KUALA LUMPUR, 1 Sept [8.00 pm] - Tan Sri Musa Hassan (foto), tidak akan disambung khidmatnya sebagai Ketua Polis Negara dan akan digantikan oleh timbalannya, Datuk Ismail Omar. Musa akan tamat kontrak pada 12 September ini.Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein hari ini. Pengumuman ini telah menghentikan spekulasi yang berbulan-bulan lamanya termasuk kempen yang dibuat oleh Utusan Malaysia agar beliau disambung perkhidmatannya. Musa sepatutnya pencen pada tahun 2007, namun telah tiga kali khidmatnya disambung sebelum ini. Sehubungan itu, beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa yang telah berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.
[Syabas kita ucapakan kepada Tan Sri Ismail Omar, Timbalan Ketua Polis Negara kerana akhirnya telah berjaya melenyapkan spekulasi yang sering bermain difikiran rakyat selama ini. Ternyata, kerajaan UMNO BN akhirnya akui bahawa Musa Hassan terpaksa ditukarkan selepas melihat indeks prestasi jenayah dan dirinya sendiri terlalu merudum. Musa bukan sahaja pernah dikaitkan dengan kes liwat Anwar dulu, malah beliau juga banyak terlibat dengan skandal-skandal lain yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada pihak polis itu sendiri. Semoga dengan perlantikan baru ini nanti akan dapat memulihkan kembali imej serta kreadibiliti anggota polis agar mereka benar-benar menjaga keselamatan rakyat dan bukannya keselamatan beberapa kerat pemimpin yang khianat].

Hari ni kat tempat aku budak-budak main mercun lebih banyak daripada biasa.orang mudapun join sekaki.mungkin ada kaitannya dengan musa hasan nak pencen.kenangan silam kisah usung tilam menggamit kenangan kita semua.
BalasPadamTAHNIAH PADA TAN SRI ISMAIL OMAR, HARAP2 TIDAK MENCONTOHI DAN TIADA LAGI SEPERTI TAN SRI MUSA HASSAN. PENGANTIAN NYA AMAT DINANTI2KAN DEMI MASA DEPAN RAKYAT..... MERDEKA! MERDEKA!
BalasPadamEntahla...aku tak berapa yakin ada perubahan dalam sistem kepolisan malaysia....kerana polis sangat akur kepada arahan ketua....samada betul atau salah....mesti jalankan tugas....selagi polis ber'ketua'kan perdana menteri selagi itu perjuangan mereka di ragui...sebab PM tu berasal dari parti politik...sudah tentu ada arahan2 dipengaruhi oleh politik...kecuali Polis bertukar prinsip dan hanya menjalankan titah perintah DYMM Yang Dipertuan Agong Malaysia...selaras dengan nama pasukan itu..Polis DiRaja Malaysia...
BalasPadam