pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas: Terbukti MB Pahang Tergamak Perjudikan Nasib Rakyat Untuk Keuntungan Sama-Mata Bila Dia Sokong Pembinaan Kilang Rare Earth Gebeng
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BENTONG 31 Mac – Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan baha...

BENTONG 31 Mac – Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar. Katanya, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu. "Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini. Terdahulu, beliau dan semua pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri diberikan taklimat kali kedua daripada LPTA dan pakar tenaga atom yang diketuai Ketua Pengarah LPTA, Menurut Adnan, sebelum meluluskan permohonan daripada syarikat berkenaan pada tahun lepas, ia telah melalui beberapa proses yang ketat dan membabitkan beberapa badan teknikal daripada LPTA dan pihak-pihak yang berkaitan dengan nuklear. Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan. "Kita berharap penduduk terutamanya di Kuantan tidak merasa panik atau gusar apabila kilang itu yang dijangka beroperasi pada September ini kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut tetapi air itu akan dikitar semula,” katanya lagi.

Pemuda UMNO juga bantah projek ini. Kenapa MB tuduh pembangkang?

[Semalam, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia itu. Mereka yang mendakwa terdirinya daripada beberapa penduduk sekitar Kuantan dan aktivis termasuk dari badan-badan bukan kerajaan bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi kelak. Masalahnya, kenapa Adnan dan kuncu-kuncunya tiba-tiba menyokong penuh projek tersebut. Mudah untuk kita mencari alasannya. Sudah pasti CEO Lynas Corporation sudah bertemu dengan MB sejak awal-awal lagi untuk berbincang perkara ini. Sokonga MB tidak akan terpalit atas paper work projek tersebut jika "fail nipis". Inilah yang banyak berlaku dalam projek-projek lain sebelum ini. Kebanyakkan tandatangan MB berharga puluhan ribu ringgit. Maka dengan kos RM700 juta, rakyat sebenarnya sudah boleh agak berapa harga "sokongan penuh MB" itu. Justeru itu, tidak perlulah rakyat merintih mengharap simpati mereka ini lagi. Sokongan penuh bermakna dan mana mungkin mahu ditolak. Namun, sedarkah Adnan yang kesannya bukan sekarang tetapi dua atau tiga puluh tahun lagi. Masa itu Adnan bukan lagi MB Pahang dan mungkin salah seorang mangsa yang terkena radioaktif itu jika dia masih tinggal di Kuantan. Ternyata Kerajaan Negeri Pahang lebih mengutamakan keuntungan semata-mata dan sanggup memperjudikan nasib rakyat. Apakah rakyat masih mahu terus berdiam diri dalam pilihanraya umum akan datang?. Sila nafikan undi anda kepada BN supaya mereka itu sedar!].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, April 01, 2011 10:20:00 AM

Menteri besar pahang xblh pakai dh.. Dlm dewan blh tunjuk simbol lucah.. Tahap 2 la menteliti menteri besar kita ni..

Maknanya akhlak dh lemah, iman dh kuring.. org2 alim xbt keja cm ni.. Betul la pesanan dr Nabi kita, akhir zaman ni org y keji akan dihormati..

 
Top