script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan


KUANTAN - 'Sado tapi jinak' merupakan sifat lembu sado jenis Charolais bernama Dogol, sehingga menjadi 'figura' popular pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pahang 2019 di Taman Bandar di sini, hari ini.

Pemiliknya Muhammad Taufiq Ramli, 27, berkata Dogol yang berusia dua tahun juga amat manja dan suka dibelai 'peminat' khususnya kanak-kanak yang lazimnya berasa teruja melihat kelibat lembu putih seberat 790 kilogram itu.

"Kanak-kanak memang suka memegang Dogol, sama ada di kandang atau di sini. Malah, tadi sempat saya membawa Dogol keluar dan ditambat di pokok supaya lebih dekat dengan mereka yang hendak membelainya.

"Jika di kandang, ada masanya anak rakan meminta untuk menunggang Dogol. Setakat ini, ia tidak pernah bersikap agresif dan saya juga akan memerhatikan keadaan supaya tiada perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Muhammad Taufiq yang mengusahakan ternakan lembu di Kampung Pandan di sini sejak enam tahun lepas, mengakui sememangnya Dogol paling menonjol daripada 80 ekor ternakannya kerana saiznya yang luar biasa dan sifatnya yang jinak.

Lembu jantan yang dinobatkan sebagai King of Charolais pada program itu, menurut Muhammad Taufiq, tidak cerewet untuk dibela dan diberi makan sebanyak lima kilogram sehari terdiri daripada dedak makanan lembu dan rumput.

Walaupun Dogol dinilaikan pada harga RM15,000, Muhammad Taufiq berkata setakat ini beliau belum bersedia untuk menjual lembu itu kerana masih seronok melihat gelagat manja Dogol.

Sementara itu, turut mengungguli carta lembu sado popular ialah Boboi yang berusia setahun lapan bulan seberat 578 kilogram milik Ahmad Rashidi Awang, 48, dari Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut dekat sini.

Ahmad Rashidi yang sudah enam tahun mengusahakan ternakan itu, secara berseloroh berkata, Boboi adalah anak jati Pahang walaupun 'bapanya' berasal dari Perancis, merujuk kepada baka yang digunakan dalam kaedah permanian beradas dengan lembu tempatan.

"Tak sukar untuk menjaga Boboi kerana diletakkan di kandang...cuma sesekali saya bawa keluar untuk biarkan ia bermain tanah memandangkan kandang bersimen. Mudah menjaga lembu ini dan pulangannya juga tinggi.

"Boboi juga dimandikan dua kali sehari bagi menjaga kebersihannya dan lazimnya saya melakukannya sebelum memberi makan. Setiap hari, saya memperuntukkan enam kilogram makanan yang dibahagi pada pagi dan petang," katanya.

Ahmad Rashidi juga berkata beliau menerima tawaran sebanyak RM12,000 untuk Boboi pada hari ini, namun masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerimanya atau tidak. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.