script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Buka 1,877 Kertas Siasatan Babit Kerugian RM81 Juta

KUANTAN: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang telah membuka 1,877 kertas siasatan melibatkan kerugian berjumlah RM81 juta sejak bulan Januari sehingga Oktober tahun ini.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, jumlah kes yang direkodkan bagi tahun ini menurun sebanyak 8.4 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun lepas iaitu sebanyak 2,049.

“Dari segi tangkapan pula, JSJK Pahang telah melaksanakan sebanyak 1,449 tangkapan yang melibatkan kesalahan tipu, pinjaman wang ah long dan lain-lain kesalahan.

“Meneliti kepada statistik pertuduhan pula, JSJK Pahang telah melaksanakan pertuduhan bagi 1,412jumlah kertas siasatan tersebut termasuk 465 laporan National Scam Response Centre (NSRC),” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan bagi bulan November 2024 di Perkarangan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, jumlah kemalangan jalan raya yang dilaporkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pahang, bagi tempoh Januari sehingga Oktober mencatat peningkatan sebanyak 4.1 peratus berbanding tahun lepas.

Katanya, sebanyak 20,324 kes kemalangan jalan raya dilaporkan tahun ini berbanding 19,526 kes bagi tempoh sama pada tahun lepas.

“Bagaimanapun, kes membabitkan kemalangan maut bagi tempoh sama mencatat penurunan sebanyak 5.3 peratus iaitu 360 kes tahun ini berbanding 380 kes tahun lepas,” katanya lagi.

Beliau turut memberitahu sebanyak 170,351 notis saman telah dikeluarkan JSPT Pahang atas pelbagai kesalahan lalu lintas. #MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.