script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peminjam PTPTN Senarai CCRIS Boleh Beli Rumah Pertama !


KUALA LUMPUR - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) akan boleh beli rumah pertama, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan, Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata inisiatif tersebut bagi melayakkan golongan muda memiliki rumah sendiri dan ia membabitkan pembelian semua jenis perumahan dan bukannya di bawah kementeriannya sahaja.

Menurutnya, inisiatif ini akan dilancarkan bersama skim lain untuk perumahan belia pada 18 Okt depan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

“Hanya untuk membeli rumah sahaja mereka akan dikeluarkan daripada senarai CCRIS,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media mengenai persidangan hartanah Hi HOME, di sini ,hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hartanahbumi dotCom Sdn Bhd., Radzi Tajuddin.

Dalam pada itu , Zuraida berkata 30 peratus daripada 10,000 unit rumah mampu milik yang akan dibangunkan di Bandar Malaysia akan diperuntukan kepada golongan belia.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Syed Saddiq berkata ia antara inisiatif kerajaan dalam membantu golongan muda untuk memiliki rumah di kawasan strategik.

“Ia penting kerana di Bandar Malaysia yang merupakan salah satu projek yang begitu strategik akan ada 3,000 unit khas khusus bagi anak muda,” katanya.

Sementara itu, Radzi berkata persidangan Hi HOME akan diadakan pada 25 Julai di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta serentak dengan itu bakal melancarkan Ekspo Hartanah dalam talian di http://www.hihomes.my/ selama tiga bulan dan akan berakhir pada 31 Okt depan.

“Sebanyak 100 projek perumahan di seluruh negara dengan 50 peratus daripadanya adalah projek rumah mampu milik bakal ditawarkan melalui ekspo dalam talian itu,” katanya yang menganggarkan nilai keseluruhan stok hartanah kediaman dijual bernilai RM3.4 billion. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.