Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


February 2, 2011

Pahang Daily Online (PDO) Memohon Maaf Secara Terbuka Serta Tarik Balik Penyiaran Enam Artikel Kontroversi Mohd Saiful Bukhari Dua Tahun Lalu

Adalah dengan ini dimaklumkan pihak kami ingin merujuk kepada penyiaran enam artikel kontroversi berkaitan penyakit misteri Saiful Bukhari Azlan yang telah disiarkan di laman blog ini dua tahun yang lalu (2008). Enam artikel berkenaan yang disiarkan selepas Saiful membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung dakwaan dia diliwat telah menyebabkan beliau membuat laporan polis pada 3 Mac 2009 dan kemudiannya tindakan saman terhadap blog ini pada 23 April 2009. "Dalam writ saman tersebut, Saiful mengemukakan tuntutan ganti rugi am sebanyak RM2 juta daripada penulis blog berkenaan kerana memfitnahnya. Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya. Blog itu mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum ini", lapor media ketika itu. Susulan daripada laporan tersebut, ramai krew-krew kami telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman beberapa bulan selepas itu. Antara yang paling panas ialah Blogger Cucumatkilau, yang ketika itu merupakan Eksklusif Editor di PDO.

Permohonan Maaf Terbuka Kepada Saiful Bukhari

Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan. Sebagai sebuah blog panas dan sensasi, ada kalanya artikel yang dihantar oleh orang awam dan krew-krew kami dari seluruh negara tidak ditapis dengan sebaik mungkin menyebabkan laporannya terkadang terbabas dari etika penyiaran yang sebenarnya. Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah, kami cuba menghubungi pihak yang menghantar email artikel berkenaan namun tetap tidak mendapat jawapan yang sepatutnya. Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali. Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu. Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya. Masalah yang berlaku antara Saiful dan Anwar Ibrahim itu adalah hal peribadi mereka berdua. Maka kami tiada hak lagi untuk mempertikaikan bahawa Saiful dikatakan terkena "bala" akibat pengakuan sumpah laknat yang dilakukan olehnya.


Laporan berkaitn permohonan maaf di laman utama Malaysikini
[Keputusan Pahang Daily Online menarik balik laporan artikel berkenaan adalah dibuat atas profesionalisme kami dan tidak ada tekanan atau desakan oleh mana-mana pihak. Semuanya adalah atas kesedaran bahawa impilkasi yang menimpa apabila ada pihak menghantar maklumat yang tidak sahih dan terus diterbitkan tanpa suntingan oleh mana-mana pihak. Kami juga amat bersimpati atas keprihatinan beberapa orang krew kami yang terpaksa mengundur diri daripada terus menghantar artikel ke blog ini melainkan Blogger Cucumatkilau yang terus memaparkan berita-berita dan aktiviti politik dari negeri Pahang hingga sekarang ini. Pihak kami juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah memetik berita tersebut dan disiarkan dalam laman blog masing-masing. Harapan kami agar artikel berkenaan dapat dikeluarkan dan tidak dijadikan sebagai bahan untuk memburuk-burukkan sesiapa selepas ini. Sekali lagi kami bukanlah mahu memberi "millage" kepada mana-mana pihak atas penarikan balik artikel berkenaan, cuma kami lakukan atas kepercayaan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh HambaNya. Mana yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah. Kami bersedia mewakilkan kepada krew kami di Pahang untuk membuat sidang media (PC) terbuka berkenaan perkara ini jika diperlukan dari masa ke semasa].

65 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

salam,

sesungguhnya janji Allah itu benar. Yang hak pasti berdiri dengan teguhnya dan yang batil itu akan jatuh.

p/s: baguslah pdo sudah sedar bahawa fitnah itu amatlah berdosa. harapnya saudara saiful akan memaafkan anda. tetapi ingatlah, mintalah ampun pada Allah kerana urusan dengan Allah belum selesai...

Anonymous said...

Syabas PDO. Tindakan yang diambil adalah bukti nyata bahawa PDO menghormati dan profesionalisme penyiaran dan menepati etika kemanusiaan sejagat. Semoga tindakan PDO ini boleh dijadikan contoh oleh blog-blog lain yang mungkin berada atau terjerumus dalam kancah dan situasi yang sama.

Tabik hormat buat PDO!

Anonymous said...

Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh HambaNya? Selama ni ko tak tahu ke? BERTAUBATLAH, JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA YANG MEMPERGUNAKAN AGAMA! Janji Allah itu benar!

blogenstarz said...

Salam Singgah

Berani Kerana Benar.
Takut kerana salah.

Tahniah.Ada hikmahnya.

Anonymous said...

mane yg betul, mane yang salah skang?

Anonymous said...

SAIFUL FITNAH ANWAR ITU SALAH...

PDO FITNAH SAIFUL ITU PUN SALAH...

TP PDO LEBIH MULIA KERANA TELAH MENGAKUI KESILAPANNYA DAN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA.

SAIFUL BILA LAGI..???

hatasinchi said...

PDo minta maaf sebab tuduhan saiful ade penyakit mister tak dapat dibuktikan! Satu tindakan yg noble pada pandangan aku, syabas PDO! Moga saiful sudi maafkan. Tapi dalam hal saiful apehal lak die nak minta maaf? Die ada bukti utk heret anu war ke muka pengadilan tapi pak anu war main belon aca ngelat2 utk hadir bicara...sesuatu berita dianggap fitnah bile xde bukti tapi kalau ade bukti dah bukan fitnah tapi satu pertuduhan yg wajib dijawab! Nampak bezanya di sini? PDO mintak maaf sebab berita saiful ade penyakit mister tak dpt dibuktikan manakala saiful buat repot menyatakan diliwat disertakan bukti, samada bukti tuh betul atau dibuat2 adalah hak mahkamah untuk tentukan...skrg soalnya adakah idola ko pak anu war berani sahut panggilan perbicaraan nie? Same2 kita lihat!

usin said...

ikhlas ke ko minta maat & tarik nalik artikel? 2 tahun dh berlalu bro, lama tu. ke ko takut pada saman rm2 juta tu? ko sendiri dh tau artikel tu fitnah, yg ko siar jugak wat apa?. aku nk nasihat kt ko, lain kali tulislah artikel yg sohih. org umno ada & bnyk buat silap. ko highlight bhgn tu je. xde fitnah maka blog ko lebih kredibeliti. jgn ikut perangai pemimpin2 pas, ckp tentang Islam, tp mulut penuh sumpah seranah, fitnah & adu domba...

usin said...

pembetulan komen aku kt atas tu: ikhlas ke ko minta maaf & tarik balik artikel? 2 tahun dh berlalu bro, lama tu. ke ko takut pada saman rm2 juta tu? ko sendiri dh tau artikel tu fitnah, yg ko siar jugak wat apa?. aku nk nasihat kt ko, lain kali tulislah artikel yg sohih. org umno ada & bnyk buat silap. ko highlight bhgn tu je. xde fitnah maka blog ko lebih kredibeliti. jgn ikut perangai pemimpin2 pas, ckp tentang Islam, tp mulut penuh sumpah seranah, fitnah & adu domba..

anonimi said...

gasak la kau PDO. "syaitan daily online"

Ingat Fitnah, Ingat PAS. said...

Lain kali jangan jadi banggang. Yang hak pasti mengatasi yang batil.

Anonymous said...

kemaafan tu sesuatu yg indah dan memberi maaf itu lebih indah lagi....

Anonymous said...

Janji Allah pasti ditunaikanNya. Janji manusia belum tentu lagi.

Balasan didunia kekadang amat menyiksakan. Sebab kamu masih hidup. Apatah lagi balasan diakhirat.

Kena ingat 'fitnah lebih tajam dari mata pedang'.

Anonymous said...

boleh tak PDO terangkan camana PDO boleh menulis artikel fitnah tu. dari mna fakta PDO dapat. adakah berdasarkan kemarahan kerana menuduh pemimpin kesayangan PDO, adakah kerana PDO sokong Pembakang atau pun PDO tulis saja2. atau adalasan lain

kami nak tahu, camana artikel tu boleh ditulis oleh PDO.atas dasar ape.

AKU WARIS PAHANG said...

Sekiranya Saiful membaca komen ini -
Saiful wajar teruskan saman kepada pembuat fitnah sebagai pengajaran...

Anonymous said...

Fuck to PDO...ini je yg ko reti..

Anonymous said...

Saman tetap saman...kasi bangkrap ini orang...

oRang kAmpong said...

PDO waa sokong luu blader.Sambut salam persahabatan dr oRang kAmpong.Aku amat menyukai org yg sanggup memohon maaf.Syabas blader.

duluPas said...

Dah minta maaf sudah le. Ini kau selit2 pula dengan 1001 sebab musabab mengapa kau minta maaf. nampak sangat kau tak ikhlas.

yang jelas, kau minta maaf kerana takut terberak kena saman rm 2 juta. ini sebabnya.

kau ini memang perangai sebiji macam orang Pas yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin.

bagaimana pun, aku harap kau dah insaf dan sedar bahawa Saiful telah difitnah oleh kau. Krew2 kau itu cuma kau nak pelepas diri. mengaku sajalah kau yang bat fitnah, bukanye salah krew2 kau yang entah2 tak ujud pun.

aku rasa kau pun dah sedar yang memfitnah ialah Anwar, bukannya Saiful. jika kau ikhlas minta maaf dengan Saiful, maka tunjukkan dengan hati dan perbuatan dengan berjuang untuk Saiful demi kebenaran.

lu fikir le

duluPas said...

PDO,

kalau kau baca balik komen2 para pembaca dalam artikel fitnah yang kau tulis dulu, ternyata penyebaran dan kesan fitnah perbuatan kau ini amat dashyat.

ramai yang membuta tuli percaya dengan fitnah kau.

aku sarankan, kau perlu bertanggung-jawab dengan menyampaikan pengakuan fitnah kau kepada semua pengomen2 yang telah kau perdaya, dengan mengirim email kepada setiap mereka.

memang banyak kerja kau untuk mengaku membuat fitnah, tapi tak seberat walau setitik air berbanding akibat fitnah kau kepada masyarakat.

minta simpang lah perbuatan seumpama ini.

ahli keluarga dan sahabat2 saiful, kau tak minta maaf dari mereka ke?

anak pahang said...

astarafirullah... bagi asaya kamu sbenarnya adalah penulis murahan yang bukan sajer menjadi sampah kepada golongan blogger namun turut menjadi sampah kepada masyarakat. fitnah adalah satu dosa yang berat hukumanya. sewenang kamu memohon maaf selepas 2 tahun kamu racuni pemikiran rakyat dengan fitnah. kemungkinan banyak lagi tulisan kamu itu fitnah. taubat lah dan berhenti lah mencemarkan imej blogger2 yang lain. taubat lah dan pergi minta ampun dengan saiful.

AKU WARIS PAHANG said...

Sekiranya Saiful membaca komen ini -
Saiful wajar teruskan saman kepada pembuat fitnah sebagai pengajaran...

Jarjit said...

Macam haram ... kat saiful boleh laa ko mintak maaf..macam mana dengan orang yg dah termakan fitnah ko tu?

Anonymous said...

Yang pasti si peliwat tu masih bebas di luar terus menabur fitnah. Berkokok berderai walaaupun ekor penuh bergelumang tahi!

Anonymous said...

the damage is done n it's too late...
poor saiful. it will take ages to clear his name.

Apologies mean nothing when the damage is done.

Anonymous said...

Jangan lupa fakta ini:
'Kejahilan' terhadap sesuatu bukan alasan untuk membela diri!

marilyn said...

Kenapa ambil masa yg lama utk meminta maaf dan menarik balik posting tersebut?aku pasti PDO telah mengetahui sejak awal bahawa berita penyakit misteri Saiful itu adalah satu pembohongan dan fitnah.

Sedikit sebanyak,artikel tersebut telah memberi tekanan kepada hidup Saiful dan keluarganya.begitu juga artikel tersebut telah diterima bulat2 oleh pembaca2 yg menyokong blog ini tanpa mengkaji kebenarannya.dan fitnah ini terus berlegar2 di Msia sepanjang masa itu.

Selepas ni blh la PDO korek mana tabung utk bayar saman rm2 juta tu.
Tak pon blh mintak dana dari anwar @ Nurul izzah.
kadang2 pengajaran itu datang dlm bentuk yg paling pahit utk diterima.

salam...

Anonymous said...

Sabarlah saiful makin lama makin nampak kebenaran..paknuar pn mcm tak senang duduk nmpaknya mcm2 masalah.

Anonymous said...

kepada pembaca yang baca fitnah pada 2 tahun lepas, kemudian percaya fitnah tersebut, kemudian meninggal dunia sebelum baca permohonan maaf ini, atau tidak tau pasal penafian ini.. mereka akan sentiasa percaya fitnah itu...

macam mana??

-w-

Anonymous said...

Aku pelik ngan segelintir org yg komen kat sini. Orang dah minta maaf dikutuknya lagi. Jalau tak minta maaf lagilah dikutuknya. Fanatisme terhadap parti biarlah bertempat.

Benda yg baik sepatutnya dibalas baik. Apa hal pula dengan blogger lain yang terus buat kerja fitnah tapi tak tahu nak minta maaf, for example papa gomo.

Anonymous said...

bukan nak kutuk cuma...
satu pengajaran
apa pun the moral of the story after 2 tahun baru nak akui kesilapan ...
ini adalah kerana 2 juta..
so siap kan la rm 2 juta.

Anonymous said...

ckp byk xguna..
byr je la 2juta tue..
sndiri buat,sndiri tanggung..

Anonymous said...

PDO buat malu orang Pahang je. Hampeh betol.

Anonymous said...

Bayar dulu tuntutan RM2 juta saman fitnah/malu tuh kepasa Saiful, barulah permohonan maaf boleh diterima.

Bior bankrap baru depah tauuuu... maaf air liur tak main lerrrr.

Kalo tak cukup duit, minta sama Anwar al-Jub, dia multi millionaire di Malaysia. Kalo Anwar tak kasi, minta sama Azmin.

mulutmelayu said...

To -> Anonymous February 01, 2011 1:54:00 PM

Papa Gomo bertanggungjawab kepada apa yang ditulisnya. Kalo nko berpendapat papa gomo tu buat fitnah, nko saman ler dia... apa susah... Ada berani ke?

Anonymous said...

PDO dah mintak maaf. Saifool bila lagi?

Aku suka statement tu. Jgn cakaplah ko tak fitnah Anwar, Saifool. Oh ye...orang macam ko mana tahu pahala-dosa. Mana tahu hukum Allah. Mana tahu syurga-neraka. Mana percaya hari kiamat tu ada.

Bukti yang ada pun ko reka2 kan. Bukti yang sahih mengatakan ko tak diliwat, ko buang ke tepi.

Ingat!!! Amaran untuk Saifool. Allah itu ada. Malaikat itu ada. Kiamat itu ada. Akhirat itu ada. Syurga-Neraka itu ada. AMARAN UNTUK SAIFOOL!!!

Anonymous said...

Mengalah bukan beerti kalah.
Melari bukan beerti takut.
Berdiam diri bukan beerti bersalah.
Berbunyi bukan beerti benar.
Maka marilah kita fikir-fikirkan sejenak sementara allah masih lagi memberi pinjam nyawa kepada kita.
Hidaup PDO....

jiwakita said...

salam....

dulu PDO karnibel..kini tiada kredibel dah....

hancusss....

nun manjung said...

hoi bangang apa hal pulak amaran untuk saiful. pdo tu takut ngan saman 2 juta la tu

Anonymous said...

Pelik aku ngan statemen anon 1/2/2011 5:37PM ... ko nak suruh saiful minta maaf kat siapa? Menuduh Anwar liwat dia? siapa pun tak ada bukti yang mengatakan A) Anwar Liwat Saiful B) Anwar tidak liwat Saiful. Yang tahu cuma SAIFUL, ANWAR, MALAIKAT dan ALLAH sahaja yang tahu. Disebabkan itulah SAIFUL berani membuat SUMPAH LAKHNAT jika dia memfitnah ANWAR di timpa BALA dari ALLAH. Tapi sehingga kehari ini SAIFUL telah pun menjejakkan kaki ke RUMAH ALLAH DI MAKKAH, malah rupa SAIFUL bertambah jernih jika dilihat dari fotonya di MAKKAH. Tapi cuba lihat ANWAR ... muka makin kelam dia sendiri tak berani nak BERSUMPAH LAKHNAT.

Anonymous said...

Isk isk isk.. tak kan tak tau..
Anwar tu kan 'insan teristimewa anugerah tuhan...
Dia tak perlu bersumpah...
Kenapa?
Kerana dia dah terkecuali daripada semua hukuman dan murka Allah..

Anonymous said...

memfitnah adalah membawa bencana, maka dosanya adalah tersangat besar.... he he he

Anonymous said...

ehh.. saiful difitnah ke??
kate aritu ade gmbar die terbaring.. ehh.. ckp la betol2..

Anonymous said...

Mohon maaf? Baguslah tu tapi saman tetap saman. 2 tahun diambil untuk mengesahkan kebenaran....mustahil dan tak ikhlas. Orang bodoh saja akan percaya alasan tu. Kalau ini dipanggil etika wartawan, sedih dan malu sekali sebab nyata gagal dipermulaan lagi

Anonymous said...

Fitnah tu je korg nampak..bende yg kata saiful diliwat tanpa bukti kukuh korg pecaya pulak bulat2.bagi komen pun bukan dgn hati ikhlas..nampak sangt nak membelasah.baguslah PDO dh mintak maaf sbb siarkan artikel yg dihantar oleh seorg individu tanpa usul periksa.sedar2 lah..bila ckp pasal fitnah ni biarlah jujur.jgn tipu diri sendiri.

Allah telah berfirman: 'Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu'

Anonymous said...

PDO...
Ini ada satu kisah..telah diringkaskan..
Ada seorang hamba Allah telah menfitnah rakan dan dia telah menyesal dan berjumpa rakannya tersebut untuk mohon maaf.. Rakannya itu memaafkannya tetapi bersyarat iaitu diminta beliau datang semula ke esokan harinya bersama 1 guni kekabu. Keesokan dia pun datang dan diminta pergi ke puncak bukit supaya menaburkan kekabu tersebut sehingga diterbangkan angin. Selepas itu dia kembali berjumpa semula rakannya itu dan bertanya mengapa dia disuruh melakukan perbuatan tersebut. Jawap rakanya ialah dia perlu mengutip semula kekabu tersebut barulah dosa fitnahnya dapat diampunkan...

Zek said...

Teman pelik betul dengan anon 31Jan.5.15PM yang meminta Saiful memohon maaf kepada Anwar.

Yang bersalah ialah Anwar bukan Saiful. Yang meliwat Saiful ialah Anwar. Telah terbukti dengan sah dan nyata oleh Pakar DNA.

Bila diminta oleh Nik Aziz kedua-dua untuk bersumpah bagi membuktikan kebenarannya, Saiful tidak bertangguh melakukannya. Tetapi Anwar hingga ke saat ini, belum berani melakukannya. Bukan Anwar tak tahu implikasi sumpahnya sekiranya dia dipihak yang benar.

Jalan mudah untuk menjatuhkan kerajaan BN ialah dengan Anwar melakukan sumpah laknat. Teman yakin dan percaya ramai yang akan menyokong Anwar. Teman pun akan menyokong dia juga kalau terbukti dia di pihak yang benar. Tetapi kenapa tak berani bersumpah. Anwar kata dia terinaya jadi kenapa takut nak bersumpah.

Jalannya sangat mudah tapi takut nak lakukan. Berani kerana benar takut kerana salah.

Walau bagaimana pun teman mengucapkan tahniah kepada PDO kerana akhirnya mengaku bersalah setelah lama membuat penyiasatan terpeinci dan mendapati bahawa Saiful telah difitnah dengan dahsyatnya.

Teman berharap permohonan maaf ini bukan didorong oleh mengelak denda RM 2 juta. Biarlah ia datang dari hati sanubari yang ikhlas kerana Allah melihat hati kita sama.

Danny said...

Hahaha... eloklah tu. ikhlas takpa. tapi kalau atas sebab takut kena pelempang dengan RM2juta itu tak bestlah kannnnn?????? Mungkin itu satu hikmah daripada Allah. DiberiNya ketakutan dengan saman RM2juta membawa kepada keakuran untuk meminta maaf secara terbuka, tak rugi. Gunakanlah hikmah Tuhan itu untuk terus insaf dan bertaubat atas keterlanjuran menurut hawa nafsu dan hasutan syaitan dan pengaruh jahat kaum kerabat iblis bertopengkan manusia dan bertopengkan agama.

Anonymous said...

padan muka hang..buat fitnah lagi malaun PKR n tumPAS ni..Allah jua yg benar..

Anonymous said...

padan la muka PDO..
tu la..dulu masa kes tengah naik..ko bukan main lagi nak fitnah org..nak jadi blog popular kan..ley bawa masuk kubur ke..sekarang bila sah sah benda ni fitnah..ko sesenang cakap minta maaf and tarik balik article..aib yg si saiful tu dok menanggung sapa nak jawab!
tak kisah la kalau ko nak jadi blog muarahan macam blog azwan ali...sbb blog2 picisan macam ni mmg tak dak masa depan.tapi fikir la hak dan maruah org yg yang ko fitnah tuh.kalau tahu article atau mana mana report yg tak sahih tuh...selidik la dulu kalau kena amek 10 tahun pon ko selidik la...baru la ko post kat blog murahan ko ni.!
yang pasti saiful akan terus berjuang untuk hak dia.

*tak pernah plak aku dgr org yg kena liwat tapi ANU dia yg rosak...yg meliwat la anu rosak"sengal betul article ko

Anonymous said...

Sesumpah peliwat tegar tuh kan ade berapa billion?
Kalu takat RM2J apa ade hal?

Cumenya kalau bayar pun & mintak maaf dr setiap org yg diliwati fitenoh2 nuh, tulisan PDO mmg tak leh pakai langsung dah.
Tutup kedai ajelah lagi baik.

Anonymous said...

Yang benar tetap terbukti akhir nya...beringat2 lah dunia ini hanya sementara...

Anonymous said...

alhamdulillah...berani kerana benar...tahniah atas keberanian ini... sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.apa yang harus kita semua sebagai umat islam takutkan ialah semasa menghadapi perbicaraan di mahkamah allah nanti.Semoga kita semua kembali kepada agama islam yang sebenar.Sebagai manusia biasa semua orang ada melakukan kesilapan. Dan yang penting jangan ulangi kesilapan itu...Kebenaran pasti akan datang jua...Bukan sahaja fitnah tapi tulisan yang boleh memecah belahkan perpaduan dan persaudaraan pun di kira berdosa.Harapan moga PDO mohon maaf ini biarlah ikhlas bukan kerana 2 juta tu.

man said...

ala Kalau liwat pun saiful x rela...kalau dah betul dia rela tumbuk jer...la anuar kalau dah Anuar nak liwat apa la anuar tu kurus ja.........adus kalu pompuan aku caya la jugak...sebab kudarat tenaga nak lawan laki...tapi saifool....lelaki mesti lawan mesti ada udang di sebalik Mee....Kalau sapa la lelaki yang kena liwat...jarang ada kes surat khabar kecuali wanita atau kanak2 logik la...ni lelaki sama lelaki...kalau nyah lain la cerita Ko x rela tapi org liwat lawan la kalau org kurus bantai dengan batang penyapu pun jalan....

man said...

Pikir la sendiri... hidup ni wahai kaum adam kalau org pompuan pun sanggup lawan takut dirogol...inikan pula lelaki nak menentang.....liwat plak tu bukan senang nak masuk...kena ada suka sama suka boleh la.......Kalau x suka kalau aku org nak liwat aku dah terajang mampus lain la kalau bagi duit rm 2juta sila lah liwat....liwat la x kisah janji kayooo dunia akhirat.....nanti jawabla sy x fitnah org...tapi pikir2 la kaum lelaki....berani kerana benar hidup ini penuh penipuan dan kepalsuan demi sesuap nasi....janji dapat duit senang di dunia akhirat nanti celakalah kamu.....

Anonymous said...

"PDO...
Ini ada satu kisah..telah diringkaskan..
Ada seorang hamba Allah telah menfitnah rakan dan dia telah menyesal dan berjumpa rakannya tersebut untuk mohon maaf.. Rakannya itu memaafkannya tetapi bersyarat iaitu diminta beliau datang semula ke esokan harinya bersama 1 guni kekabu. Keesokan dia pun datang dan diminta pergi ke puncak bukit supaya menaburkan kekabu tersebut sehingga diterbangkan angin. Selepas itu dia kembali berjumpa semula rakannya itu dan bertanya mengapa dia disuruh melakukan perbuatan tersebut. Jawap rakanya ialah dia perlu mengutip semula kekabu tersebut barulah dosa fitnahnya dapat diampunkan..."

Fuh bisa ayat atas ni...
Aku rasa saiful mungkin akan maafkan..
Hati dia tak sebusuk orang2 yang fitnah dia, hati dia tak sebusuk orang2 yang mentertawa kan dia

To PDO....kalau ikhlas minta maaf pada Saiful&keluarga. Aku berdoa semoga Saiful maafkan
tapi kalau takut sebab kene saman RM 2juta..ko tanggung la dosa 2 tahun sebar fitnah tu. Berbahagia lah dalam api neraka...
Nak buat berita biar ada kredibiliti. Bukan sensasikan berita fitnah...
ape2 pun tahniah pada PDO sebab berani menegakkan yang benar

usin said...

PDO kini dibuka untuk dipayung. payung lama dh lari x cukup tanah. kita sama2 tengok lepas ni PDO condong kemana. kalau lepas ni nampak neutral, lps tu condong ke kanan, kita taulah sapa dh payung. ada sapa2 nk masuk tender? harga buka rm2 juta...hehe (bukan fitnah tau, imaginasi aku je..x betul kot)

Anonymous said...

Yang nyata bernanah dan berbau busuk sekarang ialah MULUT SUMBING DAN CELUPAR para pencacai tegar Anwar. Ternyata mereka lebih dan masih mengutamakan ego dan 'besar kepala' yang tidak bertempat sehingga tidak dapat menerima hakikat permohonan maaf ikhlas dari pihak lain. Sedarlah dan cukup-cukup la wahai semua penyokong taksub Anwar sblum terlembat. Jangan sampai suatu keika nanti korang pula yang terhegeh2 dan terketar2 mengemis meminta maaf.

Anonymous said...

lain kali nak tulis tu pakai otak sikit! jangan main bantai je nak tulis tanpa usul periksa. bodoh nak mampus Pahang Daily Online ni. cuba kalau org fitnah ko mcm tu? bodoh!

Anonymous said...

SEkurang2nya tenaga dan pengandali PDO telah membuktikan bahawa mereka masih beretika dan berhemah. Melakukan kesilapan itu jauh lebih mudah berbanding memohon maaf dan mengakui kesilapan secara terbuka.

Syabas PDO!

Anonymous said...

Salam;

Baguslah PDO mengakui kesilapan artikel memfitnah. Permohonan maaf sudah dibuat bagaimanapun dlm tempoh 2 tahun saiful difitnah, mgkn kesan terhadap dirinya begitu perit sekali. PDO sudah akui, makanya sebaiknya saiful meneruskan samannya agar fitnah tidak akan berleluasa lagi dlm PDO dan kepada blogger yg lain..

Fitnah hukumnya berdosa. Ingat Allah, balasannya maha adil.

Kulaan Niring said...

Salam tuan punya Blog, nah.. 16hb May 2011 satu lagi kejutan telah berlaku. Anuwar diarah untuk membela diri bermula 6hb Jun hingga 3ohb Jun 2011. Semoga selepas ini akan lebih banyak pekara yang terungkai / terjawab. Dan jika segala punca kemelut yg meruntuh dan memecah belah orang melayu terjawab serta Anuwar sebenarnya yang menzalimi diri serta mengkhianati orang melayu mahukah PDo berubah dan menyedarkan kembali mereka-mereka yang terpesong berdasarkan tulisan PDo sebelum ini. Beranikah PDo?.

matz said...

bagi aku.. PDO tarik balik artikel bukan sebab dasar profesionalisme.. tapi sebab takut kena saman 2 juta oleh saiful sebab menfitnah.. tapi PDO kena ingat.. artikel anda yg keluarkan itu telah disebar kan seluruh alam cyber,, fitnah dan dosa anda tetap bertambah sehari ke sehari,..

Pejuang Rakyat said...

PDO dah mintak maaf. Saifool bila lagi?

Aku suka statement tu. Jgn cakaplah ko tak fitnah Anwar, Saifool. Oh ye...orang macam ko mana tahu pahala-dosa. Mana tahu hukum Allah. Mana tahu syurga-neraka. Mana percaya hari kiamat tu ada.

Bukti yang ada pun ko reka2 kan. Bukti yang sahih mengatakan ko tak diliwat, ko buang ke tepi.

Ingat!!! Amaran untuk Saifool. Allah itu ada. Malaikat itu ada. Kiamat itu ada. Akhirat itu ada. Syurga-Neraka itu ada. AMARAN UNTUK SAIFOOL!!!

Komen: Ape la punya bangang punye komen...Wei! PDO fitnah Saiful, bukti takde = Fitnah, mintak maaf setel.

Anwar liwat Saiful, Saiful buat report polis, jumpe doktor, angkat sumpah, jadi saksi, turun naik mahkamah, tunjuk bukti = Bukan Fitnah, die bertanggungjawab dengan apa dituduh!

Anwar bila kantoi liwat ape die buat? lari pergi kedutaan Arab Saud i mintak perlindungan. Bila Pegawai Kedutaan ajak Anwar ke Mekah sumpah depan Kaabah die cabut lari pergi kedutaan Turki (Kawan aku polis yang follow pergerakan die mase tuh), mengelak-mengelak sumpah sampai ke hari ini, tak beri keterangan di Mahkamah cuma gebang kedai kopi aje tanpa relevansi dan bukti kukuh, DNA die jumpe dalam bontot Saiful, muka makin hilang seri, makin macam setan (Harap muka PDO tak macam tuh la yer..) skandal Chinadoll,kawan2 rapat Anwar semua larikan diri dan macam2 lagi musibah akan menimpa...orang buta pun bole nampak siapa benar, siapa salah...melainkan kalau dia ada agenda tersendiri dengan Pak Anu War.

Ptuih!! la ko!

ramu said...

nasib baik mo masih idup boleh mintak maaf.. kalau ko dah mampos, menjawab la ko kat akhirat... ke lubang neraka la ko masuk dulu...


PDO sempena bulan posa ni, bertaubat la, sudah2 la buat fitnah... kali ni Allah bagi ko peluang... lain kali ko mungkin tak akan ada peluang macam ni lagi.. so mampos la ko dalam lubang neraka jahanam,...

nauzubillah..


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter