script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

UMNO Sekarang Sudah Berubah Jadi Punca Anak Pengasas Parti Tersebut Zaril Khir Johari Memilih Berjuang Bersama Parti Demokratik Rakyat (DAP)

UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya, membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng. Zairil Khir (foto) berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad. "Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya. Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan. "Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya. Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO. “Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ia parti yang berbilang kaum sebenarnya,” katanya lagi.

[Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO me­nyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi. “DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO,” katanya. Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang’ kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar. “Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya,” katanya]. sinarharian
Share:

8 ulasan:

  1. buat apa le DAP amik melayu ni, nanti lompat pulak macam melayu2 pkr di DUN perak tempohari.

    siasat dulu, anwar dah kena, nanti hang kena pulak en lim..

    BalasPadam
  2. Pirahhhhh...kalau dah namanya UMNO, sejak zaman sebelum merdeka sampai sekarang parti haprak. Khir Johari? Siapa tak kenal tokoh UMNO ni....beliaulah yang bertanggungjawab menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah. Inilah salah satu 'dosa' Khir Johari kepada bangsa dan agama!!!

    BalasPadam
  3. mungkin sebab itulah zairil tidak berjuang bersama umno macam bapaknya... kalau bapak buat dosa tidak semesti anaknya pun terpalik dan mudahan zairil mendoakan keampunan utk bapaknya sesungguh doa yg berkat adalah doa dari anak yg soleh.

    BalasPadam
  4. mungkin sebab itulah zairil tidak berjuang bersama umno macam bapaknya... kalau bapak buat dosa tidak semesti anaknya pun terpalik dan mudahan zairil mendoakan keampunan utk bapaknya sesungguh doa yg berkat adalah doa dari anak yg soleh.

    BalasPadam
  5. dia ni cina tulen bro, nak masuk umno tak diterima (mmg ida tak nak masuk pun) cuma nama jer melayu mcm nurolhuda abdullah dulu tuh...masa mak dia kawen ngan khir tu, dia dah ada, jd dia ni anak tiri khir lah, pas tu tko nama melayu tu jerk...

    BalasPadam
  6. bodoh punya pas..

    BalasPadam
  7. itu bukan anak khir johari, itu anak bini khir johari. dia ni anak cina weeihhh

    bini dia cina. mcmana nak berjuang dalm umno kalau cina?

    BalasPadam
  8. tak kisahlah dia tu , anak cina ke anak apa apa... ke , yg pentng dia tak pilih umno . Lebi baik kita sokong org cina dari islam , kalau cina tu.. faham konsep islam , dan falsafah islam serta mempunyai pekerti yg jahat dari org melayu (UMNO) yang mengaku islam... tapi menghentam islam, mengata ulamak , tak percaya hukum islam....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.