script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bendahari Bersama 40 Ahli Bentong Keluar Parti, Bersatu Pahang Akan Minta Penjelasan Roslan Hassan

KUANTAN: Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Pahang akan menunggu pemilihan parti selesai sebelum mendapatkan penjelasan daripada bendahari negeri Roslan Hassan yang bertindak keluar parti serta-merta semalam.

Timbalan Ketuanya, Mohd Yazid Mohd Yunus berkata, beliau hanya mengetahui tindakan Roslan melepaskan jawatannya dan keluar parti menerusi laporan media.

“Kami akan menghubungi Roslan untuk penjelasan lanjut susulan keputusan itu,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar itu.

“Memandangkan parti sibuk dengan pemilihan ketika ini, kita akan dapatkan penjelasan daripada beliau selepas (pemilihan) ini.”

Pada Sabtu, Roslan bersama 40 ahli mengumumkan keluar daripada BERSATU dengan alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi, sehari sebelum pemilihan parti.

Bendahari BERSATU dan PN negeri itu juga mendakwa terdapat tindakan menyisihkan anggota yang tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti.

Roslan yang juga bekas Ketua BERSATU Bentong berkata, terdapat cubaan untuk mengangkat anggota yang sehaluan dengan kepimpinan tertinggi walaupun gagal memenuhi tanggungjawab kepada parti.

Ketika dihubungi, Roslan memaklumkan beliau kekal dengan keputusannya dan tidak bercadang menyertai mana-mana parti buat masa ini.

Sementara itu, Setiausaha BERSATU Pahang, Mohd Arhan Saludin berkata, tindakan Roslan tidak akan merencatkan parti itu pada peringkat negeri.

“Kita telah tempuh pelbagai cabaran, Naib Presiden, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Ketua Negeri sebelum ini ada yang keluar parti, tetapi BERSATU tetap berjalan macam biasa,” katanya.

“Bersatu sentiasa dalam proses memperkuat, baiki kelemahan, kalau ada masalah kita bincang dan selesaikan. Walaupun ada keluar parti, ia bukan bermakna Bersatu makin lumpuh, itu proses mematangkan parti.” #FreeMalaysiaToday

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.