script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah !


SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau tahu individu yang menjadi dalang dalam penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan pihak polis.

"Saya tidak boleh dedahkan kerana ia masih dalam siasatan (polis), biarlah siasatan itu lengkap dahulu.

"Tetapi sejak hari pertama (video itu tersebar) saya sudah menjangkakan bahawa ada unsur-unsur dalaman (parti)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis doa selamat dan kesyukuran menolak politik fitnah terhadap beliau di kediaman Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di sini, malam ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata beliau juga akan terus bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuangkan agenda parti.

Beliau berkata tiada alasan untuknya menidakkan hubungan kerjasama itu walaupun sebelum ini wujud pertelingkahan kenyataan antara beliau dan Anwar berhubung isu video tersebut.

"Saya dan Datuk Seri Anwar akan terus bekerjasama kerana dia adalah presiden dan saya adalah timbalannya, janganlah provok kami berdua kerana kita telah bersama dalam banyak dekad (dalam memperjuangkan parti)," katanya.

Sebelum ini, Mohamed dan Anwar dilihat saling berbalas kenyataan berhubung isu video lucah itu apabila Anwar menyatakan timbalannya perlu bercuti jika terbukti video berkenaan tulen.

Kenyataan Anwar itu diselar Mohamed Azmin yang meminta Ahli Parlimen Port Dickson itu bermuhasabah dan cermin diri.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menyeru barisan kepimpinan parti itu supaya tidak bersengketa dan menolak politik kotor.

"Rakyat bagi mandat kepada Pakatan Harapan bukan untuk bergaduh… kita kena tolak politik kotor kerana rakyat sudah muak dengan perkara seperti ini dan saya gesa media bersama kita untuk sebar maklumat yang benar," katanya.

Terdahulu, kira-kira 1,000 orang hadir di majlis doa selamat itu yang diadakan susulan kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador pada Jumaat lepas, yang mengesahkan Mohamed Azmin tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam penyebaran video lucah yang disebarkan baru-baru ini. #sumber
Share:

5 ulasan:

  1. Azmin..kamu sibuk cakap tahu dalang disebalik video tu. Tapi boleh tak kau bagitau rakyat siapa pelakun yang seorang lagi tu????Kami nak sangat tahu duduk perkara sebenar!!!!!!

    BalasPadam
  2. aku cuma nak tau di mana kamu semasa rakaman dibuat.

    kalau di malaya mesti ada tiket kapalterbang, cctv di airport.

    kalau dgn bini, mesti bini boleh sahkan.

    skrg ni yg ada ialah haziq sahkan kamu yg bersama dia dlm rakaman tu.

    polis pula sibuk nak cari dalang. video dah sah tulin. knp tak tangkap dakwa pasangan haziq dan pasangan kerana bersumbang?

    BalasPadam
  3. Aaaaah that is small matter
    Don't let my mind to think about it.
    And open your eyes..
    Jangan ber rhetoric atau ber theory conspiracy tentang bagaimana video itu di viral
    Ataupun siapakah dalang di sebalik video yg aaaaah geli dan jelek dipapar untuk dilontar pada warga marhien untuk dinilai seumpama Pandora box siapakah gerangan si pulan dan si pulan menyerupai watak homosex yg rakus gelojoh gopoh meniru aksi terlampau golongan LGBT???
    Video casting dari hidden smart phone atau camera yg 85% tulen tiada cacat ianya seperti aksi video aksi terlampau melayu melayu boleh yg tahap quality juga tulen yg bersepah di laman tumbrl atau tumbex.
    Persoalan adalah siapakah personally di dlm video itu?
    Kelakuannya semulajadi sudah menjadi amalan atau habits sex rambang ataupun bertabiat buruk rosak aklaknya dalang video itu bukan sesuatu yg objective
    Ini bokan politics tapi polemics mengundang gusar

    BalasPadam
  4. Ni contoh timbulkan isu dalang sebagai pelaku buruk untuk tenggelamkan isu yg sebenar.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.