script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018


ROMPIN - Titisan air mata kegembiraan dan pelukan tahniah 'mengiringi' lebih 20 wakil penduduk Felda Selancar 3 di sini, apabila mereka dinobatkan sebagai juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2018 hari ini.

Lebih manis, anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 yang diadakan di kampung halaman mereka hari ini dengan disaksikan ribuan peneroka.

Mereka, yang diketuai Pengurus Raduan Rozali, 50, menerima wang tunai RM1 juta, sijil dan piala iringan, yang mana menurut beliau penduduk sudah sepakat supaya diagihkan RM1,000 kepada semua 365 keluarga dan tujuh kakitangan tanah rancangan itu.

"Baki wang kemenangan akan digunakan untuk membina rumah inap desa yang diberi nama rumah inap desa AKKF mengambil kira nama anugerah selain dijadikan modal untuk mengusahakan ternakan lembu untuk generasi kedua.

"Kami berhasrat meningkatkan ekonomi sampingan warga Felda Selancar 3 dengan pembinaan rumah inap desa ini kerana buat masa ini peneroka lebih tertumpu kepada tanaman sawit dan ternakan lembu," katanya semasa ditemui Bernama di sini.

Pertandingan itu, yang menjadi tumpuan peneroka setiap tahun dinilai menerusi 10 komponen utama antaranya rumah peneroka, kualiti komuniti, jalan utama, pengurusan ladang, projek ekonomi, aktiviti badan peneroka dan generasi baharu, susun atur dan keceriaan kawasan perniagaan serta pelancongan.

Raduan berkata, mereka membelanjakan kira-kira RM70,000 untuk meningkatkan keceriaan persekitaran Felda bagi tujuan pertandingan itu, termasuk dengan membina sebuah taman rekreasi di situ.



"Kita bermula secara berperingkat dan sedikit demi sedikit bermula 2016 dengan menumpukan kepada aspek kebersihan terlebih dahulu sebelum beralih kepada keceriaan kawasan kampung.

"Apabila peneroka sudah mula menerima dan bersemangat dalam proses mengindahkan kawasan kampung, barulah kita memasuki pertandingan AKKF ini buat kali pertama pada 2017, namun pada masa itu rezeki tidak berpihak kepada kami," katanya.


Bagi Ketua Penerokawati Felda Selancar 3, Hendon Arshad, 59, kejayaan itu bukan kejayaan mereka di tanah rancangan itu semata-mata tetapi adalah kejayaan negeri kerana difahamkan ini kali pertama tanah rancangan di Pahang merangkul anugerah itu.

Hendon berkata, pihaknya juga mewajibkan gotong-royong bulanan secara besar-besaran selain mengekalkan kebersihan dan keceriaan kawasan setiap dua minggu yang disifatkan membantu meningkatkan perpaduan antara penduduk.

"Bagi blok rancangan pula, kita mewajibkan gotong-royong dilakukan setiap minggu oleh anggota blok… seronok dan bersemangat untuk mencantikkan kampung bila dengar maklum balas anak semasa pulang ke kampung dan pujian orang luar yang melawat," katanyaa. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.