script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hajat Naib Juara Tertunda, Hanya Seri Dengan Terengganu FC I


KUALA TERENGGANU - Hajat Pahang untuk mengesahkan gelaran Naib Juara Liga Super tertunda selepas sekadar mencatat seri 1-1 dengan Terengganu Football Club I (TFC I) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, sebentar tadi.

Tuan rumah mendahului 1-0 menerusi pemain sayap, Ahmad Syamim Yahya yang bijak melepasi kawalan dua pertahanan kental Pahang, Matthew Davies dan Mohamad Muslim Ahmad pada minit ke-42.

Penyerang Pahang yang juga pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh menyelamatkan maruah skuad Tok Gajah apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-50.

Terdahulu, Pahang bermula garang namun rembatan kencang pemain tengah, Muhammad Zuhair Aizat Mohd. Nazri pada minit ke-25 berjaya ditepis penjaga gawang TFC I, Muhammad Ilham Amirullah Razali.

Muhammad Ilham Amirullah sekali lagi bertindak cemerlang menafikan percubaan Sumareh pada minit ke-41.

Skuad Penyu pula hampir menggandakan jaringan menerusi dua percubaan daripada pemain pertahanan, Adib Aizuddin Ab. Latif dan penyerang import, Kipre Tchetche pada minit-minit terakhir babak pertama tetapi kedua-duanya  berjaya didakap kemas penjaga gol pelawat, Mohd. Remezey Che Ros.

Rembatan lencong pemain pertahanan, Khairul Anwar Shahrudin pada minit-55 pula sekadar melepasi palang. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.