KUALA LUMPUR, 11 Dis - Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail meminta semua pihak yang membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk Badrul Hisham Shaharin (foto) bekas calon jawatan ketua sayap Pemuda PKR yang tewas supaya jangan bertindak tergopoh-gopoh. Sehubungan itu, Saifuddin meminta Badrul Hisham, yang kelmarin menegaskan tidak mengiktiraf keputusan pemilihan yang baru lalu, supaya bersabar menanti penemuan ke atas aduan-aduan aduan yang dibuat berhubung pemilihan pucuk kepimpinan pusat. Tambah Saifuddin, JPP masih menjalankan siasatan terhadap setiap aduan yang dikemukakan. Sepanjang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijalankan sebanyak 18 aduan telah dikemukakan kepada JPP manakala bagi pemilihan cabang pula sebanyak 289 aduan. “Aduan sekarang di atas meja JPP, jadi kita serah kepada JPP untuk menyiasat setiap aduan yang dikemukakan sepanjang pemilihan berlangsung. “Semua aduan yang dikemukakan masih belum selesai, JPP masih menyiasat setiap aduan. “JPP tahu tanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan itu, kita biarkan proses siasatan ini berjalan,” kata Saifuddin. Beliau juga mahu semua pihak memberikan ruang kepada JPP untuk menyiasat dengan teliti setiap aduan yang dikemukakan. “Lagipun kita baru habis kongres, sudah tentu siasatan terhadap aduan ini masih lagi berjalan. Jadi saya harap kita beri masa kepada JPP untuk menyiasatnya. “Bukan semua aduan akan selesai cepat, ada aduan yang kita kena panggil pengadu jadi kena sabarlah. “Kita juga perlu hormati proses siasatan ini, kepada mereka yang kemukakan aduan kita harap bersabar. Serah kepada JPP untuk siasat,” katanya. Ketika ditanya sama ada tindakan Badrul Hisham atau lebih dikenali “Chegubard” akan menjejaskan PKR, Saifuddin bagaimanapun berkata, tumpuan sekarang adalah pilihan raya umum ke-13. “Kita serahkan kepada JPP untuk siasat, isu kita sekarang adalah menghadapi pilihan raya umum. Fokus kita adalah memperkuatkan parti dan juga Pakatan Rakyat,” kata Saifuddin.
[Terkadang, dalam keterbukaan semangat mengatasi segalanya. Justeru itu, Chegubard sebagai bekas calon bagi jawatan Ketua AMK perlulah akur dengan keputusan yang diterima. Senario ini, samalah juga dengan akurnya rakyat dan pemimpin pembangkang terhadap mana-mana keputusan pilihanraya yang berlaku biarpun mereka tahu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersikap "double standard" dalam mengendalikannya. Agenda yang lebih besar sekarang ialah untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Justeru itu, jika isu ketiadakadilan dan ketelusan dalam pemilihan ini terus diperdebatkan oleh "team Chegubard" maka kita khuatir lama kelamaan anak muda itu akan dituduh pengkhianat dan penderhaka kepada parti pula. Adalah lebih elok beliau duduk semeja dan memikirkan agenda seterusnya daripada terus berkokok untuk mempertahankan haknya yang telah dinodai oleh pihak lain. Agenda perjuangan rakyat itu yang lebih utama daripada agenda peribadi. Kalah atau menang, perjuangan membela rakyat wajar diteruskan jua akhirnya !].

Tuan Blog..
BalasPadamBetul tu...Dalam menangani keadaan perlu ada kesabaran, sekurang2 nya bersabar sehingga 2012 CUKUP. Jangan sokong membawa rebah. Jangan ada usaha memberi kredit kekuatan kepada BN walau 0.1 peratus sekalipun. Sedikit maklumat membawa sedikit kesan negatif pasti memberi kredit pd. BN. Sedikit-sedikit menjadi bukit. Ada blogger pro-pr marah2 dgn pemilihan baru2 ini lalu menulis dgn memberi kredit kekuatan pd BN. Sabarlah hingga 2012.
Kerana pro-PR lah blog nya popular dikunjungi, kerana Pro-BN lah juga dikunjungi oleh peminat masing2. Kalau setakat blog persendirian mana ada tetamu. Jgn mengharap sangat balasan setimpal dari yg disokong.
oleh
UrangLanji
Jangan memberi kredit kekuatan kepada BN walau 0.1? Satu ungkapan yang tampak penuh berisi semangat juang. Syabas! Akan tetapi kita ragu apakah tidak mungkin ia lebih berupa satu 'retorik' atau sekadar satu monolog yang kian terpencil sayu dan lesu, ayau syok sendiri dalam diri kebanyakan penyokong PKR?
BalasPadamBagi kebanyakan pemerhati dan penganalisis politik yang kritis, kekalutan dalam pemilihan PKR baru-baru ini adalah satu kemalangan maut yang telah mengorbankan atau paling tidaknya telah mencacatkan banyak 'aset' dalam PKR sendiri, lebih-lebih lagi dalam ketika PRU 13 semakin hampir.
Penafian demi penafian tidak banyak bermakna untuk memilihkan keadaan, ibarat nasi sudah menjadi bubur. Umpama sebuah pasukan bola sepak, pasukan lawan akan sentiada mencari, mengintai dan mengintip di mana letaknya titik kelemahan kita.
PKR bukan hanya telah memberikan kredit kekuatan 0.1 kepada BN, malah lebih daripada 5.0!
UrangKita
sudah la,mari kita kuatkan pakatan rakyat utk hadapi pru 13 yg xlama dah
BalasPadamsaya lebih suka cara chegubard dari shamsul...very humble.,komitmen hebat tambah pulak x suka mewah2 paling utama PEMIMPIN MASA DEPAN...tapi maaf chegubard ....tlg patuh &sabar ...don't worry ...saya suka chegubard jadi ahi parlimen..tlg bagi kawasan pru13 yg InsyaALLAH boleh menang..x payah la lwn khairy di rembau..rugi...susah nak menang tempat org main duit & umno totok...saya lebih suka chegubard GEGARKAN dewan rakyat...SAYA SOKONG CHEGUBARD..jgnlah gundah gulana..yg penting MINGGIRKAN BE END DULU DARI PUTRAJAYA..
BalasPadamkita semua dalam proses pendemokrasian sebenar.jadi kita tidak perlu menuding kepada orang lain,sepatutnya kita belajar dari kesilapan dan dewasakan parti secepat mungkin.Chegu Bard anak muda yang sangat berani dan humble.Aku sokong dan percaya dia adalah aset berharga untuk kita semua cuma dalam keadaan sekarang sepatutnya semua kena bertenang dan tumpukan kepada agenda memerintah negara.Muhasabah diri adalah jalan terbaik.
BalasPadamdah kalah tu, kalah laaa,sibuk x nak terima kekalahan la pulak, yg pelik nya, yg x puas hati semua mereka yg kalah, mereka2 ni, berjuang untuk rakyat atau berjuang untuk diri sendiri????
BalasPadam