script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zuraida: Tindakan Pecat Haziq Aziz Adalah Langkah Yang Tepat


PORT DICKSON - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan memecat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz semalam sebagai langkah tepat.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagaimanapun berpendapat, tindakan itu seharusnya dilakukan dengan lebih cepat, bagi mengelakkan timbulnya lebih banyak spekulasi.

"Saya (berasa) ralat sedikit. Sepatutnya dia (Haziq Abdullah) dipecat lebih awal. Saya berharap sekiranya ada kes-kes seumpama ini di masa akan datang, tindakan yang tangkas dan cepat dapat diambil parti, supaya spekulasi dan penyebaran maklumat dapat dihentikan secepat mungkin.

"Kalau tidak dihentikan, nanti rakyat tiada kerja lain selain membaca cerita-cerita seperti ini. Macam mana hendak bangunkan negara Kita perlu hentikan budaya seperti ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama warga Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di sini, hari ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemecatan Haziq Abdullah daripada PKR serta merta, atas kesalahan melanggar tatacara disiplin parti dengan tuduhan yang dibuat secara terbuka, termasuk mendakwa bahawa beliaulah lelaki yang bersama seorang pemimpin PKR dalam video seks viral.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesan kontroversi itu terhadap PKR, Zuraida yakin perkara itu tidak mencemarkan nama baik parti.

"Parti (PKR) tetap akan ada di situ," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.