script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China

KUANTAN: Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) menyasarkan memperoleh pendapatan sebanyak RM73.4 juta menerusi perjanjian jual beli tanah industri seluas 23.96 hektar di Harbour Park, Gebeng di sini.

Tanah industri berkenaan dijual kepada syarikat dari China yang merancang mendirikan sebuah kompleks bersepadu loji penapisan minyak dan petrokimia.

Pengerusinya, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim (B), berkata kompleks itu akan dibangunkan Petroluxe Refinery (M) Sdn Bhd (PETROLUXE) dan apabila beroperasi kelak, ia akan menghasilkan produk seperti nafta petroleum, petrol dan gas petroleum cecair.

Katanya, Petroluxe yang dimiliki oleh pelabur China ini merancang untuk membuat pelaburan kira-kira RM3 bilion bagi membina kompleks di atas tanah itu.

"Saya percaya pelaburan daripada PETROLUXE ini bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri Pahang serta kesan ekonomi berganda selain kemampanan dengan mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan.

"Di samping itu, limpahan peluang perniagaan serta percambahan ekonomi hiliran dalam sektor yang berkaitan dengan kejuruteraan dan ekosistem perkhidmatan sokongan juga akan memberikan kelestarian kepada ekonomi secara mampan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah Di Antara Pasdec Corporation dengan Petroluxe Refinery (M) Sdn Bhd di sini, hari ini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat mencemar duli bagi menyaksikan majlis berkenaan sebagai tanda kerjasama signifikan di antara PASDEC dengan PETROLUXE.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, Zulkiple berkata keputusan PETROLUXE untuk melabur di negeri ini mencerminkan keyakinan pelabur China terhadap negeri Pahang sebagai destinasi pelaburan yang kondusif dan berdaya maju.

Sementara itu, Pengarah PETROLUXE, Wang Zucheng, berkata projek pembinaan kompleks ini juga dilihat menjadi titik tolak dalam pembangunan infrastruktur dan teknologi berkaitan tenaga di Pahang selain menjadikan negeri ini sebagai antara hab industri tenaga yang penting di rantau ini.

"Kerjasama di antara PASDEC dengan PETROLUXE ini adalah lambang komitmen kedua-dua pihak untuk berganding bahu membangunkan industri yang mampan selaras dengan visi kerajaan negeri untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan," katanya yang berucap dalam bahasa Mandarin yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.