script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peranan Media Baru, Parti-Parti Pembangkang Di Pahang Wajar Lakukan Sesuatu Jika Benar Ingin Menang Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang !

Selaras dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekarang ini, masih ada pihak yang didapati mengambil acuh tidak acuh soal kepentingan media baru dalam merealisasikan hasrat untuk mencipta kemenangan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Jika ia berlaku kepada parti dalam Barisan Nasional (BN) mungkin tidak menjadi satu kesalahan besar kerana mereka sudah cukup bersedia dengan medium lain untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat sebenarnya. Ini tidak, kepekaan terhadap media baru ini terus dipandang remeh oleh sesetengah pihak terutamanya dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Umum harus ingat bahawa media baru terutamanya blog telah berjaya membawa gelombang "Tsunami Pilihanraya" pda tahun 2008 dulu. Fenomena ini diakui oleh semia pihak baik kerajaan mahu pun pembangkang. Namun anehnya selepas lebih dua tahun berlalu, persediaan terhadap media baru itu masih dianggap tidak penting oleh pihak-pihak terbabit. Di Pahang, parti UMNO BN dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk memperkasakan media baru bila mana mereka berjaya menubuhkan Unit Media Baru UMNO yang dilihat semakin aktif sekarang ini. Biar pun sebelum ini ditegur akibat gagal berfungsi dengan baik, kini mereka sama-sama memeriahkan "perang siber" di alam maya. Kelahiran blog-blog baru seperti pahangku bersaing dengan blog-blog panas pro-kerajaan sebelum ini seperti braveheart, urag drulug, SUP Jerantut sri tribuana dan banyak lagi jels sekali telah mewarnai alam siber itu sendiri.


Memalukan, blog AMK Pahang hampir setahun tidak dikemaskini

pahangku, blog pro UMNO Pahang yang kian popular sekarang ini
Di pihak pembangkang, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dilihat terlebih "advanced" dari yang lain. PAS Pahang mempunyai beberapa laman blog pro-PAS sendiri seperti selamatkanpahang, Al-Mangkaraqi, mutaligat, pahangkini dan banyak lagi. Cuma yang menjadi masalahnya ialah kelemahan jentera "perang siber" dikalangan parti pembangkang lain iaitu PKR dan DAP, dilihat masih ketara sehingga ke hari ini. Bayangkan, laman rasmi PKR Pahang sendiri pun masih menggunakan blog dan bukan website biasa hingga ke hari ini. Tidak difahami apakah PKR Pahang sudah mempunyai atau berjaya menubuhkan Unit ICT (Media Baru) mereka sendiri sekarang. Tinjauan kami mendapati blog PKR Pahang juga tidak aktif dan banyak maklumat tentang aktiviti serta program mereka gagal dipaparkan dengan baik. Paling mengejutkan ialah blog Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang sendiri. Bayangkan selepas hampir setahun (posting terakhir 10 April 2010), blog terbabit tidak dikemaskini langsung hingga sekarang. Sementara itu, blog pro-PKR yang dilihat agak aktif setakat ini ialah wfauzdin, lanaisari (Nizam Hamid) dan semangat lubuk kawah yang dikendalikan oleh Suhaimi Said (PKR Kuala Krau) Bagi DAP Pahang pula, kami gagal mengesan kewujudan mana-mana laman blog mereka yang aktif setakat ini sebenarnya. Oleh itu, semua pihak perlu berani bangkit dari lamunan jika mahu menguasai media baru. Kenapa masih "bermimpi di siang hari" lagi, sedangkan orang lain sudah lama sampai ke bulan?. Apakah beginikah caranya untuk menang pilihanraya?.

[Teguran yang kami buat ini adalah ikhlas bagi memberi kesedaran kepada pihak yang berkenaan agar mengambil berat peranan media baru jika benar mereka ingin menang dalam pilihan raya umum akan datang. Jika tidak, maka harapan untuk membuat perubahan di negeri ini pasti tidak akan tercapai jua akhirnya. Mereka harus sedar bahawa anak-anak muda yang akan menjadi pengundi dalam PRU-13 ini adalah mereka yang gemar kepada media baru. Oleh itu, janganlah bermimpi lagi jika benar mahukan perubahan. Kami juga mendapati masih ramai pemimpin terbabit yang tidak mempunyai laman blog hatta yang bergelar Wakil Rakyat itu sendiri. Mereka marah apabila musuh menyerang, tetapi mereka tidak sediakan senjata untuk kembali menyerang. Akhirnya sudah pasti mereka ini akan terjun bersama labu-labunya. Apapun tahniah diucapkan kepada parti PAS dan UMNO yang kini dilihat begitu cemerlang dalam memperkasakan serta meningkatkan teknik penggunaan media baru itu].
Share:

11 ulasan:

  1. BUKA BLOG BUKAN UNTUK FITNAH TAU NANTI KENA SAMAN

    LEPAS TU TERKETAQ-KETAQ KENA MINTA MAAF

    HEHEHEHE

    BalasPadam
  2. hang nampak ker PDO ketaq kena saman? Apa dah... dulu puak2 UMNO kata PDO tutup.. bila kena saman.. tp dua tahun elok jer bukan mcm biasa... Hang ni x paham main reka2 citer... org suruh buat blog utk paparkan aktiviti pun hang nak lawan... pi buat lar.. apa tunggu lagi.... PDO terus maju dan bergerak maju.. tidak gentar dgn saman2 nii... x payah lah hang dok nak tunjuk hebat sgt... buat apa yg patut.... hehehehe

    BalasPadam
  3. MAMAT SEKOR NI MEROYAN DAH !!!!!!

    KALAU DAH KATA TAK GENTAR SAMAN,,, NAPA MINTA MAAF, LAWANLA

    CIIITTT CAKAP LAWA, TELOQ TERSENTOT

    BalasPadam
  4. anon 1;00 ko ni klau aku kata bahalol ko marah,tapi memang ko ni bahalol,PDO dah beri tahu artikel yg disiarkan sebelum ni tak betul,jadi untuk menegakan kebenaran dia harus memohon maaf itu saja,bukan masahalah takut bangang,

    BalasPadam
  5. Heh! Baru sedar ke PDO? Aku dah lama peratikan benda ni. Tp yelah, aku ni orang biasa. Takde pulak kepakaran dalam bidang IT ni.

    Tapi betul sangat apa yang PDO tulis tu. Mana pergi blog PKR? Mana website PKR?

    Korang jangan ingat korang menang masa tsunami politik 2008 tu akan berulang macam tu aje.

    Dan jangan pulak korang lupa masa tu BN langsung tak ambik peduli pun pasal media alternatif ni. Tp skrg, BN nampak lebih aktif drp pembangkang.

    Korang tengok sendiri yang trend pengundi muda pun dah balik pada BN.

    AMK buat apa? Tido?

    BalasPadam
  6. AMK lagi tidur dek mimpi tentang punggok rindukan bulan kesiangan.

    BalasPadam
  7. sekarang rakyat mesir dah tolak sekular,bila lagi rakyat Malaysia nak tolak sekular, tak sabaq beb..

    BalasPadam
  8. sekarang rakyat mesir dah tolak sekular,bila lagi rakyat Malaysia ini bersatu menentang dan menyahkan pakatan haram yang tak henti-henti membuat onar di bumi Malaysia bertuah ini. Tak sabar rasanya melihat pakatan haram itu kena 'kO' dalam PRU akan datang!

    BalasPadam
  9. Nasihat untuk PKR Pahang.

    Kepada sesiapa yang terlibat secara langsung ataupun tak langsung dengan PKR Pahang, korang kenalah cermin diri tu balik.

    Apa yang korang dah buat untuk meyakinkan rakyat kebanyakkan seperti aku ni bahawa kamu adalah agen yang akan membawa perubahan dalam iklim politik tanahair?

    Apakah dengan memegang jawatan2 utama di dalam parti, maka telah terserlahlah kejayaan reformasi yang dilaungkan 13 tahun dahulu?

    Apakah kamu masih ingat semangat reformasi yang diperjuangkan ataupun masih lagi hingusan yang tak tahu apa2 pasal politik.

    Mana perjuangan rakyat yang korang laungkan dulu?

    Mana keadilan yang ingin diperkasakan?

    Sekarang ni aku lihat kamu semua ni saling tak tumpah seperti UMNO. Cumanya kamu tak dapat mengaut kekayaan negara kerana kunci kekayaan itu masih lagi di tangan UMNO.

    Dan aku rasa andai ditakdirkan pemerintahan negara bertukar tangan, maka peragai kamu semua lebih binatang drp perangai UMNO.

    Apakah ini yang rakyat mahu?

    Dan sekiranya ini berlaku, demi Allah, aku yang selama ini menyokong kuat agenda perubahan dalam PKR ni, akan menjadi penentang utama PKR apabila kamu berkuasa nanti.

    Tenung lah diri sendiri dalam cermin. Apakah agenda rakyat masih menjadi asas perjuangan korang, atau berangan untuk membuncitkan perut sendiri kelak?

    Ikhlas dari Penyokong PKR.

    BalasPadam
  10. No wonder laaaa...
    PKR tu memang sah Parti Kian Runtuh...
    Tahniah PKR...
    Aku tempang gelak sikit la..
    Hahahahaha...!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Bayi Yang Lahir Di Negeri Pahang Hari Ini Dapat Nombor MyKid Cantik 26062606xxxx, Bertuah Jatuh Pada Hari Asyura 10 Muharam

PETALING JAYA: Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian peng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.