script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Adik Arif Al Fateh Merangkul Anugerah Juara Hafazan, Akan Wakil Pahang Ke Peringkat Kebangsaan

TEMERLOH: Adik Arif Al Fateh Mohd. Zarimi merangkul anugerah juara kategori hafazan lelaki dalam program Alam Ria PASTI Negeri Pahang 2024 berlangsung di Kompleks Al Makmur Kerdau, sabtu lalu.

Pelajar Pra Tahfiz PASTI al Furqan, Temerloh tersebut mengalahkan dua lagi peserta lain iaitu Muhammad ‘Aqil Luqman Mohd Azim dari PASTI Paya Besar di tempat kedua sementara Wan Muhammad Umair Muhamad Aliff, Raub menduduki tempat ketiga.

Anak keempat kepada Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd. Zarimi Abu Zih Asshubrawi tersebut mewakili PASTI Kawasan Temerloh telah membawa pulang hadiah berupa trofi beserta sijil penyertaan.

Sebanyak 11 acara dipertandingkan dalam program iaitu nasyid, kalam jamaie, pidato, azan, khutbah, sajak lelaki dan perempuan, bercerita lelaki dan perempuan serta hafazan lelaki dan perempuan.

Para pemenang akan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di negeri Melaka pada 30 November ini. #BeritaPAS

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.