script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cantum Tanah Felda Jadi Ladang Besar, Hasil Lebih Lumayan !


ROMPIN - Kerajaan merancang tanah-tanah peneroka Felda dicantum menjadi ladang besar yang mampu memberi hasil lumayan menerusi pengurusan efisien dengan cara yang lebih profesional, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Beliau berkata, pengurusan sedemikian diamalkan estet ladang besar milik orang asing sejak zaman pentadbiran British, yang membolehkan pemilik ladang masih memperoleh keuntungan walaupun marginnya kecil ekoran kejatuhan harga komoditi dan tanaman yang diusahakan, selain tidak perlu bergantung kepada subsidi kerajaan. 

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, usaha meyakinkan peneroka Felda untuk mewujudkan ladang besar itu pada peringkat awal mungkin menghadapi kesukaran terutamanya dalam kalangan generasi pertama yang sudah berusia lebih 60 tahun.

"Mereka sudah menjadi peneroka sejak awal dan untuk menukar pemikiran mereka susah. Tapi mereka adalah pemilik tanah dan kalau kita boleh mendapat kawasan yang lebih luas untuk diuruskan oleh mereka yang profesional, kita yakin boleh mengeluarkan lebih banyak hasil. 

"Pendapatan boleh dibahagikan mengikut luas kawasan tanah yang disumbangkan. Mereka (peneroka) boleh bekerja dengan pengurusan ladang atau mendapat keuntungan hasil mengikut tanah," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 di sini hari ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.