script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Temui Petunjuk, Remaja Perempuan Dilapor Hilang Di Maran Dipercayai Berada Di Utara Tanah Air

KUANTAN: Polis menemui petunjuk dalam pencarian remaja yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Paya Chedung di Maran pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa, Ummu Ayuni Mohd Khamis,15, dipercayai berada di utara tanah air.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan dan pihak polis menemui beberapa petunjuk termasuk mengenalpasti lokasi remaja berkenaan,”katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan November 2024 yang diadakan di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan hanya kerana perselisihan kecil, seorang remaja perempuan nekad meninggalkan rumah keluarganya di Kampung Paya Chedung di sini Jumaat lalu.

Sebelum kejadian berlaku pergaduhan kecil antara Ummu Ayuni dan kakaknya yang meminta remaja itu membuang sampah menyebabkan mangsa merajuk dan keluar rumah mengikut pintu belakang.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, Pahang mencatatkan sebanyak 49 kes laporan orang hilang bermula Januari sehingga Oktober tahun ini dengan empat daripadanya masih belum ditemukan.

Beliau memberitahu keempat-empat mangsa yang belum ditemukan dua daripadanya adalah merupakan masyarakat Orang Asli di Rompin dan kes paling lama melibatkan seorang lelaki dari Felda Bukit Mendi, Bera.  #Kosmo!

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.