script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Athlet Pingpong Politeknik Pahang Terus Mencipta Kejayaan Di Pentas Kejohanan TVET 2024

KUANTAN: Atlet pingpong Politeknik Pahang terus mencipta kejayaan di pentas kejohanan TVET (Teknik dan Vokasional)  apabila dua pasukan pelajar dan kakitangan merangkul pingat emas dalam Kejohanan Pingpong Modal Insan TVET Pantai Timur 2024 yang diadakan di politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) disini baru-baru ini. 

Kejohanan ini turut disertai oleh pemain-pemain dari institusi TVET lain seluruh Pantai timur Malaysia. Pasukan politeknik Pahang yang diwakili lima pemain berjaya merangkul emas dua tahun berturut-turut iaitu pada 2023 dan 2024.

Pasukan ini telah berjaya menewaskan lapan lagi institusi TVET seluruh pantai timur untuk mengekalkan kejuaraan berganda. Kontijen pingpong politeknik Pahang telah membawa pulang dua  pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Dilaporkan pingat emas berjaya dicapai melalui kategori berpasukan kakitangan dan  kategori beregu pelajar wanita. Manakala satu perak menerusi acara beregu pelajar wanita dan satu gangsa pula dalam acara berpasukan kakitangan.

Ketua Kontijen Pingpong Politeknik Pahang, Ts. Rafis Suizwan Ismail,40, yang juga merupakan jurulatih TTAM level 1 nasional ketika ditemui berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian anak-anak buahnya pada kejohanan kali ini.

"Saya sangat gembira dapat membawa pulang pingat emas untuk institusi. Ia adalah hasil kerja keras saya, ahli pasukan dan juga pelajar-pelajar politeknik yang terdiri daipada pemain bakat baru yang diketengahkan. Alhamdulillah, kejayaan hari ini adalah usaha keras semua pihak dari segi Latihan yang sempurana dan komitmen yang diberikan", katanya.

Kejohanan kali ini telah diseliakan oleh barisan juri professional dari Persatuan Tok Gajah. 

Sementara itu, jurucakap teknikal kejohanan yang juga pemain pingpong negeri Pahang Hairi Hafizi Jamaludin ,31, berkata kejohanan kali ini diadakan dengan piawai peraturan yang berkelas ITTF melibatkan 10 orang juri professional seluruh Pahang.


"Kita ingin melahirkan bakat-bakat baru di seluruh pantai timur bagi sukan pingpong dengan membangunkan pertandingan berkelas tinggi. Dengan usaha ini, secara tidak langsung dapat melahirkan pemain pingpong yang berkualiti di Malaysia", tambahnya lagi.

Pada Kejohanan itu juga, kontijen politeknik Pahang berjaya merangkul lapan pingat emas, enam perak dan empat gangsa dalam jumlah pingat keseluruhan dari 8 acara sukan yang dipertandingkan. Antara sukan lain adalah acara bola tampar, futsal, sepak takraw, dart dan juga catur. 

Semua pingat disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Chan Chun Kuang.

Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Haji Mohd Yusof Zakaria kejayaan  athlet politeknik Pahang kali ini cukup memberangsangkan.

"Ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan dan membuktikan bahawa Politeknik Malaysia mempunyai barisan atlet pingpong yang mampu bersaing dengan kuasa besar dalam sukan ini. Kami akan terus memberi sokongan penuh kepada mereka dalam persiapan untuk kejohanan-kejohanan akan datang", katanya.

Dengan kejayaan ini, politeknik Pahang semakin dilihat sebagai kuasa baharu dalam arena pingpong di Malaysia terutamanya dalam kejohanan sukan Institusi Pengajian Tinggi Awam, dan para pemain dijangka akan terus mempersiapkan diri untuk menyertai kejohanan-kejohanan utama seperti kejohanan badan kerajaaan, kejohanan IPT (SUKIPT), MAKSAK dan juga terbuka Malaysia.

Kejohanan sukan modal insan TVET 2024 yang berlangsung di POLISAS ini menyaksikan semangat dan dedikasi para atlet seluruh institusi TVET Zon Timur merealisasikan impian untuk membawa sukan pingpong ke peringkat yang lebih tinggi  Selepas kejayaan besar ini, ramai yang percaya politeknik Pahang akan terus menjadi ancaman dalam kejohanan-kejohanan akan datang. #PahangDaily

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.