script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Khazanah Akan Jelaskan Isu Penjualan Saham Kepada Malakoff


KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd akan memberi penjelasan berhubung perjanjian penjualan saham dengan Malakoff Gulf Ltd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Malakoff Corporation Bhd (Malakoff), kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang merupakan ahli lembaga pengarah Khazanah berkata, Khazanah selama ini membuat pelaburan yang membawa keuntungan besar dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara.

“Khazanah perlu lihat pada teras aktiviti penubuhan, dan kita perlu beri tumpuan pada pelaburan domestik.

“Khazanah ada peranan untuk meningkatkan pelaburan domestik bagi membantu pertumbuhan ekonomi dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kerjaya Graduan Aspire, di sini hari ini.

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembelian keseluruhan kepentingan Khazanah dalam Desaru Investments (Cayman Isl.) Ltd pada US$70 juta (US$1=RM4.12) oleh Malakoff Gulf Ltd.

Malakoff baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan pembelian itu akan menyediakan pendapatan segera kepada kumpulan dan meningkatkan aliran tunainya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata tawaran pengambilalihan konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) oleh Maju Holdings masih dalam perbincangan bersama pihak terlibat.

“Proses rundingan masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa pemegang saham utama PLUS, Khazanah -- menerusi anak syarikat milik penuhnya UEM Group Bhd -- dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak bersetuju dengan tawaran pengambilalihan itu.

Menurut Guan Eng, tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd ditolak selepas mengambil kira pandangan pemegang saham utama syarikat konsesi tol itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.