script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tunku Azizah Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif Pada Istiadat Konvokesyen Ke-100 UiTM

SHAH ALAM: Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif.

Baginda menerimanya pada Istiadat Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Agung Tuanku Canselor, kampus induk UiTM, di sini semalam.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai Canselor UiTM yang ke tujuh.

Tengku Ampuan Pahang dianugerahkan dan diikhtiraf sebagai ikon dalam bidang seni, khususnya dalam usaha mempertahankan serta mempromosikan warisan seni budaya Melayu di persada antarabangsa.

"Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada adinda Tengku Ampuan Pahang di atas pengurniaan ijazah kehormat doktor seni kreatif.

"Pengurniaan ini adalah sangat bertetapan dengan sumbangan adinda terhadap seni kreatif negara. Adinda telah berjaya membawa seni kreatif negara sehingga ke peringkat antarabangsa," titah Sultan Ibrahim.

Ijazah kehormat berkenaan merupakan penghormatan tinggi kepada Tunku Azizah atas dedikasi, inovasi, dan komitmen baginda dalam mengangkat seni warisan budaya, terutamanya dalam bidang seni tekstil dan kraf tradisional.

Seramai 25,957 graduan bakal menerima diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang pada Istiadat Konvokesyen ke-100 UiTM.#BeritaRTM

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.