Sambung Rumah Haram Kerana Tiada Kelulusan
“Kebanyakan pemilik kediaman tidak menyedari bahawa keperluan anjakan dua meter bertujuan untuk melindungi pemilik dan jiran sekiranya berlaku kebakaran bagi mengelakkan api merebak ke rumah sebelah. “Pemilik juga akan menghadapi masalah tuntutan insurans sekiranya berlaku kebakaran,” katanya. Menurut Haslinda, MPK telah memberi tempoh mencukupi kepada pemilik kediaman tersebut untuk membuka sambungan rumah serta mengeluarkan Arahan Roboh pada 30 September 2010 disusuli Arahan Roboh kedua pada 13 Oktober 2010. “Bagaimanapun, atas budi bicara pihak MPK melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat telah memberikan tempoh selama tiga bulan ke atas rayuan pemilik kediaman untuk merobohkan sendiri sambungan tersebut,” katanya. Walaupun telah berkali-kali diberi peluang, namun pemilik kediaman tetap berdegil serta tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan. “Kedegilan pemilik kediaman memaksa kami mengeluarkan Notis Masuk Meroboh 24 jam pada 28 Mac lalu. “Sekiranya tempoh lanjutan selama seminggu ini masih tidak diendahkan, kami akan meneruskan operasi meroboh tanpa memberi sebarang notis lagi,” katanya.Premis Haram Atas Tanah TOL Kenapa Dibiarkan
Kita ucapkan syabas dan tahniah kerana MPK begitu cemerlang untuk melaksanakan undang-undang dalam isu-isu berkaitan dengan pembinaan dan penyambungan haram. Malah, jika ia melibatkan premis atau tanah sendiri pun dikira sebagai haram. Maka, bagaimana pula dengan isu pencerobohan tanah haram (rizab surau) di Taman Atabara Perdana ini (foto). Biarpun kes tersebut sudah disiarkan dalam hampir semua media arus perdana termasuk TV3, RTM dan lain-lainnya. Namun hingga kini pihak terbabit masih menyepi tanpa berita. Bantahan sudah beberapa kali dilakukan hingga ke peringkat yang tertinggi, namun bangunan haram terbabit masih terus kekal berdiri megah di lokasi berkenaan. Difahamkan, sebelum ini sudah ada kata putus agar pemilik premis tidak berniaga di situ dan bangunan tersebut akan dirobohkan, namun semuanya hanya tinggal janji oleh pihak yang berkenaan. Premis tersebut masih gagah berdiri dan difahamkan pemilik telah membuat rayuan untuk menyambung semula operasi perniagaannya setelah mendapat kembali kelulusan melalui "orang dalam" beliau di jabatan yang berkaitan. Akhirnya premis haram yang didirikan atas tanah tol itu tidak dirobohkan oleh mana-mana pihak termasuk MPK sendiri. Malahan perkara ini sudah bertahun-tahun dibantah oleh penduduk di taman terbabit sebenarnya.[Maka disini, apakah MPK mengikut undang-undang dalam hal ini. Premis terbabit jelas sekalu berstatus bangunan kekal yang didirikan atas tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL). Sudah semestinya ia salah dari segi pengunaan syarat tanah terbabit termasuk undang-undang dan peraturan MPK itu sendiri. Soalnya kenapa MPK menyepi tanpa berita tetapi dalam kes rakyat membina atau menyambung rumah atas tanah sendiri mereka beriya-iya mahu merobohkan pula. Apakah ini cara kerja pihak terbabit? Jangan sampai rakyat marah dan memberontak yang mana akhirnya kerajaan akan dipersalahkan. Justeru itu, MPK diminta tidak terlalu menunjukkan "taring" mereka kepada rakyat yang lemah. Rakyat membayar berbagai cukai ke kantung Majlis Tempatan itu. Maka jika mahu bertegas, buatlah kerana Allah, jujur dan ikhlas. Ini tidak, ada "orang dalam OK" tetapi bila tiada orang dalam, kita jadi mangsa].













0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment