script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Laluan Terjejas Tanah Runtuh Di KM54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet Cameron Highlands Dibuka Semula

KUANTAN: Laluan di Kilometer (KM) 54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet di Cameron Highlands yang terjejas akibat tanah runtuh dan pokok tumbang pada 4 petang hari ini dibuka kepada semua jenis kenderaan dan selamat untuk dilalui.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Superintendan Azri Ramli berkata insiden itu menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.

"Kira-kira 4 petang tadi, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat satu kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di KM 54.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pasukan bomba Pahang.

"Laluan telah dibuka untuk semua kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi bilik gerakan Balai Polis Cameron Highlands di talian 05-4915999. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.