script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pelajar Rugi RM4,140, Tertipu Dek Panggilan Onar 'Mahkamah'


KUANTAN - Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa penipuan Macau Scam selepas diperdayakan menerusi panggilan telefon yang kononnya datang daripada pihak 'mahkamah'.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata pelajar perempuan berusia 21 tahun itu mendakwa kerugian RM4,140 akibat ditipu.

"Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada wanita yang mewakili Mahkamah Melaka sekitar 1 tengah hari semalam, mengatakan terdapat individu telah menggunakan kad kreditnya untuk membeli dadah.

"Mangsa menafikan perkara itu, namun panggilan itu kononnya disambung ke Ibu Pejabat Kontinjen Melaka atas alasan dia perlu bercakap dengan pegawai penyiasat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa telah memberi nombor akaun dan kata laluan perbankan dalam talian miliknya kepada suspek kedua, kononnya bagi urusan siasatan.

Kira-kira setengah jam selepas tamat perbualan itu, mangsa kemudiannya membuat semakan baki akaunnya dan mendapati jumlahnya berkurangan, lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.