script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bicara Liwat: Panas, Pihak Pendakwaan Tegaskan Saksi "Dr.Brian McDonald" Bukanlah Pakar DNA !

KUALA LUMPUR 20 Sept - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kepada Dr.Brian McDonald (foto) bahawa, beliau bukannya pakar DNA sepertimana diputuskan oleh sebuah mahkamah daerah di Australia semasa perbicaraan satu kes jenayah pada 2007. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden semasa membacakan keputusan mahkamah di Barat Australia itu berkata, mahkamah berkenaan telah mengeluarkan perintah bahawa McDonald tidak dibenarkan memberi keterangan sebagai pakar selepas memutuskan keterangan McDonald tidak boleh diterima. Beliau berkata, mahkamah berkenaan memutuskan tidak terdapat bukti mencukupi untuk menyakinkan kepada mahkamah itu (di Australia) bahawa McDonald ialah seorang pakar DNA dan genetik molekular. Bagaimanapun, McDonald mempertahankan dirinya dengan menyatakan Mahkamah Rayuan telah menukar keputusan itu kemudiannya selepas rayuan. Kepada soalan Mohamed Yusof bahawa mahkamah di Australia itu telah memberikan komen serius mengenai kepakarannya, McDonald menjawab terpulang kepada hakim untuk berikan pendapatnya.

[Berita terbaru ini pasti mengejutkan semua pihak, terutamanya penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Jika benar pakar DNA dari Australia itu telah mempunya rekod "perintah tidak dibenarkan memberi keterangan sebagai pakar selepas memutuskan keterangannya tidak boleh diterima" oleh mahkamah di Australia, maka ia sesuatu yang amat mengecewakan. Biar pun dia telah merayu dan menang dalam keputusan rayuan tersebut, namun secara tidak langsung ia mencalarkan sedikit imej saksi Anwar dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan ini. Apapun, ramai yang berharap dan berdoa agar tidak ada lagi kecacatan kepada keradibilit saksi-saksi tersebut selepas ini. Namun, segalanya masih terlalu awal kerana banyak lagi fail-fail panas pasti akan didedahkan oleh pasukan pendakwaan bagi memastikan kebenaran akhirnya tersingkap jua dalam kes yang cukup kontroversi ini. Nantikan pendedahan seterusnya kes ini !].

Share:

6 ulasan:

  1. KIta lagi sepuluh kali (10 kali) lebih tabik hormat Karpal Singh yang ternyata jauh lebih BAGUS berbanding mat saleh yang entah-entah spesis pengamal dan pejuang gay.

    Jangan lupa ini:
    Saya percaya dan mempunyai bukti bahawa Anwar memang seorang pengamal gay dan terlibat dalam kes salah laku moral - Karpal Singh.

    BalasPadam
  2. Ini kes berat. Harapkan sokong, tapi sokong pula yang bakal membawa rebah! Kita-kita semua yang mengaku maha benar dan bijak atau sekurang-kurangnya mengaku betul ini, tidak pernah terfikir langsungkah atau setidak-tidaknya terdetak dalam hati bahawa ini adalah 'respon' tuhan akan keyakinan kita selama ini bahawa Anwar tidak bersalah?

    BalasPadam
  3. Melihat perjalanan perbicaraaan kes sodomi,dan issu video sex yg terus di mainkan,lemah lutut PKR dibuatnya, pasukan mereka akan mengalami kekalahan teruk nampaknya,rakan sebantal pun kian menjauhkan diri,apatah lagi musuh dan orang atas pagar.Anwar kian terpingir dan sering di persendakan,WA kian melidi dek kerana makan hati berulam jantung.Yang galak hanya penyokong-penyokng yang kurang daya pemikirannya,umpama kanak-kanak yg tidak tahu susah payah dan resah gelisah ibu bapa.

    BalasPadam
  4. Sepaturnya pada penyokong taksub Anwar mula membuka mata dan teliti dengan ikhlas, jujur dan saksama.

    BalasPadam
  5. Mana-mana pemimpin politik harus menjaga tingkah laku mereka. Sedikit alpa membawa padah. Kawan baik boleh jadi musuh macam dalam WWF tu.
    Saya cuba merasakan apa yang DSAI rasa. Memang berat.
    Saya ada membaca blok Papagomo. Beliau ada hujahnya.Ini bukan bermaksud saya menyokongnya.
    Banyak persoalan yang timbul dari pendedahannya.
    Bila dari satu sudut yang lain timbul pula persoalan kenapa pakaian hitam bertukar putih. Ada yang kata kamera night vision yang mana warna hitam boleh bertukar jadi putih. Masalahnya kenapa seluarnya jadi kelabu dan tak jadi putih macam bajunya. Begitu juga dengan rambut dan talipinggang Eskay mengapa tak bertukar putih.
    Dan dari segi fesyen pakaian pun boleh bertukar juga ke bila guna camera night vision ni..?. Cuba tuan tuan tengok fesyen pakaian Eskay berbeza. Kalau Eskay tukar pakaian masa dalam bilik dan turun dengan pakaian yang sama yang baru ditukar tadi barulah nampak real.. Nak kata dia bawa bekal pakaian tak juga sebab masa naik tak nampak pulak dia bawa beg. Yang dia bawa beg kecik muat-muat sehelai kain pelikat je.
    Ini cuma persoalan saja. Jangan kita bersangka buruk dengan mana-mana pihak.
    Ada siapa-siapa yang boleh tolong jelaskan..

    BalasPadam
  6. Jangan lupa ini:
    Saya percaya dan mempunyai bukti bahawa Anwar memang seorang pengamal gay dan terlibat dalam kes salah laku moral - Karpal Singh.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.