script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Seramai 'Lima Ribu' Peserta Bakal Sertai Perbarisan Hari Kemerdekaan Di Kuantan!

KUANTAN 14 Sept - Seramai lima ribu peserta akan menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 peringkat negeri di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Jumaat ini. Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan Pahang, Dato' Mohd. Sharkar Shamsudin (foto) berkata, penyertaan itu melibatkan 60 kontinjen pejalan kaki dan 40 kontinjen berkenderaan. "Perbarisan akan bermula tepat pukul 9 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 11 pagi bertemakan Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera. "Oleh yang demikian, beberapa jalan berhampiran lokasi perbarisan iaitu Jalan Tanah Putih, Jalan Mahkota dan Jalan Bukit Ubi ke Jalan Mahkamah akan ditutup dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat perbarisan tersebut di Wisma Sri Pahang kelmarin. Menurutnya, sambutan tersebut yang diadakan sempena cuti Hari Malaysia diraikan serentak di sepuluh daerah lain negeri ini. Katanya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut mencemar duli bagi acara sambutan itu. Bagaimanapun, jelasnya, di daerah lain akan dihadiri oleh Pegawai Daerah yang mempunyai program tertentu di tempat masing-masing. Beliau yakin persembahan perbarisan dan beberapa acara kali ini merupakan satu kelainan berbanding sambutan sebelum ini. "Saya yakin setiap persembahan termasuk perbarisan kali ini bersesuaian dengan generasi pada masa kini dan menepati tema sambutan. "Justeru, semua pihak dialu-alukan hadir bagi memeriahkan acara dan menyelami erti kemerdekaan sebenar," jelas beliau lagi. sumber

[Ramai yang keliru dengan tindakan pihak berkenaan mengadakan latihan untuk perbarisan Hari Kemerdekaan ini sebenarnya. Tambahan pula bila Majlis Profesor Negara (MPN) dan Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengatakan negara ini tidak pernah dijajah oleh British. Maka itu jugalah, ramai yang terkeliru kenapa diadakan sambutan kemerdekaan negara. Apakah mereka semua yang menyertainya faham erti perjuangan bagi menuntut kemerdekaan?. Semua ini amat mengelirukan dan wajar diambil perhatian. Sejarah telah diubah dan ramai pihak yang kecewa melihat fenomena yang berlaku. Oleh itu, semua pihak perlu fikirkannya].

Share:

3 ulasan:

  1. Kenapa sambut merdeka sedangkan negara kita tidak pernah DIJAJAH.
    Ini satu lagi projek pembaziran wang rakyat.

    BalasPadam
  2. nak sambut tu aku tak kisah tapi apasal la jln byk pi tutup...nak tutup tutup le lepas org masuk keja..bebudak yg nak ambik UPSR dah gelabah pasal lewat... bodoh bagang & begong punya jawatankuasa lainkali fikir pakai kepala otak bukan pakai kepala lutut.... lagi satu ckp negara tak pernah dijajah so apasal sibuk2 nak sambut meedeka sekali lagi bodoh bangang & begong punya jawatankuasa

    BalasPadam
  3. mcm sial sambut merdeka....baik duduk masjid..baca quran

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.