script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Gempar: Pengarah Pilihan Raya PKR Dedah Najib Bakal Bubarkan Parlimen "Selepas Bentang" Dan Sebelum "Ketua Pembangkang Bahas" Bajet 2012!

PEKAN, 22 Sept - Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Zaidi Ahmad (foto) mengejutkan ramai pihak bila dia mendedahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan besar akan membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat ini. Ia berdasarkan kepada senario semasa tentang beberapa isu panas yang dibangkitkan dan juga beberapa pertemuan sulit antara Najib dengan pihak-pihak tertentu dalam Parlimen Pekan untuk membincangkan strategi pilihanraya mutakhir ini. Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Markaz PAS, Felda Chini 3 dekat sini malam tadi. "Saya mendapat ilham ini menerusi Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia sendiri", katanya. Beliau turut menegaskan, bahawa pembubaran parlimen kemungkinan besar akan dibuat selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Najib tidak lama lagi. "Najib dijangka akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober. Biasanya selepas ini Ketua Pembangkang akan diberi ruang yang luas untuk membahaskan bajet tersebut. Tapi, 7 Oktober jatuh pada hari Jumaat dan Anwar (Ketua Pembangkang) pasti akan membahaskannya pada hari Isnin 10 Oktober. Maka, Anwar tidak sempat untuk bahaskan bajet itu kerana Najib akan umumkan pembubaran parlimen pada hari tersebut", kata beliau. Beliau turut yakin dan menegaskan selepas itu SPR diberi tempoh 60 hari untuk menetapkan hari pencalonan dan pengundian Pilihanraya Umum ke-13. "SPR kemungkinan besar akan tetapkan 29 Oktober sebagai hari penamaan calon dan pengundian biasanya 9 atau 10 hari selepas itu. Tapi memandangkan tempoh itu begitu hampir dengan Hari Raya Aidil Adha maka mungkin akan dianjakkan seminggu dua selepas itu. Dalam tempoh itu difahamkan Najib dan Rosmah akan tunaikan fardhu haji di Mekah. Media akan "cover" berita itu seluas-luasnya bagi menagih simpati rakyat terutamaya orang Melayu Islam. Kononnya mereka sudah insaf dann rakyat mesti undi BN. Maknya sekitar pertengahan atau hujung bulan November pilihanraya pasti dijalankan", kata beliau lagi.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dalam ceramah malam
taditermasuk Chegubard, Razali Alias, Jeffri dan Wak Sarjuni (PAS)

[Kenyataan beliau itu mengejutkan ramai pihak yang mendengar ceramah tersebut. Mereka hairan bagaimana beliau boleh tahu maklumat tersebut sedangkan ia adalah sulit. Namun menurutu Zaidi, jika Najib tidak berani adakan pilihanraya pada tempoh yang beliau nyatakan maka kemungkinan besar ia akan diadakan pada awal tahun 2012 nanti. Namun, kenyataan yang dibuat oleh beliau itu sebenarnya bukanlah ilham dari mana-mana pihak. Cuma ia mungkin bersumberkan kepada maklumat yang boleh dipercayai. Melihat kepada senario politik hari ini, ia memungkin juga apa yang dikata. Cuma ramai yang menjangka Najib akan adakan pilihanraya umum pada tarikh keramat yang diminatinya iaitu 11 November 2011 (11.11.11). Apakah telahan itu benar?. Maklumat diterima ramai petugas pilihanraya SPR kini sudah menerima surat tawaran dan pengesahan lokasi pusat mengundi yang perlu dijaga oleh mereka. Biasanya, jika surat sudah dikeluarkan maka ia akan menjurus kepada pilihanraya dalam tempoh terdekat. Tidak mungkin ia dianjakkan terlalu jauh dari sekarang. Apapun semua pihak diminta bersedia dengan apa jua kemungkinan yang berlaku].
Share:

28 ulasan:

  1. Koi dah agak dah. Koi orang Pekan.Tapi pekan sehari.Dulu koi gi jual karpet, sejadah guna MOTOR CG 125..Ikat kat belakang tapi sekarang dah boleh ngundi. Bukan ngundi PRU13 tapi ngundi main kutu duit bulan-bulan.Ngat nak ngundi bulan lah. Koi tidak dilahirkan untuk takut.Hantu bonceng...?. takuut. Mahkamah,,?. Lagi takuut..

    BalasPadam
  2. Tak kesah lah bila nak pilihanraya,yang pasti kalau kau orang nak menang kau orang kena kerja kuat.Langkah pertama kau org kena tendang Anwar dan Mat Sapu.Kedua makhluk ini lah yg menjadikan imeg PKR dan Pas buruk di pandagan orang Melayu.Dekat pilihanraya nanti,akan bertebaranlah video sex Anwar dan audio vido asmaradana antara Mat Sapu dgn si Normah tu.Yang tak percaya pada dua benda tu hanya penyokong taksub Anwar dan Mat Sapu tapi geng yg tak sokong Mat Sapu dalam Pas kau org kena ingat 2/3 jumlahnya,mereka ni pulak tahu sangat lengok dan gaya bercakap Mat Sapu,memang sebiji macam dalam audio tu.Mereka kata Ust.Nasa lebih bersih dari Mat Sapu,aku pun kata macam tu.

    Pilihanraya dulu, keluarga aku 100%undi Pas dan PKR,tapi tahun ni.berpecah 50:50 atau 30;70,ramai yg ikut aku undi BN mungkin.

    BalasPadam
  3. jaga-jaga membuat andaian...takut-takut menjadi fitnah...kita doa kepada Allah semoga perancangan Allah yang terbaik buat kita...

    BalasPadam
  4. Nik Aziz minta Najib tarik balik bantahan hudud yg di buat oleh Mahahtir dulu.Ini lah gaya orang poltik,walau pun bergelar TG. Betul ke Pok Nik nak buat hudud sekarang ni,bukan ke Pas ndah tukar pada Negara Berkebajikan?.Kalau aku jadi Najib,aku dah respon serta merta ,tarik je bantahan tu,kalau masih terpakai,atau katakan saja 'saya belum bantah,yg bantah dulu Mahathir,'tengok Pok Nik nak buat macam mana .Kemudian aku nak tengok pula respon dari DAP,nanti akan kelihatan lakunan dan hipokrasi dikalangan mereka ni.

    Melayu dan Islam porak peranda kerana perangai orang politik.TG ke bukan TG 2X5.

    BalasPadam
  5. anon 12:07,

    pegi mati la ko nak undi BN ke ape ke..yg pasti ko hanya la org melayu, pecacai UMNO yg duduk kt kampung2, yg jual maruah diri dgn gula2 parti barua British....

    kesin dgn ko...ditipu 50 tahun oleh parti barua british pun masih nak undi lagi...Melayu ape mcm tu..? Melayu haprak !

    nak ckp panjang2 dgn ko pun buat bazir masa je sb ko xkan paham...


    kat anon 12:56,

    oiit mangkuk, sape yg pegang negara ni..? org cina DAP ke..? kan UMNO, parti barua british yg pegang...

    Melayu dan Islam, tp kenapa tak boleh implement Hudud tu....Bukan PAS yg pegang federal power...

    berhujah tu biar btol sket brader...jgn nak tunjuk bangang je...

    BalasPadam
  6. anoa 2:24:00,

    Memang bodoh bin bangang kau ni,kenyataan ketua parti sendiri pun tak tahu.Pok Nik dulu nak minta jalan hudud di Kelantan tapi tak boleh ,dia salahkan Mahahtir bantah ,sebab dia nak pertahankan Karpal Singh sebenarnya.Sekarang Mahahtir kata,dia dah tak ada Pok Nik bolehlah jalankan Hudud.Jadi sekarang Pok Nik cabar pulak Najib supaya biarkan dia buat hudud di Kelantan tu. Kalau aku biarkan saja,Pok Nik bersandiwara.DAP memang bukan kerajaan,tapi di partner PAS,di mana setakat ini aku tengok Pas memang patuh pada kehendak DAP.Kalau tidak masakan Negara Islam bertukar jadi Negar Berkebajikan.Dulu bermati-matian kata Negara Islam wajib,walau pun banyak orang berhujah Negara Islam tak ada di sebut dalam al Quraan.Sekarang bila dah bersama DAP dan parti Wak Sodo,tup,tup hilang Negara Islam.Pas nak tutup pusat hiburan bulan puasa pun bila di bantah DAP ,semuanya tak jadi..Kalau macam tu boleh ke Pok Nik buat hukum hudud di Kelantan.?.Sandiwara je lah tu.

    BalasPadam
  7. Sapa kata aku di tipu oleh BN?.Sebenarnya aku di tipu oleh Wak Sodo,kerana mempercayai beliau dan selama ini mengundi parti beliau.Sekarang aku sudah tahu betul siapa Wak Sodo,jadi dia tak boleh tipu aku lagi.Jadi aku sekarang nak undi BN,nak wat macam mana,nak undi Pas,Pas pun bersama Wak Sodo+DAP,lagi pun Pas punya TP 2X5 Wak Sodo.

    Mana ada oarang Melayu bukan orang kampung.Aku memang orang kampung,tapi aku dok kat bandar,bandar ya aku duduk ni lebih besar dari bandar yg kamu duduk tu.Rata-rata orang dalam bandar tempat aku ni dah mula mempersoalkan kewibawaan PR.Kalau tak percaya tunggu pilihanraya.

    Kebetulan aku baru memulakan business baru,buat canopy(aku buat dari a-z),sewa canopy dan peralatan utk event,permintaan utk itu tak cukup tangan utk aku sediakan selepas bulan puasa ni.Bila kesana kemari memenuhi kehendak pelanggan,aku tanpa segan silu berbicara pasal politik,pasal Wak Sodo dan pasal perubahan Pas kebelakangan ini dgn mereka .90% bersetuju dan dah mula mempersoalkan Pas terutamanya.Pelanggan aku disekitar Rawang,Cheras,S.Alam ,PJ dan Kelang.

    BalasPadam
  8. Heh tolong sikit mamat yang amno tu ko sorang jer yang sokong, haa ini orang Rawang lebih tahu perkembangan, 35 orang kawan aku dari Amno dah berpaling tadah jumpa aku kat kedai dolah minta borang PAS minggu sudah, seorang dari dia orang orang kdn, 2 orang lagi orang majlis mps orang cerdik tu bukan bangang macam ko, isu nya 1. najib mahathir sama watak, konspirasi nak iniaya anwar.
    2. Kenaikan barangan terutama makanan
    3. Isu pendaftaran asing yang dah dapat ic, jadi warga negara, dan boleh mengundi
    4. Isu bini najib memiliki kemewahan yang melampau dan kontrol laki.
    5. Isu takrif letrik, minyak, gas dapur.
    6. kejatuhan nilai wang, tu pasal semua melambung, aku tak tahu hal ini dia orang yang diskus.
    Aku berani cabar ko, dari sokongan melayu kepada BN setakat ini, memang BN tak akan dapat rampas selangor. Cina india memang stay on cakap lah apa pun dia akan kata olang cina lu tak payah celita. masalah besar kepada pakatan satu saja PENDATANG HARAM YANG MEMILIKI IC DAN DAPAT WARGANEGARA DAN AKAN MENGUNDI BN, Kawasan majoriti 2000 kebawah mudah BN nak top up, ini sahaja yang korang boleh harap yang lain2 tu korang boleh setakat sembang je ler. Family aku saja 13 beradik dah konfim tak berubah punya 2008 2011, 2012.

    BalasPadam
  9. Ada yang kata : dia orang nak kaya-kaya lah,tapi yg penting saya nampak orang Melayu lebih selamat di bawah Umno.

    Ini kata-kata yg aku dengar sendiri buka rekaan.Cakap orang Selangor dari Pulau Indah.

    Bini Najib memang ramai orang Umno pun menyampah,tapi itu kemudian akan di selesaikan.Bagi Umno menang dulu,nanti masa pemilihan Mahyuddin akan di naikan oleh perwakilan.

    Issu lain yg kau tulis tu,tak jadi hal IC utk pendatang tu,bukan perkara baru.Isu tu masa Anwar dalam Umno pun dia buat kerja kat Sabah dgn Khalil.Lepas tu Umno menang juga berturut-turut.

    Harga barang,seluruh dunia menghadapinya.

    Kejatuhan nilai wang pun kau tak tahu,alahai apa lah kau ni.Yang jatuh nilai tu US dollar semua harga komoditi meningkat kerananya,terutamanya minyak.Tapi nilai ringgit naik,jadi sepatutnya harga barang import ,menurun.Sekarang yg tidak menurunkan harga barang import ialah gulungan peniaga,bukan kerja kerajaan,kau tak faham ke?.Gulungan pengimport ni kebanyakannya kawan kau orang lah sejenis DAP tu.

    Issu no 5 kau tu semua berpunca dari kenaikan harga komoditi yg berpunca dari kejatuhan nilai dollar,jadi kau nak salahkan siapa,kerajaan?.Orang bengong memang semuanya akan salahkan kerajaan.Tapi dalam hal ini orang kampung yg menoreh getah dan tanam kelapa sawit untung,pendapatan mereka melambung.Mereka ni memang tak ada peluang Pakatan nak tangkap.Geng Felda tu masa ni je bising,kemudain nanti semua selesai.

    Sekarang orang bandar pun dah di sediakan kedai 1 Malaysia oleh BN.Kedai ni sudah mendapat kemarahan dari geng kau orang kerana,mereka dah susah nak menipu harga.

    Sekali lagi aku katakan,harga 90% urusan peniaga,dan peniaga ni mejoriti nya siapa?.Tu kawan-kawan rapat kau orang tu.Inilah modal kempen aku bila pilihanraya nanti.Kau orang jawab lah.

    Najib Mahahtir sama watak.Ala hai,..Mat Sapu dgn Anwar pun sama watak.Mat Sapu audio sex,Anwar vedio sex, kah,kah,kah,...Dulu aku benci Mahahtir.Tapi sekarang ni aku dah nampak,Mahathir lebih baik dari Anwar.Anwar hipokrit tapi Mahahtir tidak,beliau cakap apa yg dia mahu cakap,tak peduli kalau org tak suka.

    BalasPadam
  10. aku ni hidup atas pagar, jadi pengundi atas pagar, kadang2 orang panggil aku ni lalang, aku apa puduli sapa bagi duit, bagi kain pelikat, bagi gula, beras aku sokong le dia...dulu aku sokong mahadir, sokong anwar, lanie sokong najis sbb najib bagi bonus l setengah tahun dan akan naik gaji aku pulak.

    sapa2 nak sokong Pas aku tak kesah pun, itu dia orang punya pasal, aku tetap macam lalang, heheheee..

    BalasPadam
  11. Pendek kata panjang cerita...
    Jangan lupa yang ini:

    'Saya yakin dan saya mempunyai bukti yang kukuh bahawa Anwar memang seorang pengamal GAY dan terlibat dalam salahlaku moral - KARPAL SINGH.

    BalasPadam
  12. Ni aku nak ajar tiga empat ekor cerdik pandai Ameno yang ada kat sini.
    Siapa-siapa yang tak suka, was-was atau tak yakin pada hukum HUDUD orang tu boleh jadi kafir.
    Kalau HUDUD yang diperjuangkan oleh Pas tak betul, I'm OK je, tapi mana HUDUD Ameno yang betulnya.
    Kewajiban menengakkan hukum HUDUD adalah wajib bagi setiap umat yang mengaku Islam. Dah 54 tahun Ameno memerintah, nak sebat Kartika pun Ameno gigil tak tentu arah gila meroyan tak keruan terutamanya Sharizat Bollywood. Aku pun hairan melayu baka Ameno ni suka sangat mempersendakan hukum hakam yang di wajibkan oleh Allah. Tengoklah Mashitah Wadud berfatwa bahawa perempuan boleh melacur kalau terdesak. Kitab mana yang dia belajar atau mungkin ianya ada di dalam kitab HUDUD Ameno agaknya.

    Keduanya tentang konsep negara berkebajikan. Anda harus tahu antara dasar perjuangan Pas dengan konsep atau slogan Pas. Dasar Pas ialah Al-Quran, Hadis, Itjimak Ulama dan Kias. Dasar ini tetap dan tidak berubah.Konsep boleh berubah mengikut keadaan semasa. Negara Islam kurang sesuai buat masa ini kerana faktor penerimaan rakyat terutama dari ahli Ameno sendiri (sila rujuk pandangan Dr Asri). Ditukar kepada negara berkebajikan kerana nampak lebih selesa bagi kebanyakan rakyat. Jadi tak kisah apa juga slogan, janji ianya tidak menyalahi hukun syarak.

    Apa alasan saya berkata begitu,
    Mari kita tengok dasar perjuangan Ameno pula. Dasarnya ialah KEBANGSAAN, aitu ISLAM SEKULAR yang memisahkan antara Agama dan Politik. Dasar ini akan terus kekal kerana inilah perjanjiannya dulu dengan penjajah British. Kita mula dari Mahathir dengan konsep atau slogan WAWASAN 2020, tak sampai tahun 2020 mari Pak Lah zzzzz dia tukar kepada ISLAM HADARI.
    Belum sempat Islam Hadari disebati dengan rakyat, Najib tukar pulak kepada 1 MALAYSIa yang mengambil konsep yang serupa dengan 1 ISRAEL. Jadi kita tengok dasar Ameno tidak berubah cuma slogannya saja yang berubah. Begitu juga dengan dasar Pas tidak berubah cuma slogannya saja yang berubah. Lepas ni kalau Muhyiddin jadi PM dasarnya pula ialah AKU MELAYU DULU BARU MALAYSIA.

    Jadi adakah gedik-gedik Ameno dah jelas dengan penjelasan ini. Kalau tak faham juga, salin balik diatas kertas putih guna dakwat cina pakai bulu ayam katik. Lepas tu rebus dan minum bagi terang sikit mata hati tu.
    Lain kali jangan pertikaikan kenapa Pas yang tiada kuasa di perigkat Federal tak buat HUDUD, tapi kamu yang ada kuasa diperingkat Federal kenapa tak buat HUDUD, sedangakan ianya WAJIB...?

    BalasPadam
  13. hallooo MrSam ,

    Kau yg tak jelas dengan apa yg kau jelaskan.Kalau nak buat hudud ,Pas tak berkawan dgn DAP.Macam mana nak laksana Hudud kalau dapat Putrajaya,sedangkan Karpal Singh kata,'langkah mayat aku dulu'.Jadi boleh ke kau laksana hudud kalau partner kau kata macam tu,Ini negara demokrasi,kalau DAP belah,Pas terkontang -kanting jadi kerang busuk keluar dari Putrajaya.Maknanya Pas ni lain di mulut lain di hati.Ahli Pas macam kau semangat je lebih ,kau cukup bersemangat mengatakan orang Umno kapir,kalau tak jalan hudud kapir,sesekali nanti last minute kau yg jatuh kapir kau tak takut ke,suka sangat ngata orang kapir.Berapa buah negara Islam sekarang yg jalankan hukum Hudud,kapir ke mereka tu.Kau ingat kau ikut Pas je yang Islam?.

    PKR kawan kau tu kau ingat nak kan Hudud ke ? Tengok perangai org PKR pun dah tahu,sampai masa sembahyang pun ramai yg buat endah tak endah je.PKR tu parti Islam ,bukan parti sekular ke?.Bodoh sangat kamu ni kuman di seberang laut nampak gajah depan mata kau buat buta.Cuba ubah perangai kawan-kawan kau tu dulu biar lebih Islamik,kalau boleh.

    Pas tak berubah hanya slogan yg berubah.Pooraaah.Lepas slogan berubah serban pulak berubah.Dulu Ust Nasar yg tak ada skandel jadi TP,sekarang Mat Sapu yg ada audio sex jadi TP.itu bukan perubahan ke?.Kau nak bodohkan siapa,dirikau sendiri?.Bengong.

    BalasPadam
  14. La kenapa la tahap ini minda ahli Ameno bagi pendapat. Dah takade yang lebih cerdik ke yang nak bagi komen. Balik-balik yang komen datang dari orang yang bangang bengkok tahap ICU.

    MrSam tu cakap berdasarkan hukum. Kalau Pas gagal menjalankan hukum HUDUD maka UMNO la yang menjalankannya sebab kuasa ditangan UMNO. UMNO pun lagi banyak berkawan dengan parti orang kafir seperti MCA, MIC, PPP, GERAKAN dan komponen yang dari Sabah Sarawak yang majoritinya kafir.. Apa cerita.

    Lepas tu melalut sampai ke serban pulak. Serban tu sunnah Nabi SAW, janganla jadi bahan persendaan awak pulak.

    MrSam tak tuduh pun UMNO kafir, dia kata secara umum kalau siapa-siapa tak suka, was-was atau tak yakin BOLEH JADI KAFIR. Boleh jadi, jadi kafir atau boleh jadi, tak jadi kafir. Ikut mana keyakinan yang ko pegang.

    Lain kali baca la ayat dia tu berulang kali.Lepas ni gi rebus air, senang cerita. Panjang-panjang cerita nanti ko jadi lagi mengap, dah ICU dah tu. Nanti tak pasal-pasal ko mampus, aku juga yang kena.

    BalasPadam
  15. Tak kira dalam GELAP BERSULUH atau TERANG TAK BERSULUH...
    PAS itu tetap:
    Parti Ajaran Sesat Songsang yang sesat songsang lagi menyesatkan.

    BalasPadam
  16. kepada penyokong PAS kita jgn betekak dgn mereka .kerana mereka x tau apa yg kita tau ttg keindahan islam.cuma kita doakan mereka di berikan taufik dan hidayah mudah2an mereka diberi petunjuk oleh Allah.kalau betekak dgn mereka mmg hati sakit.mereka ni tergolong apa yg Allah firman mereka ada mata tp x boleh melihat dan mereka ada telinga tp x boleh mendengar dan mereka ada hati tp hati mereka telah dikunci oleh Allah.wallahuaklam bissawab.

    BalasPadam
  17. Saya ni orang 50-50.

    Saya melihat hujah MrSam ada fakta perbandingan. Hujahnya tidak kasar dan biadab. Beliau memberi perbandingan antara dasar dan slogan antara Pas dan Umno.

    Tapi kenapa anon Friday, September 23, 2011 12:06:00 AM berhujah melalut sampai ke langit yang ketujuh. Komenlah berasas apa yang dikeutarakan saja. Kalau macam tu 7 hari 7 malam pun tak habis.

    Bila dibalas balik hujahnya, dah tak tau nak jawab. Tak tau apa lagi nak cakap akhirnya keluar la ayat lama Pas Parti Ajaran Sesat sebagai pukulan KO.

    Kami ingin melihat idea yang bernas dilontarkan dari kedua-dua belah pihak. Bukan idea yang tunggang langgang.

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  18. Hidup ni realiti,nak buat kerja kena berasaskan apa di sekeliling kita,kalau kawan kita sendiri menentang hudud ,tak mahu hudud,mengapa pula kita cepat menuding jari pada orang lain tak mahu hudud.

    Sekarang Dr.Asri kata hudud belum boleh di laksanakan,ahli Pas pun berlumba-lumba lah mengetengahkan pandangan Asri tersebut,tapi sebelum ini Pas mati-matian nak laksana hudud(acah je tu,kita tahu).Tapi Tok Guru lain pulak sekarang ,nak minta Najib batal bantahan Mahahtir dulu,-aik nak buat hudud pulak?.Tengok ,Dap pun melalak-Dap tu kawan Pas.Mana satu ni,nak ikut Asri ke nak ikut TG,nak ikut Dap ke?Nak laksankan hudud bila keadaan mengizinkan atau nak laksan sekarang?.Begitulah cacarmerbanya Pas sekarang.

    Semua ini berubah bila Pas menang pilihanraya hasil perkonsiannya dengan DAP dan PKR.Sebelum itu,berapa puluh tahun,Negara Islam lah kiblat Pas,mengapa hanya sekarang baru sebut Negara Berkebajikan?.Dulu-dulu mengapa tak pakai ayat ini.

    Nak tulis baik-baik memang boleh,tapi apa tujuannya kalau tulis je,nak tunjuk pandai?.Aku tak nampak Pas sekarang sebagai ikhlas dalam tindak tanduk mereka,semua nya kelihatan ada kepentingan politik dan kuasa.

    Apa yg di katakan oleh Mahsitah akan jadi betul kalau datang dari Pas,kerana memang ada hujahnya.Tapi kerana datang dari orang Umno ,sesat jadinya.TG Pas kata tuhan mencarut ok ,sebab ianya datang dari Pas,kalau org Umno yg cakap,siap, kafirlah hukumnya.

    Yang realiti ni lah yg Pas kena perbetulkan ,mantapkan dan perkemaskan,bukan berteori je.

    BalasPadam
  19. Friday, September 23, 2011 12:36:00 PM. Kamu macam main badminton dengan aku dan bagi bola tanggung betul-betul di depan jaring. Bila aku smash kamu mesti tak boleh angkat punya.

    TG Nik Aziz kata Allah mencarut. Yang ni tak payah TGNA yang jawab. Padan dengan aku je yang jawab.
    Maha Suci Allah yang mempunyai langit dan bumi serta sekalian alam. Allah boleh buat apa saja yang Dia suka kerana semua ini adalah miliknya.

    TGNA kata Allah mencarut, Per. Ulama dan Mufti pun tak cakap banyak, tapi yang lebihnya orang macam kamu yang nak tunjuk pandai.

    Sebagai contoh kalau aku kata Allah " MEMAKI HAMUN DAN MENYUMPAH" apa pula kamu nak kata.

    Mari lihat contoh mudah ayat dimana Allah memaki hamun dan menyumpah;

    Surah Al Lahab ayat 1
    BINASALAH kedua belah tangan Abi Lahap dan dia telah binasa.

    Surah Al Maa'unn ayat 4
    Maka CELAKALAH(azablah) bagi orang-orang yang sembahyang.

    Surah Al Humazah ayat 1
    CELAKALAH(azablah) untuk tiap tiap orang pengumpat dan pencela.

    Surah Al Mursalaat
    Wailun (CELAKALAH) pada hari itu untuk orang orang yang mendustakan. Ayat ini diulang sehingga berulang kali di dalam satu Surah.

    Setiap ayat diatas ada tafsirnya lagi. Tak perlu tulis disini sebab terlalu panjang.Itu cuma sedikit contoh mudah. Jadi kalau kita bukan ahli tafsir jangan cakap banyak. Nak paham ayat Quran bukan boleh tebuk di tengah-tengah tapi kena ambil keseluruhan ayat baru kita boleh paham. Kenapa Allah mencarut, kenapa Allah memaki hamun dan menyumpah mestilah ada sebabnya.

    Kalau kamu baca Surah Fatihah pun tak betul tajwid, usahlah kamu nak berbahas dengan Guru Tafsir.

    Kalau kamu Guru Tafsir, kamu mengajar kat Surau atau Masjid mana. Aku pun nak tengok cara mana kamu mengajar.

    Kamu berhujah panjang maka panjang itu jugalah kejahilan kamu. Lepas ini kamu beli Kitab Tafsir dan kamu baca. Tak paham cari Guru bertanya. Utusan Malaysia hari-hari boleh beli takkan kitab Tafsir kamu tak mampu beli.

    Dan jangan lupa bila dah beli nanti baca ayat 44 dari Surah Al Maa-idah. Kamu baca ayat, maknanya dan kemudian apa tafsirnya. Kalau kamu tak berubah juga, mungkin itulah sudah bahagian kamu.

    BalasPadam
  20. kepada semua penyokong PR kat dalam ni.

    X payahlah berhujah dengan Puak United Myanmar & Nepal Organization dalam blog ni. mereka bukan faham pun.

    Mr. Bala yang belum Islam pun sokong HUDUD.

    Pakcik aku kata:

    "Orang Yg Masuk United Myanmar & Nepal Organization ni 2 perkara aje yang akan terjadi kepada mereka:

    1) Jadi BODO (sekarang dah sampai tahap BONGOK dah)
    2) Jadi Jahat (Sekarang dah sampai tahap Zalim dah).

    Dulu aku separuh percaya je.
    La ni 110% percaya.

    So, abaikanlah mereka ni. Anggaplah mereka ni umpama garam dalam laut.Ada X menambah. X ada X mengurang.

    BalasPadam
  21. Ameno ni dia memang suka ambil ayat Al Quran ditengah-tengah. Tu yang bila dia tafsir ayat Al Quran jadi tunggang langgang. Yang pangkal dan dihujung dia tak ambil. Kekadang dia ambil separuh je.

    Cuba kita tengok ayat "TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM". Ayat tu sebenarnya dikhususkan kepada orang yang bukan beragama ISLAM. Tapi Ameno kata ayat tu khusus untuk mereka.

    Sebab tu judi boleh dengan syarat diberi lesen. Bagi makan jamuan raya guna duit judi pun boleh sebab itu kerja amal bagi rakyat makan. Loteri Kebajikan Masyarakat juga boleh kerana pernah dihalalkan oleh bekas PM Ameno sebab nak tolong rakyat.

    Sebab ambil separuh tu jugalah menteri Sharizat Bollywood rambutnya tutup separuh tapi nampak jambul. Imelda Rosmah pun sama masa buat fesyen Busana Muslim kat Monte Carlo dulu. Bukak separuh tutup pun separuh. Rambut Imelda Rosmah pun dah macam Nyi Roro Mendut.

    Orang Ameno tak tengok ke fesyen Busana Muslim tu. Siap kalimah Muhammad tu di tulis terbalik lagi. Hinanya nama Nabi SAW, dahlah ditulis terbalik, diperagakan pula oleh model minah salleh yang tidak menutup aurat.

    Atau banyak sangat baca blok pro Ameno Papagomo nonton cerita porno sampai tak tau nak beza mana baik dan buruk.

    BalasPadam
  22. Ambil semua ayat tapi mengelirukan orang ,tunggu saja balasan Allah di akhirat nanti.Tugas Tok Guru memberi kefahaman kepada orang, tapi kerja Tg Pas mengelirukan orang .Sat begitu sat begini.Sat Negara Islam sat,Negara Berkebjikan.Sat nak buat hudud sat nak ikut DAP.Tak usah lah ayat berjela-jela kalau diri sendiri terumbang ambing tak tahu apa nak buat.Pas parti kepala pening,kepimpnan ulamak pun dah tak jadi.yang jadi Ulamak ada audio sex.

    Memamng Allah boleh buat apa saja,tapi kalau tok guru ajar orang kata Allah mencarut,tok guru taik kucing le tu.Imam Ghazali mengarang bertimbun-timbun kitab tapi tak ada pun menyebut Allah mencarut atau seumpamnya.Tapi tok guru politik,kerana nak memenangkan diri yg dah tersasul boleh sebut Allah pun mencarut.Anak murid tok guru politk pun berjela-jela lah keluar ayat.Tapi walau apa pun Pas macam tu lah juga.Tok guru dah di perlekeh oleh Karpal,tapi Tok guru sangka baik pada Karpal,sebab Karpal lebih Islamik dari Umno.Lagi pun ada ayat kot yg kata lebih baik sangka baik pda orang bukan Islam dari bersnagka baik dgn orang Isalm,terutama Umno.Sangka baik pada wak sodo yg dah bertimbun bukti skandal sex nya lebih baik dari bersangka baik buadk terinyaya macam Saifu.

    Ini pandangan aku pada Pas,kau orang nak marah,nak keluar ayat berjela-jela aku tak kesah.Aku dah tak respek dah tok guru politik.

    BalasPadam
  23. Bola tanggung kah,kah,kah,....ambil ayat al Quraan utk membenarkan gerak geri politik Pas.Tafsir ikut hala mana yg boleh memberi menafaat pada Pas.Boleh jalan lah.

    BalasPadam
  24. Sallehuddin dah sekeh tok guru'jangan bincang pasal hudud sekarang ,kerana ianya tidak ada dalam agenda Pakatan'.Ertinya agenda Pakatan lebih penting dari agenda Islam.Tolong lah cari ayat,utk membenar kan hal ini.Ayat tok guru dah salah,Sallehuddin dah tolak.

    Betulah Pas parti pening kepala.Belum memerentah dah takut nak bincang pasal hudud,takut DAP lari,kalau memerentah,mungkin Sallehuddin pecat tok guru kalau tok guru sebut pasal hudud,kalau dai ada kuasa.

    BalasPadam
  25. Itulah Ameno kalau dah makan banyak sangat hasil judi. Abu Lahab yang hidup sezaman Nabi pun gelap hati, ini kan pulak juak juak Ameno yang memang dah tak ikut Nabi. Judi pula dijadikan TUHAN, ARAK pulak kiblat mereka.

    Datang la Sheikh Al Azhar sekalipun, silap haribulan Sheikh Al Azhar tu pulak yang dikatakan sesat oleh juak juak Ameno warisan British ni.

    Tengokla bila mengaji guna pembesar suara diputuskan oleh majlis fatwa negeri tidak boleh, melalak la juak juak Ameno kata itu tidak ikut hukum. Tapi bila datang ulama APCO Yahudi, cepat cepat je mereka bersetuju.

    Ulama muda Ameno Ust Fathul Bari pun dah naik pening macamana nak bagi betulkan Islam juak juak Ameno ni. Tapi kalau ustaz tu gagal, aku tak hairan sebab dah ditulis itulah nasib mereka. Anak Nabi Noh pun derhaka kepada Allah, inikan pula anak warisan penjajah yang hari hari makan hasil judi.

    BalasPadam
  26. Apa tak keliru nya ustaz amno dah tipu korang, ustaz amno yang aku nampak betul islam nya 2 perkara sahaja, satu hukum nikah kahwin
    Dua hukum zakat., kedua dua nya menguntungkan. nikah kahwin kadi dapat, zakat puak amno pelahap, tak caya tanya Yusof nor.
    kalau bab zakat radio tv ustaz amno bagi tazkirah memang menakutkan, kalau radio johor iklan zakat siap bergema, macam rasa dalam kubur saja. Kalau bab fitnah, arak, zina, judi, iniaya orang politik macam takda nas nak buat rujukan, kalau disoal cara live jawapan melincung kelain lepas tu cakap pusing2, jemaah yang dengar pun jadi pening.
    Tapi kalau zakat berpuloh nas keluar disokong hadhis sahih, ijmak kias ulamak.
    ustaz amno yang menyesatkan pengikut2 nya, ustaz pokemak pengikut buang anak, hasil didikan ulamak biawak .
    Muanakahat , muamalat dan jinayat ustaz amno tak pernah sentuh kalau sebut pun umum sahaja takda kupasan, jauh dari penjelasan.
    Pasal itu orang amno banyak yang sesat, mazhab amno suka ambil hukum sekerat sekerat, nak menyesuaikan keadaan supaya sentiasa dapat keuntungan.

    BalasPadam
  27. Friday, September 23, 2011 5:22:00 PM.
    Aku kesian kat ko. Kalau nak berhujah dengan Umno baka penjajah ni jangan guna ayat Al Quran. Mereka bukan pakai pun. Lain kali guna lah kitab APCO Yahudi Laknatullah sebab itu rujukan mereka sekarang.

    Apa saja yang Yahudi ajar kat mereka, mereka terima bulat-bulat. Tapi bila datang ayat Al Quran, orang tu pulak dikatakan sesat.

    Cuba tengok yang pergi Gereja Methodist tu geng mereka. Sebab tu lah mereka marah sangat kat PAS. Tujuannya supaya pengunjung tu bertambah marah kat PAS. Dan bila mengundi nanti pengunjung tu akan undi Umno. Lagi ramai yang murtad lagi bagus sebab Umno akan dapat lagi banyak undi,itu je.

    Kalau jenis musang berbulu ayam ni jangan haraplah nak jaga Agama. Tanyalah Khusrin yang rugi tu...

    BalasPadam
  28. hahahahahahahaha bg gua gelak dulu..yg ckp dulu undi pr n nk tukar bn tu jgnla percaya..mereka ni pencacia tegar angkat taik untuk umno..dia ckp semua org nk tukar ke umno blk..kalau beutl kenapa najib lambat bubar?mahahtir pun ckp kalau pilihanraya skrg umno kalah teruk...ckp tk berlandaskan fakta..mana ada org suka umno lg..semua tgh dendam ni nk kasi bungkus umno ni..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh, Pengunaan Tulisan Jawi

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat agar tampil sebagai pelopor dalam menghidu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.