KUALA LUMPUR, 29 Mac - Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah (foto) mengumumkan perletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa. Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Arman berkata, keputusan itu dibuat atas dasar peribadi dan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak serta kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Perkasa. "Saya tidak kecewa atau disunting mana-mana parti tetapi ingin memberi peluang kepada generasi baru untuk membawa Perkasa melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya. Menurutnya, tindakan untuk mengundurkan diri itu dibuat atas dasar prinsip peribadinya iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. "Kalau kita tengok senario di negara pada hari ini, apa saja perubahan yang ingin dilakukan harus memerlukan kesungguhan dalam keputusan politik. "Walaupun Perkasa merupakan badan pendesak terbesar untuk memartabatkan agenda agama, bangsa dan negara, ia memerlukan 'political will'. Dalam erti kata ini, saya ingin melangkah lebih jauh dengan berpegang kepada prinsip saya iaitu perjuangan dari segi politik," jelasnya yang memegang jawatan Ketua Wira Perkasa selama dua setengah tahun. mstar
[Arman memberitahu, beliau belum berundur daripada UMNO tetapi akan melihat mana-mana parti politik yang akan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai prinsip perjuangannya. "Saya tidak cakap akan menyertai mana-mana parti politik tetapi saya akan melihat dan mengkaji parti yang memperjuangkan prinsip saya. Hanya dengan kuasa politik saja, kita dapat memastikan kuasa, hak dan martabat bumiputera khususnya dikekalkan. "Walaupun saya dilihat berada di Stadium Melawati untuk mendengar caramah tentang fitnah kedua, itu menunjukkan saya terbuka untuk mendengar apa yang disuarakan kedua-dua pihak," tambahnya. Terdapat kemungkinan Arman akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Apakah dakwaan itu benar atau sebaliknya. Sama-sama kita tunggu seterusnya].






Trojan horse...
BalasPadamDuduklah dalam umngok baik2. Tak perlu hijrah ke PR jika penghijrahan kamu tu menimbulkan massalah kepada PR.
BalasPadamsumua itu lakonan umngok jer, kalau nak huru hara PR ambillah Liabiliti ini, aku pasti mangkuk ayun ini akan belot mcm ketua katak dia
BalasPadammuka ni tak leh caya. tengok songkok tinggi pun dah tahu karat umno tulin
BalasPadamxkanla nk masuk PR...klu masuk PR mana blh masyuk...xblh caya org cmni..
BalasPadammasuk pr ok gak,tapi wa harap jgn laa pas ka or pkr ka or even dap.
BalasPadamRasanya beliau sepeti Ibrahim Ali jua..mengambil kelebihan pd parti yg sudi menerimanya..UMNO dirasainya akan kalah maka PKR adalah talian hayatnya..suasana jual-beli akan berjalan seperti YB DAP perak dan YB PKR...mana mungkin hidup susah jika sudah biasa menjadi org berpengaruh dan ada puak penyokongnya..
BalasPadam2x5,5x2 serope zulkipli mangkuk jamban yang kat kulim bandar baru he...he....he.kalau dah pekat bangsa abis la....
BalasPadam