script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pendakwah Bebas Terkenal, Ust Ebit Lew Terbabit Kemalangan


KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 241.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau itu dalam perjalanan pulang dari Pasir Gudang, Johor menuju ke Kuala Lumpur selepas memberi ceramah agama.

Menerusi catatan dalam Facebook miliknya, pendakwah itu mendakwa kenderaan jenis Toyota Alphard dinaiki bersama tiga individu lain nyaris terbalik dalam insiden tersebut.


"Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde (tiada) kereta lain di highway (lebuh raya). Saya cuba elak sampai hampir kena divider (pembahagi jalan) kanan.

"Dua-dua (kenderaan) hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung," katanya.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana semuanya selamat meskipun kereta yang menghimpitnya itu terbalik.

"Walau kita dah bawa elok tiba-tiba orang boleh leka atau mengantuk himpit kita. Syukur pada Allah semua selamat.

"Di sebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf PLUS dan towing (lori tunda) semua kenal," kongsinya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantunya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd. Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan terlibat sedang bergerak dari arah Selatan menuju ke Utara. 

Jelas beliau, kedua-dua kenderaan itu berlanggar apabila tiba di lokasi kejadian, namun tiada kecederaan serius dilaporkan dan kes disiasat dibawah Peraturan 10 LN 166/59.

"Jalan di lokasi kemalangan ketika kejadian lancar, lurus dan cuaca adalah baik, tetapi jalan gelap kerana tiada lampu jalan," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.