script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tuduhan Menghina Sultan Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Menghasut Isnin Ini !!

SHAH ALAM 3 Feb [3.45 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (foto), akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini Isnin ini, berhubung satu entri di dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor. Beliau hadir ke balai polis hari ini untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. Shuhaimi yang hadir ke IPD Shah Alam 11 pagi tadi berkata beliau dipanggil hari ini dan akan dihadapkan ke mahkamah bawah akta hasutan. "Hari ini saya dipanggil untuk ditangkap dan sudah pun ditangkap walau bagaimanapun saya telah pun dibebaskan dengan jaminan polis. "Saya akan didakwa di mahkamah pada hari isnin ini jam 9 pagi di Mahkamah Seksyen Shah Alam," katanya ringkas. Terdahulu tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember tahun lalu, didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis. Kenyataan yang dimanipulasi untuk kepentingan berbaur politik itu disusuli dengan tindakan pihak yang tidak bertangungjawab menyimbah cat merah di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda ini di Kota Kemuning. Turut hadir Peguam Lateefah Khoya, Exco Selangor, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

[Lateefah ketika ditemui berkata pihaknya menunggu 7 Feb ini untuk sebarang tindakan dan menyifatkan tindakan ini adalah tidak wajar kepada Shuhaimi. "Ini adalah tindakan yang tidak patut dibuat dan kami akan mengambil satu tindakan memprotes terhadap apa-apa siasatan dan pertuduhan yang akan dilakukan keatas YB Shuhaimi," katanya. Tambahnya, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih peranan kerajaan di peringkat pusat, Akta Hasutan seperti yang disabitkan ke atas ADUN Sri Muda ini akan di mansuhkan. "Seksyen dimana tiada objektif, tiada subjektifnya, kalau mereka fikir ia mempunyai ciri menghasut, itu sudah cukup untuk membuat mereka sabit kesalahan atas akta hasutan, kerana itu Pakatan Rakyat telah berjanji akan memastikan akan akta ini akan dimansuhkan sekiranya kami menang dan menjadi kerajaan di peringkat pusat," katanya].
Share:

18 ulasan:

  1. Kalau tangan sudah sanggup mencincang, jangan bahu pula tidak sanggup memikul. Jangan nanti bagi pelbagai alasan untuk melengahkan perbicaraan.

    BalasPadam
  2. UMNO cuba mengalihkan perhatian bahawa yang menghasut dan menderhaka pada raja melayu adalah pemimpin dan ahli UMNO.

    Sekarang tunding jari pada orang lain menghasut dan menderhaka.

    Bukti yang tidak perlu bersuluh lagi kes SUK dimana UMNO menolak untuk mengembalikan kuasa raja dan MB mencalonkan dan melantik setiausaha kerajaan negeri.

    Fak U.... kes hasutan konon ! Haram jadah.

    BalasPadam
  3. anon 7;32 oooi!!!puak2 umno apco aku rasa,lebih baik ko jgnlah komen,klau setakat macam ni lah komen atau hujah ko,buat malu orang kampung je,ko panggillah puak2 ko yg teror sikit,ni hujah macam pondan je,dah takda isu ke,aku pun malas nk brdebat macam ni,nanti aku takut, aku pun jadi macam ko,hehehe...

    BalasPadam
  4. woi cepatnya dah masuk court. kes panggil natang kat agung sampai la ni tak ambil tindakan. pirahhhh!

    BalasPadam
  5. pahang daily dah jd pahang air liur basi kah kah

    BalasPadam
  6. pahang daily jd pengampu umno bn,aku tambah lagi kui kui kui

    BalasPadam
  7. anon 7;32 oooi!!!puak2 umno apco aku rasa,lebih baik ko jgnlah komen,klau setakat macam ni lah komen atau hujah ko,buat malu orang kampung je,ko panggillah puak2 ko yg teror sikit,ni hujah macam pondan je,dah takda isu ke,aku pun malas nk brdebat macam ni,nanti aku takut, aku pun jadi macam ko,hehehe...

    Friday, February 04, 2011 5:09:00 PM

    Anon 5:09:00 PM,
    Kalau dah gagal dalam usaha untuk menegakkan benang basah, tak usahlah buang masa nak tegakkan kampit kosong pula. Lainlah pula halnya kalau kampit tu berisi angin. Lu fikir la sendiri..hahahahaha

    BalasPadam
  8. anon 7;02 ko tengoklah, bengog punya hujah,berilah hujah yg bernas sikit...

    BalasPadam
  9. Nak bernas apa benda lagi? Setakat 'lagu'sumbang korang tu, irama pincang dah cukup buat layan..

    BalasPadam
  10. ZAMAN HIDUNG BESAR TAKDE SAPE BERANI NAK MARAH...SULTAN PUN TAKUT......SULTAN JOHOR PUN TAKUT KAT HIDUNG BESAR APE... CUBA INGAT ORG UMNO BEGONG NIE SUHAIMI KELUARKAN KENYATAAN YG UMNO DULU PENAH BUAT KENA NAIK MAHKAMAH...ASAL KAU TAK HERIT JE HIDUNG BESAR TU SEKALI DOLLL...UMNO MEMANG BANGANG...DAH LA BODOH

    BalasPadam
  11. kalau aku jumpa suhaimi ni mau aku bagi penampor muka dia...

    BalasPadam
  12. KENAPA!! KAU ORANG INGAT RAJA RAJA MELAYU ITU NABI ATU RASUL KE TAK PERNAH BUAT SILAP TAK BOLEH DITEGUR LANGSUNG, MEREKA PUN MAKHLUK BIASA JUGA DISISI ALLAH...TAK LARI DARI BERBUAT DOSA...ADAPUN RAJA RAJA MELAYU YANG BAGUS ITU IALAH YANG TAK CEPAT MELATAH DAN TAK BERAT SEBELAH.. ITULAH RAJA YANG HEBAT..

    BalasPadam
  13. Ye aku sokong tu.. adapun raja raja melayu yang hebat ialah raja yang sokong KEADILAN...

    BalasPadam
  14. kita ta nampak apa yang ditulis oleh YB ini lebih dasyhat pada UMNO Trengganu yang telah menggunakan slogan secara terang apabila Idris Jusoh di tolak oleh raja Trengganu. Antara lain slogan tu berbunyi...kami nak idris...natang. Siapa yang dimaksudkan natang. Hello IGP. Hello, PDRM, jangan jadi pak turut orang UMNO. Allah sedang memrhatikan kamu.

    BalasPadam
  15. Renunglah sejarah adakah kebangkitan di Thailand, Filipina, China, Iraq, Iran, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Korea telah dirancang oleh Amerika? Terbukti bahawa pemimpin yang zalim tidak kira Islam atau bukan akan menerima akibatnya dan tersungkur semasa hidup lagi bagi pengajaran daripada pencipta maanusia ini maha mengetahui tetap membela maklhluknya yang teraniaya... Rujuk juga zaman nabi dan rasul termasuk kerajaan serta tamadun terdahulu seperti firaun, namrud, dinasti2, babylon, Farsi, Uthmaniah termasuk kerajaan melayu melaka tu...Akhirnya apa janji Allah Taala dalam Alquran? Jelas terang lagi bersuluh...sebenarnya manusia ini mudah lupa..Sekiranya keszaliman berleluasa tunggulah bala Allah pasti tiba.

    BalasPadam
  16. PDO dah dpt imbuhan sbb tu mutakhir ini ia berat kpd umnongok...fikir2 kan lah.

    kita kes NATANG di trengganu sampai la nie xde apa2 tindakan cuba yg buat org2 PR dah tentu dlm masa singkat di dakwa tp yg buat gerombolan umnongok yg berperang sesama sendiri jd diam aje sbb utk elak malu.

    BalasPadam
  17. Lateefah Khoya said "Kalau PR mengambil alih peranan di Kerajaan Pusat" Saya kata " Kalau Kaca menjadi intan, Kayalah K----g botol" Lateefah, mimpipun jangan.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.