Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) digesa bertindak segera dan mengambil perhatian serius terhadap keputusan kerajaan negeri pimpinannya yang memberi kelulusan pembinaan sebuah pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Kelulusan yang diberikan itu wajar dibatalkan segera kerana Adnan harus menerima hakikat bahawa kewujudannya bakal mengundang bencana yang lebih besar selepas ini. Apa yang amat ditakuti oleh rakyat pasti menjadi kenyataan suatu hari nanti, mungkin ketika itu Adnan sudah tidak lagi bergelar Menteri Besar. Oleh itu, beliau tidak perlu rakus untuk menarik pelabur sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial kepada rakyat. Sebelum ini, rakyat Pahang telah dikecohkan dengan isu penggunaan bahan kimia berbahaya di sebuah lombong emas dekat Raub. Kini ia berlaku lagi, dan apakah Kerajaan Negeri Pahang tidak peka akan perkara ini agaknya?. Apakah Adnan mahu melihat banyak risiko nyawa terkorban akibat kerakusannya mengejar keuntungan semata-mata? Inilah yang perlu difikirkan sebenarnya. Soalnya kenapa Adnan mendiamkan diri dalam hal ini. Sedangkan beliau tahu projek itu memang cukup berbahaya.
Malah, pada tahun 2007 dulu Kerajaan Negeri Terengganu (jiran Pahang) telah menolak cadangan pembinaan projek serupa itu di sana. Bahkan, bahaya nadir bumi ini pernah menggemparkan negara ketika tragedi yang menimpa penduduk-penduduk di Bukit Merah, Perak sekitar tahun 1982-87 dulu. Maka itu, apakah kewajaran Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob meneruskan projek ini agaknya?. Apakah ada dikalangan mereka sudah mendapat komisyen atau bayaran pendahuluan yang dijanjikan, maka kini takut melanggar perjanjian jika projek ini dibatalkan. Rakyat perlu tahu pendirian Adnan Yaakob sekarang.
MB Adnan Yaakob Di Gesa Mendahulukan Rakyat
Malah tindakan membisu Adnan berhubung projek bernilai RM700 juta itu. jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Lebih membimbangkan projek pemprosesan tanah jarang itu tidak memerlukan penilaian kesan alam sekitar lengkap. Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita. Oleh itu tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka. Malah difahamkan syarikat terbabit juga ada menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi. Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan. Sebagai Menteri Besar, Adnan sepatutnya perlu faham untuk jangka panjang, pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan. Pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser , keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum. Kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu. Terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga. Makanya, adakah kerajaan UMNO BN di Pahang sanggup mengorbankan rakyat demi keuntungan duniawi semata-mata?.
[Ramai yang belum pernah mendengar tentang ‘rare earth’, apatah lagi akibat buruk yang boleh datang daripadanya. Pemprosesan ‘rare earth’ menghasilkan sisa radioaktif dan sisa radioaktif ini amat berbahaya bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh ekosistem. Ramai yang telah meninggal dunia akibat pendedahan kepada sisa-sisa radioaktif leukemia, kanser, kelahiran bayi cacat dan sebagainya. Sejarah mungkin bakal mengulang. Sebuah syarikat Australia kini membina kilang memproses ‘rare earth’ di Kawasan Perindustrian Gebeng yang terletak di Kuantan, Pahang ini. Pemprosesan ‘rare earth’ ini dikhuatiri akan mencemari sumber air dan seterusnya mengakibatkan kejadian seperti di Bukit Merah, Perak. Kesan jangkamasa panjang yang akan diakibatkan amatlah ketara kerana sisa radioaktif tidak mudah reput. Sila print flyers berkaitan untuk diedarkan di kawasan berhampiran anda !!].
Malah, pada tahun 2007 dulu Kerajaan Negeri Terengganu (jiran Pahang) telah menolak cadangan pembinaan projek serupa itu di sana. Bahkan, bahaya nadir bumi ini pernah menggemparkan negara ketika tragedi yang menimpa penduduk-penduduk di Bukit Merah, Perak sekitar tahun 1982-87 dulu. Maka itu, apakah kewajaran Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob meneruskan projek ini agaknya?. Apakah ada dikalangan mereka sudah mendapat komisyen atau bayaran pendahuluan yang dijanjikan, maka kini takut melanggar perjanjian jika projek ini dibatalkan. Rakyat perlu tahu pendirian Adnan Yaakob sekarang.
MB Adnan Yaakob Di Gesa Mendahulukan Rakyat
[Ramai yang belum pernah mendengar tentang ‘rare earth’, apatah lagi akibat buruk yang boleh datang daripadanya. Pemprosesan ‘rare earth’ menghasilkan sisa radioaktif dan sisa radioaktif ini amat berbahaya bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh ekosistem. Ramai yang telah meninggal dunia akibat pendedahan kepada sisa-sisa radioaktif leukemia, kanser, kelahiran bayi cacat dan sebagainya. Sejarah mungkin bakal mengulang. Sebuah syarikat Australia kini membina kilang memproses ‘rare earth’ di Kawasan Perindustrian Gebeng yang terletak di Kuantan, Pahang ini. Pemprosesan ‘rare earth’ ini dikhuatiri akan mencemari sumber air dan seterusnya mengakibatkan kejadian seperti di Bukit Merah, Perak. Kesan jangkamasa panjang yang akan diakibatkan amatlah ketara kerana sisa radioaktif tidak mudah reput. Sila print flyers berkaitan untuk diedarkan di kawasan berhampiran anda !!].







Rakyat didahulukan. Menteri besar kita kan 'bijak'. Paling bijak antara MB-MB di Malaysia.
BalasPadamtak de mende wei! negeri pahang besar kang! dapat gak hasil! pangkah jgn tak pangkah!
BalasPadambetullah rakyat didahulukan ....dulu masuk spital atau kubur...ke guane?
BalasPadamPahang No 1, Pahang hebat kang!
BalasPadam