parti kerana mereka adalah pemimpin yang berjuang untuk agenda diri sendiri. Bila apa yg diperjuangkan itu gagal dicapai maka mula melatah menyalahkan orang lain.
BalasPadamSaya rasa CMK dah tercium bau RM yg banyak
BalasPadamBiarlah, itu hak dia. Kat kampung aku ni lain pulak ceritanya. Orang kampung aku ramai juga yg dah senyap-senyap keluar UMNO. Jasad mereka masih UMNO tapi undi pakatan. Alhamdulillah.
BalasPadambiarlah CMK dgn prinsip dia, kalau dia masih merasai bahawa dia hendak memperjuangkan agama dan bangsa dengan ikhlas dan jujur, dia boleh sertai PAS,tp kalau dia hendakkan habuan dunia, dia boleh pilih UMNO......
BalasPadamkes liwat dah 3 tahun berjalan.
BalasPadamsaiful cukup konsisten dalam memberikan jawapan balas atas setiap soalan karpal.
karpal pening. setiap kali saiful menjawap soalan perangkap karpal, selagi itulah banyak lagi anwar akan terkantoi.
untuk rekod, sudah 4 kali sesi mahkamah KARPAL MINTA DILAKUKAN SECARA TERTUTUP.
kenapa tertutup ?
pasal banyak benda saiful dedahkan akan tatacara kelakuan,aksi,oralisasi,masturbasi,penetrasi,karipapisasi...
sesi mahkamah secara tertutup ini berlaku sejak bila ?
sejak saiful bagitahu seluruh dunia...
anwar bagi spenda levis kat dia !
nak masuk kondo ada password moktar !
anwar suruh saiful pakai tuala putih !
anwar tanya...CAN I FUCK U TODAY (CIFUT)..
lepas meliwat anwar tanya..ARE U OKAY !
habis meliwat nuar makan karipap..
dek kerana perkara inilah karpal pening kepala. cilaka punya anuwar.
sewaktu sesi pendedahan di atas dilakukan oleh saiful, anwar hanya diam sahaja. langsung tak membantah akan setiap patah perkataan saiful.
sudah 3 tahun kes liwat berlangsung.
sudah 50 kali kes liwat ditangguh.
kredibiliti karpal sebagai seorang peguam tercemar bilamana hansard parlimen 1997 dikeluarkan. karpal menuduh anwar meliwat .
jelas apabila pendedahan ini dilakukan, karpal terasa malu seolah tiada punyai maruah dan harga diri. maruah dan profesionalismenya sebagai peguam telah tercalar dek kerana pertahankan anwar.
Beberapa siri perbincangan diantara Anwar dan pemimpin PAS berlaku sejak akhir akhir ini.Perbincangan berlegar mengenai isu rusuhan di Mesir.Impak dan kesan daripada rusuhan tersebut dikaji.
BalasPadamCadangan turut dibangkitkan agar di Malaysia perkara sama patut dilakukan.Dalam perbincangan tersebut Anwar mahu PAS mengunakan atas nama Islam untuk menjatuhkan kerajaan.Menurut sumber usaha ini harus dilaksanakan memandangkan Tunisia dan Mesir berjaya menjatuhkan pemimpin kerajaan.
Mereka berpendapat jika modus operandi yang sama dilaksanakan pasti akan berjaya.Menimbulkan kekacauan,rusuhan dan pertumpahan darah pasti akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
Inilah saja cara untuk menjatuhkan kerajaan kerana dikalangan pemimpin pakatan tidak yakin mampu menumbangkan kerajaan BN semasa PRU13 nanti memandangkan statistik terbaru pakatan telah kehilangan sokongan dan momentum apabila kalah 3 kali berturut turut semasa PRK.
PRK Merlimau dan Kerdau akan menjadi platform membangkitkan kemarahan rakyat dan menjadi keutamaan agar tersebarnya sentimen ini keseluruh negara.
Kita harus berhati hati dengan rancangan jahat Anwar dan pemimpin pakatan yang mahu menimbulkan kekacauan semata mata mahukan Anwar terlepas daripada hukuman liwat yang sedang dibicarakan dimakhamah ketika ini.
cmk ni bukannhya apa, dia nak kan perhatian sebab selepas dia berambus dari PKR... PKR masih steady.
BalasPadamDia nak tunjuk yg dia masih ada harga dalam politik dengan nilai maruahnya hanya dalam 5sen karat yg cuba dipancing oleh umno.
Dia jangka bila dia keluar, akan ada pemimpim pkr khasnya dari pahang akan terpekik terlolong merayu-rayu nak dia kembali semula. atau pun akan ada rakan dari PAS yg calling2 ajak join PAS.
tapi semua dugaannya meleset. dia bak anjing buruk kepala tidak dilayan oleh sesiapa.
maka artikel ini pun diterbitkan untuk memuaskan hati sendiri yg dah tahu tak ada harga rupanya!!!
satu cubaan yg baik cmk... tapi rakyat tidak mudah utk diperbodohkan oleh musibat macam kamu.
kamu siapa cmk? ezam pun orang tak layan laaaa...
Anon 9:12... Jangan nak buat fitnah lah kat sini.
BalasPadammemang PKR tak peduli. selama ni pun PKR memang tak pedulikan ahli PKR sendiri.
BalasPadambukan salah parti, tp salah mereka yang berkepentingan dan memegang jawatan di dalam PKR.
mereka ni dah lupa asas perjuangan. walaupun kewujudan PKR adalah hasil daripada apa yang berlaku ke atas DSAI, namun itu hanya trigger point shj.
mereka yang mula2 berada di jamuan makan malam di federal hotel pada 1998 dulu adalah mereka yang mahukan perubahan total dalam corak pemerintahan negara.
ya! mungkin faktor DSAI telah mewujudkan satu daya penggerak atau pencetus gelombang kebangkitan rakyat pada ketika itu.
namun DSAI hanya satu faktor. asasnya perubahan pucuk pimpinan negara. ini yang ahli PKR masih belum faham.
di mana kekuatan gelombang reformasi pada ketika itu? adakah pada Kak Wan? Pada Ezam? Pada Saifudin Nasution? Pada Rahim Ghouse? dah tentu jawapannya TIDAK.
Gerakan reformasi didokongi oleh mereka yang secara SUKARELA berhimpun dan melaungkan kata keramat REFORMASI di Dataran Merdeka, di Masjid Negara, di Kg Baru, di sekitar Jalan Tun Abdul Razak mahupun di Mahkamah.
Mereka inilah yang sanggup disepak, diterajang, disembur gas, air dan ditahan. Mereka inilah sekarang ini yang bergelar ahli PKR.
Mereka inilah yang perlu dihargai. Jgn hanya kerana angan2 ke putrajaya, mereka ini dilupakan dan diperlekehkan...
Bila PDO tarik balik artikelnya mengenai Saifool, dan kemudian CMK umum keluar PKR,aku sudah faham apa yang terjadi.Modus operandinya sama.
BalasPadamNiat berjuang krn Allah SWT akan kekal selama-lamanya.
BalasPadamTapi jadi mustahil sekiranya menghisap rokok krn Allah SWT..!
Oleh itu niat dan langkah perlu landasan yg betul.
jalan daaa...nak masuk umno ke, nak masuk tong taik ke..itu dia punya pasal..apa kita kisah?
BalasPadamnak berjuang mesti kental..bukan hangat2 taik ayam je..tak ada prinsip yg kuat! jeblos...lebih baik bergabung dengan sayfool je...