pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Rakyat Pahang: Penduduk Dekat Taman Setia Jasa Temerloh Kecewa Bekalan Air Yang Terputus Sejak Sebulan Lalu Masih Tidak Dapat Dipulihkan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH, 28 Mac - Penduduk Taman Setia Jasa dekat sini mengadakan demontrasi aman bagi melahirkan kekecewaan mereka akibat terputus bekal...
TEMERLOH, 28 Mac - Penduduk Taman Setia Jasa dekat sini mengadakan demontrasi aman bagi melahirkan kekecewaan mereka akibat terputus bekalan air sejak sebulan yang lalu. Mereka meletakkan berbagai sepanduk dan kain rentang bagi menzahirkan protes tersebut. Antara kain rentang yang dipaparkan berbunyi "Mana Menteri, Mana Ahli Parlimen, Mana Wakil Rakyat, Mana Air", "Jurutera Air Daerah Temerloh, Anda Gagal, Sila Undur Segera", "Kalau Begini Keadaannya, Jangan Harap Dapat Undi, Pecat JD Air" dan "1Malaysia, Rakyat Diutamakan, Mana Air Paip Kami, Dah Mati Baru Ada Air". Apa yang menarik dalam kes ini ialah, kerajaan UMNO BN baru sahaja menjanjikan berbagai-bagai janji semasa Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, termasuk menaiktaraf kemudahan bekalan air kepada sebahagian penduduk di situ. Maknanya penduduk terbabit mendapat perhatian hanya ketika pilihanraya, bagaimana pula mereka yang berada di sini agaknya?.

Sebahagian daripada penduduk yang turut turun berdemo isu air tersebut

Bukti, inilah kain rentang yang digantung bagi menyatakan bantahan itu
[Kawasan itu terletak bersebelahan dengan kawasan Temerloh sebenarnya, maknanya rakyat Kerdau ddapat kemudahan bekalan air tetapi mereka yang di kawasan itu pula menglami azab sengsara akibat terputusnya bekalan air. Banyak tempat sudah diadukan namun setakt ini tidak ada sebarang maklum balas positif daripada mereka yang terbabit. Justeru itu, diharapkan pihak berkenaan dapat turun padang dengan segera bagi menangani masalah ini. Tempoh sebulan adalah terlalu lama sebenarnya. Bayangkan bagi mereka yang mempunyai anak ramai dan mahu mengadakan majlis kenduri kendara, sudah pastilah akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar sebenarnya. Justeru itu, pihak atasan tolonglah turun padang bagi menyelesaikan masalah penduduk di Taman Setia Jasa ini dengan kadar segera. Foto dipetik dari blog selamatkanpahang. Jika anda ada masalah rakyat di tempat anda, sila emailkan info serta gambar dan hantar ke pahangdaily@yahoo.com ].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Monday, March 28, 2011 11:32:00 PM

Ooooo x ada air ke. Awat jadi lagu tu. Cuba tinjau ada masalah then buat cadangan untuk atasi masalah tu
Pastu jeng jeng kita tenguk sapa dapat projek tu, hahhaha
Silap silap untung atas angin aja
SEDAR LAH WAHAI PENGUNDI

Anonymous said... Tuesday, March 29, 2011 12:02:00 AM

kawan koi kat Tmn Bukit Bendera dah 5 hari takde air.......JBA PAHANG TIDUR

Anonymous said... Tuesday, March 29, 2011 12:16:00 AM

kawasan mentakab dh hari ke 5 takde air, nk meniaga pun susah...rumah dekat bukit bendera pun takde air juga...dekat rumah takde air, dekat kedai takde air, 5 hari dah...pening2...

Anonymous said... Tuesday, March 29, 2011 12:23:00 AM

Jangan sampai rakyat doakan YB mati ........baru dpt perhatian......baru dapat air..........MANA YB ???

Anonymous said... Tuesday, March 29, 2011 12:28:00 AM

Mana YB Parlimen TEMERLOH Datuk SAIFUDIN????.......Mana YB DUN MENTAKAB Datuk Chuah????........masa ni la kome sume perlukan khidmat kamu !!!!!

Anonymous said... Tuesday, March 29, 2011 9:35:00 AM

ada keluar tv ke.. masalah ni.. kalau tak ada maknanya masalah ni tak penting dan tak diutamakan. Tapi kalau masalah ni berlaku di selangor, peneng, kedah atau kelantan ia akan menjadi penting dan diutamakan... maka akan keluarlah di tv3, tv2, tv1 dan ......

Anonymous said... Tuesday, March 29, 2011 9:46:00 AM

padan muka aok smeee undi lg BN...

musang said... Tuesday, March 29, 2011 9:49:00 AM

kalau aok smee nok bekalan air tak terputus aok kena duduk kat umoh MB dan jiran-jiran hok yang ada kedudukan baru la aok smee x dok masalah bekalan air terputus... kalau tok percaya aok pergi la tanya org beloh sana hok yang tinggal berhampiran umoh MB....

Anonymous said... Tuesday, March 29, 2011 3:34:00 PM

BN duk gatal nk untung banyak je... nk bekalkn air pahang kt selangor.. Bt kt pahang xuntung kot..

Anonymous said... Tuesday, March 29, 2011 3:52:00 PM

mane yb x turun padang ke?????harap2 yb yg x trun pdg tu cpt mampos,sbb kalau mampus,yb baru akan turun padang..

sudinn said... Tuesday, March 29, 2011 8:35:00 PM

all pengundi bn diminta sabo sabo mamanyak, menteri bn dan adun yg menang baru baru ni sebok poi berjanji kat sarawak pulak, after 16 april baru depa balik mai tengok mana janji yang boleh kelentong lagieee. ok., bawak besabo sabo sabo. idop bn

Anonymous said... Tuesday, March 29, 2011 8:37:00 PM

padan muko org temerloh yang sokong kuat umno...hadiah 1 malaysia...hehehehhe

Anonymous said... Wednesday, March 30, 2011 3:24:00 PM

undi lah awk bn lagi..hahah..undi jgn x undi..

Anonymous said... Wednesday, March 30, 2011 9:40:00 PM

kalau undi pas pun paip dah nak pecah nak buat mcmana. tu baru Allah nak duga sejauh mana iman dan kesabaran seseorang..

Anonymous said... Thursday, March 31, 2011 12:24:00 PM

Itu baru lima hari, tempat aku dah bertahun-tahun tak ada air. Penduduknya tetap undi BN. Mungkin kalau esok kena halau negeri baru berhenti undi BN. Beginilah bodohnya manusia yang berbangsa Melayau ini. Mudah lupa. Melayu mudah lupa. mudah dikelentong, mudah dipujuk denhgan janji, mudah digula-gulakan. Padan muka kaorang sume.

Anonymous said... Thursday, March 31, 2011 12:25:00 PM

Top